CHAPTER 4

3.7K 266 1
                                    


[fangirls song ji hyo version]

(Ji hyo pov)
Selepas berbincang dan menerangkan tentang gosip yang tersebar diseluruh dunia dalam masa satu minit itu..aku meminta diri untuk pulang menghadiri sesi photoshoot di busan.
Namun aku sedikit terkejut melihat oh sehun iaitu member exo dok terpacak di depan pintu menilik pintu yang sangat sempurna jangan cakap sehun ni pun curi-curi dengar perbualannya dengan lee soo man.tapi bila difikirkan balik nak buat apa senior dia ni nak menguping apa yang dibincangkannya.
Macam orang lain bila bertemu dengan senior aku menunduk hormat dan memberi segaris senyuman ikhlas buat sehun namun reaksi seniornya itu Agak pelik..dia keras dan langsung tiada senyuman ke memang muka baget-baget angkuh serta bongkak..apa-apalah tapi nasib baik sekarang ni aku berpenampilan rapper d.i.a kalau tak dah lama aku menjerit gila tak jerit jumpa bias depan-depan kut..walaupun mereka satu agensi tahun ni baru pertama kali dia bertemu muka lantaran jadualnya yang terlalu padat, ni pun dia terpaksa merayu pada lee soo man untuk skip beberapa undangan dalam variety show..inilah lumrah hidup sebagai artis.ku biarkan sehun dengan muka ketatnya..
Aku dan Kwang soo terus memecut laju lamborghini ke busan...

Di dalam kereta aku masih terbayang reaksi sehun tadi entah kenapa walaupun tiada senyuman dibibirnya aku dapat rasa yang dia memang type aku..
Ku kerling Kwang soo yang sibuk menyusun jadual ku, kembali sampai berkerut-kerut dahinya memikirkan jadualnya yang padat..tanganku pantas mengosok kepala adikku lembut..walaupun aku kasar tapi sayangku terhadap Kwang soo tak pernah kurang.
"Noona betul ke Noona nak tolak variety show nanti apa kata fan?sebab dah lama kut Noona tak pergi memenuhi undangan variety show"soal Kwang soo walaupun dia tahu apa jawapan noonanya itu.
"Kwang soo kan tahu konsert yang Noona kena pergi dah berlambak nak-nak Noona sekarang ni kan tengah buat persediaan untuk comeback.Noona penat takut tak terkejar nanti.."jawabku bukan aku sombong tak nak ke variety show tapi jadual ku dah terlalu padat lama-lama macam ni boleh gila aku.
"Kwang soo nampak tak reaksi sehun?"soalan yang sentiasa berlegar di mindaku akhirnya terluah.ku lihat Kwang soo menyimpan kembali tab yang sedadi tadi di dalam genggamannya mungkin sudah siap menyusun atur jadualku.
"Aik kenapa tiba-tiba topik sehun pula keluar?"soal Kwang musykil.
"saja je tanya tapi sehun tu memang macam tu ea..tengok orang macam nak telan"
"Dia lebih kurang sama spesis macam Noona dingin dan kadang-kadang tengok orang macam nak dikunyah"jawabku Kwang soo mendapat ketukan padu olehku..tak pernah nak serius budak ni.
oleh sebab dah lali diketuk si Noona ketawa Kwang soo terletus sampaikan jong kook dibelakang yang sedang tidur terjaga.
"Yang Noona tanya soalan pelik-pelik ni dah kenapa kan sehun tu bias Noona..mestilah Noona tahu perangai sehun..tapi bagi Kwang soo lah kan..si sehun tu tengok sekali imbas macam hensem dua kali imbas Kwang soo lagi hensem dari dia"pergh komfiden level tinggi.

Aku tersenyum dan meneruskan pemanduanku layan si Kwang soo sampai esok pun tak habis.
Selepas sesi photoshoot habis tanpa menunggu aku segera pulang kerumah untuk merehatkan diri dan minda setelah hampir 3 jam membuat itu dan ini kali ini aku digandingkan dengan kris ex member exo untuk majalah tablet china iaitu hot..sesuai sangat dengan title majalah tu yang menampilkan dia dan kris sebagai penghias muka depan.tapi aku sedikit sedih melihat kris sebab apa?sebab aku exo-l sedikit sebanyak aku juga rasa nak menjerit menyuruh kris pulang ke exo..walaupun itu Agak mustahil sebab aku perpenampilan rapper d.i.a.

