[hati berbelah bahagi]Kedudukan mereka berdua tetap sama berpelukan, diluar hujan turun dengan lebat sedikit pun tidak menganggu suasana mereka.. Sehun masih menangis dia tak tahu kenapa dia perlu memeluk ji hyo, sedangkan selama ini mereka langsung tak rapat atau lebih tetap sangat asing tapi kenapa kaki panjangnya membawa dia kesini dan memeluk tubuh yang lebih rendah darinya ini.. Entah dia tak tahu yang dia tahu dia nyaman dan dia dapat rasa lukanya perlahan-lahan sembuh..
Ji hyo tergaman bagaimana caranya dia mahu menghentikan tangisan sehun walaupun esakan perlahan yang terbiy dari bibir namja itu, dia dapat rasa kepedihan yang sehun rasa dia tak sangka langsung begitu besar luka yang dia toreh dalam hati sehun, dia ingatkan sehun akan baik-baik saja memandangkan sehun selama ini sangat pandai mengawal Keadaan tapi kenapa sehun yang sekarang ini, dia seakan tidak mengenali namja yang saat ini sedang memeluknya.. Hatinya berbelah bahagi sama ada betul atau tidak keputusan yang dia ambil pagi tadi, kenapa hatinya ingin berubah melihat bening mata sehun.. Dia rasakan yang sehun ikhlas menghamburkan tangisannya, jarang sekali seorang namja mahu menangis di depan seorang yeoja yang asing kalau itu tidak berkaitan dengan hati.. Jadi betullah sehun cintakannya tapi walau macam mana pun sehun merintih dia dah bulatkan tekad dia tak mahu menghabiskan usia mudanya dengan percintaan bodoh yang dia tahu akan bertahan paling lama pun setahun atau lebih teruk tiga bulan dia dah tak nak menangis cukuplah bergelen air matanya habis menangisi pemergian woo bin.. Selepas woo bin pergi meninggalkannya tiada seorang pun yang berjaya menyusup dalam hatinya yang selama ini dikunci rapat, tapi semenjak dia mengenali namja tinggi lampai berkulit putih bersih dan mempunyai senyuman yang sinis sedikit sebanyak dapat mengopakkan hatinya yang sudah tidak ada kunci lagi kerana kuncinya sudah dibawa pergi woo bin..
Hampir 30 minit mereka dalam keadaan begitu akhirnya sehun tersedar dari tangisannya dia cepat-cepat menolak tubuh ji hyo perlahan.. Dia segera mengesat air matanya bajunya yang dah kering sengaja dikibas untuk menghilangkan rasa malunya..
Mukanya membahang panas apabila melihat ji hyo memandangnya entah kenapa setiap kali dia melihat song ji hyo hatinya akan berdetak sepantas kilat sama seperti dia melihat rapper d.i.a
Tersedar hatinya menyebut nama rapper d.i.a dia segera mengeleng memegang kepalanya tidak mahu mengingati nama itu lagi... Tapi sayangnya nama itu tetap bergayut dalam ruang fikirannya malahan hatinya juga..
Dia berdehem dan ingin keluar dari cafe itu namun pergerakannya terhenti apabila ada tangan yang memegang tangannya enggan melepasnya pergi."Saya buatkan awak air"pelawa ji hyo dilihat sehun yang sedang membelakanginya.
"Tak.. Tak perlu"jawab sehun gagap.
Namun dia akur apabila tangan ji hyo mengheretnya duduk disalah sebuah kerusi yang sudah diangkat tanda cafe itu sudah tamat operasi.
Ji hyo menurunkan kerusi dari atas meja dan memaksa sehun duduk.. Walaupun teragak-agak sehun tetap duduk tapi demi gelaran idol yang dipegangnya sehun buat muka minta kaki.. Muncungnya sedepa matanya disepetkan kedua tangannya dilekapkan didadanya sambil menggelengkan kepalanya. Dah kenapa masuk air agaknya namja ni detik hati ji hyo.
"Kau jangan apa-apakan aku kalau tak aku jerit"sehun berpura-pura ingin menjerit namun mulutnya ditutup ji hyo.
"Awak ingat muka saya ni ada nampak macam perogol bersiri ke? Lagi satu awak lupa ke awak yang datang cafe saya.. So saya kenalah layan awak sebagai pelanggan, kalau awak jerit lagi saya hempuk awak ingat tu, idol tak idol semua saya bedal arreso"ji hyo melepaskan tangannya dari mulut sehun dan melangkah ke dapur meninggalkan sehun.Sehun tercenggang apabila mendengar hujahan balas dari ji hyo aka fan nya. Aik selalunya kalau fan jumpa idol mestilah mengeletis paling tak pun minta selca ke autograf ke ni tak dia dijerkah, pelik memang pelik apa tak cukup hensem ke aku.. Ke dia dah tak minat aku? Bermacam persoalan tumbuh meliar dikepalanya sampaikan dia tidak sedar ji hyo meletakkan secawan coffe dan beberapa keping biskut berbentuk panda dan dua keping roti Bakar.. Dan kemudiannya menarik kerusi duduk dihadapannya.
