Aric memeluk leher Rafidah dari belakang ketika Rafidah menjamu selera kuih seri muka di meja makan. Liza pun berada di situ juga. Dia duduk bertentangan dengan Rafidah.
"Mana beg kau? Tak ada pun dalam bilik aku." Soal Aric. Dagunya diletakkan di atas kepala Rafidah.
Ditariknya rambut Aric dengan menggunakan tangan kirinya. "Tembus kepala aku karang. Dagu kau tu tajam."
Aric mengalihkan kepalanya dari atas kepala sahabatnya. Rambut Aric turut dilepaskan. Rambut pendek Rafidah yang tersemat kemas penyepit rambut dibelainya lembut. "I tanya, mana beg pakaian you. Tak ada pun dalam bilik I."
"I letak dalam bilik sebelah tu sebab papa you cakap bilik I dekat situ." Layan je la budak manja ni. Kalau tak dilayan makin menjadi-jadi.
"Ala, papa ni. Malam ni tidur bilik I. Okey?" Satu free kiss singgah pada pipi Rafidah.
Rafidah menarik tangan kanan Aric yang memeluk lehernya tadi. "Dah la mengada-ngada tu. Duduk sini. Makan kuih ni. Biar berseri-seri sikit muka kau tu." Gurau Rafidah sambil tangan kanannya menyuap kuih seri muka yang digigitnya tadi ke dalam mulut Aric.
Liza yang melihat situasi tersebut tiba-tiba berwajah merah. Malu terhadap perbuatan pasangan di hadapannya ini.
"Nak air. Tercekek." Pinta Aric. Tangan kanannya pantas mencapai segelas teh ais yang diminum oleh Rafidah tadi sebelum sempat Liza menuang air untuk Aric.
"Hei, air aku." Rafidah tidak sempat menghalang Aric daripada meminum airnya. "Kiss?" Fikirnya.
Habis segelas teh ais Aric minum. "Kau pakai pelembap bibir perisa blueberry ke?" Soalnya sambil menunjuk gelas tersebut ke arah Rafidah.
"Selamba betul budak ni. Kalau dia tahu aku ni lelaki, mesti dah kena belasah ni." Keluhnya.
"Ya. Favourite kau." Rafidah mencapai gelas tersebut lalu dihulurkan kepada Liza. Liza menuangkan teh ais ke dalam gelas tersebut.
Aric senyum penuh makna.
"Kau nak apa? Kuih?" Soal Rafidah dengan pandangan hairan terhadap Aric.
"Kiss." Hanya itu yang diungkapkan sebelum merapatkan wajahnya pada wajah Rafidah.
Rafidah terkejut. "What? Are you crazy?" Dia menjauhkan diri daripada Aric.
"I'm serius." Mata manjanya dikelip-kelipkan beberapa kali.
Rafidah segera berdiri dari kerusi dan melarikan diri ke dalam biliknya. "Don't touch me." Jerit Rafidah sambil mengunci pintu biliknya.
"Cis, gurau sikit pun marah juga." Rungutnya. Ketika ini hanya dia dan Liza sahaja di meja makan tersebut.
Aric melihat ke arah Liza. "My lovly maid, can you..." Derigan telefon bimbit buatkan Aric terkejut. Lantas tangan kanannya mencapai Opponya di dalam poket seluar jeannya.
"Hello?" Sapa Aric yang berwajah serius. Dia berdiri dan meninggalkan meja makan tersebut. Cepat betul wajah cerianya bertukar menjadi serius.
"Yo, bro. Dah sampai Malaysia ke? Lama betul kita tak jumpa. Aku nak datang rumah kau boleh?" Kata si pemanggil dengan penuh gembira.
"Aku dah ada dekat Malaysia. Ada dekat rumah ni. Eh? Kau nak datang sini?" Aric berpaling ke belakang. Matanya melihat ke arah Liza.
"Er...Danie, aku datang jumpa kau je la. Aku tengah bosan ni." Ujarnya yang cuba berdalih walhal kerana di dalam rumah itu ada dua orang perempuan yang berada di bawah jagaannya.
"Okey. Aku ada dekat kafe yang biasa kita lepak dulu. Datang la sini. Geng pun ada ni." Jelasnya.
"Ya. Aku datang sekarang. Bye." Panggilan ditamatkan.
Liza mengemas meja makan. Aric pula berjalan menghampiri gadis itu. "Liza, aku nak keluar ni. Nanti kunci semua pintu dengan tingkap. Kalau ada orang tak dikenali datang jangan buka. Apa-apa hal kau call aku." Pesan Aric kepada pembantu rumah itu.
Liza menganggukkan kepalanya tanda faham. "Ya."
Kemudian, Aric mengatur langkah menuju ke tingkat dua di mana terletaknya bilik Rafidah dan biliknya. Dia berhenti di hadapan pintu bilik Rafidah sebelum menuju ke biliknya di sebelah. Pintu bilik Rafidah diketuk beberapa kali.
"Rafidah, aku nak keluar ni. Jumpa Danie. Kau tolong jaga rumah dengan maid aku, boleh? Maybe aku balik lambat sikit." Jelasnya sambil memulas tombol pintu yang telah dikunci itu.
Rafidah yang duduk di atas katil berpaling ke arah pintu biliknya. "Ya. Hati-hati." Pesannya.
"Rafidah, sorry pasal tadi. Aku gurau je. Kau marah ke?" Pujuk suara disebalik pintu bilik tersebut.
Rafidah bangun dan menuju ke pintu bilik. "Tak. Aku tak marah pun. Cuma rasa malu sebab Liza tengok aku masa tu. Kau tu pula melebih-lebih sangat."
"Okey. Kalau macam tu, aku pergi dulu. Bye." Langkah Aric terus menuju ke biliknya untuk mengembil kunci kereta, wallet dan jaketnya sebelum dia berangkat pergi.
Rafidah pula tersandar pada pintu biliknya sambil berfikir. "Macam mana aku nak jelaskan semua ni? Dia tu baik sangat. Boleh pula dia tinggalkan aku dengan maid dia dalam rumah besar ni."
![](https://img.wattpad.com/cover/74722922-288-k520178.jpg)
YOU ARE READING
Eh? Aku? Dia? Kahwin?
RomanceAric atau nama sebenarnya Arika Mazlina binti Mohd Syarif telah kehilangan identitinya selepas trauma terhadap seorang gadis pada usianya 9 tahun. Hal ini demikian kerana gadis yang sama usia dengannya itu pernah membuli Aric sehingga Aric membenci...