[Dorm exo]
Tumpuan ahli exo di kaca televisyen sedikit terganggu apabila hidung mereka disapa dengan bau wangi yang datang dari si maknae trouble maker yang segak memakai t-shirt putih tertulis perkataan d.i.a yang dibelinya masa konsert rapper d.i.a di malaysia tahun lepas.jeans biru koyak yang direka rapper d.i.a dan juga topi hitam..plus minyak wangi yang diperkenalkan rapper d.i.a minggu lepas..

Kai mendekati tubuh sehun dipandang atas bawah teruk betul fanboy ver sehun ni.
"Kau nak pergi mana sehun wangi-wangi ni.dah tu pakai minyak wangi yeoja pula tu"soal kai..sambil menutup hidungnya tak tahan dengan wangian yang dipakai sehun agaknya si sehun ni rendam badanya dalam minyak wangi kot.
"Sehun nak ke mall beli daging malam ni sehun belanja hyung-hyumg semua makan daging panggang"soalan kai dibiarkan sepi,sebaliknya sehun teruja memenuhi hajatnya apa sangat harga daging tu dibandingkan dengan penjelasa rapper d.i.a tentang rumor datingnya.
Chen yang sedari tadi malas ambil pusing segera teruja mendengar daging yang akan dibeli sehun buat pertama kali.
"Wah.daebak..habis tak kan sehun nak pergi mall sorang-sorang tak takut kena kejar dengan fan"soal chanyeol.
Tanpa berfikir panjang sehun terus menarik tangan chanyeol untuk mengikutnya ke mall sebelum tu sempat dia meninggalkan pesan pada baekhyun.
"Hyung sehun pinjam hyung chanyeol sekejap tau.jangan marah"sehun wink dan baekhyun tayang muka menyampah.

[Rumah ji hyo]
Kayuhan song ji hyo terhenti di depan gate apabila Kwang soo bertindak menahan basikalnya.
"Wae?"soal ji hyo berang.
"Noona ni nak pergi mana?cafe kan tutup hari ni"soal Kwang soo lagak seorang pak guard.
"Noona nak ke mall"jawab ji hyo ringkas sambil membetulkan cermin mata bulatnya.
"Noona ni gila ke nak ke mall naik basikal tengah-tengah hari buta ni?"jerkah kwang soo sampaikan air liurnya terpercik mengenai muka ji hyo.
"Apa yang gilanya kan Noona selalu naik basikal ke mall dah tepilah"ditolak sedikit tubuh tinggi lampai milik Kwang soo.
Kwang soo hanya mampu mengeleng melihat perangai low profile noonanya tu..ada kereta basikal juga yang dipilih kalau mall tu dekat tak pe..nak cakap macam mana dah perangai noonya tu macam tu..kang cakap leboh hinggap juga kasut noonya itu dimukanya angin noonanya itu bukanya betul sangat.

[Halyang mall]
Song ji hyo meletakkan basikalnya betul-betul disebelah bmw hitam namun baru saja dia ingin masuk ke mall seorang security guard datang menemuinya.
"Cik basikal tu cik punya ke?"soal guard itu sambil kayu chootanya menunjukkan kearah basikalnya.
"Aar wae?"soal ji hyo.
"Sila alihkan basikal cik sebab tu parking kereta vvip je bukan basikal buruk "perkataan basikal ditekannya tahulah basikalnya buruk tapi tak perlu kut nak buat ayat macam tu kan banyak lagi ayat yang sedap didengar..nasib hari ni mood dia baik kalau tak kena jerkah kira untung si security guard ni..
Di tarik basikalnya menjauhi kereta vvip yang diagungkan si security guard tu.macam nilah lumrah hidup seorang manusia biasa selalu mengalah untuk orang yang berkedudukan tinggi.
sebab tulah dia tak suka mendedahkan identiti sebenarnya tak mahu orang memandangnya mulia dan.melayan orang biasa macam sampah.

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now