"Jemputlah makan minum ni semua Best seller dekat cafe ni buatan tangan dan resepi saya sendiri and one more thing saya tak letak racun, ubat tidur atau sebagainya"terang ji hyo apabila melihat sehun teragak-agak untuk merasai roti bakarnya.
Sehun terus menyambar roti Bakar yang nampak menyelerakannya itu.. Dua potong roti Bakar itu habis dimakan sehun.
"Kesian dah berapa tahun tak makan ye rasanya? "Soal ji hyo apabila melihat tahap pelahapnya idol didepannya itu.
"Diamlah kau"jerkah sehun dan mula mencapai biskut panda didepannya dua keping habis dimakan serentak lantaklah ji hyo nak cakap apa yang penting biskut panda ni sedap.
Dua pinggan kosong dan barulah sehun mengelap mulutnya tanpa sedar ji hyo memandang setiap gerak lakunya.. Sia berdehem."Sedap tak? "Soal ji hyo ingin meminta pendapat biasnya.
"Biasa je sedap lagi roti dengan biskut yang ajushi depan dorm aku jual.. So tak yah harap aku nak puji"jawab sehun sombong.
Ji hyo menjuihkan bibirnya eleh tak sedap konon tapi dua pinggan habis licin ego tu nak bawa ke mana agaknya.."So.... Awak ada apa-apa nak cerita dekat saya? "Soal ji hyo cuba memancing sehun supaya membuka cerita yang dia sudah sedia tahu.
Kelihatan sehun beriak serius.
"Macam kau,aku juga tak suka kongsi masalah aku"jawab sehun menyalin kembali ayat yang pernah ji hyo sampaikan dulu ketika dia bertanya keadaan yeoja itu.
Ji hyo terdiam.
"Kau pernah jatuh cinta? "Soal sehun sambil memandang ji hyo.
""Pernah"jawab ji hyo nama woo bin berlegar di mindanya.
"Jadi tolong ajar aku macam mana nak hapus rasa cinta yang jadi virus dalam hati aku.. Dia sangat-sangat sakit.. Kalau boleh aku nak buang hati aku.. Supaya aku tidak ada hati lagi untuk merasa sakit macam ni"
"Someone call the doctor"jawab ji hyo sambil menyanyikan lagu overdose dari exo tapi bila melihatkan muka sehun yang serius terus dia diam.
"Saya pernah jatuh cinta.. Dan pernah juga merasa sakit yang sama yang pernah awak alami sekarang ni.. Tapi apa yang saya belajar dari semua ini kita tak perlulah nak susah-susah lupakan sesuatu yang kita pasti kita tak kan lupa kerana selagi kita cuba melupakan selagi itulah kita akan mengingat dan akhirnya kita terluka lagi dan lagi.. Biarkan cinta itu perlu seiring waktu yang berlalu dan saya yakin awak akan lupakan kesakitan awak.. Trust me"hurai ji hyo panjang lebar tapi setiap butir bicaranya seakan-akan dia yang melukis garis luka dihatinya saat ini kerana dia sedang mengajar hati sehun untuk melupakannya dia tak nak..
Sehun menundukkan wajahnya dan kemudian dia memandang ji hyo setitis demi setitis air matnay jatuh apabila dia melihat biasan wajah rapper d.i.a di wajah ji hyo kemudiannya dia memejamkan matanya seketika dan mencelikkan kembali barulah dia dapat melihat wajah ji hyo.
"Aku cintakn dia.. Tapi kalau cinta aku buat dia rasa tak selesa aku akan belajar untuk membiarkan cinta aku pergi seiring waktu yang berlalu"sehun mengeluh dan kemudiannya bangun berura-ura mahu pulang ke dorm namun belum sempat dia membuka pintu cafe deheman ji hyo menghentikan langkahnya.
Dia memandang ji hyo yang menadah telapak tangannya.
"Wae? "Soal sehun kurang mengerti apa yang dimahukan ji hyo.
"Semua sekali 20,000won"jawab ji hyo banyak cantik nak makan free.
"Mwo.. Ingatkan kau belanja"sehun mendekati ji hyo dan meletakkan beberapa keping wang kertas ditelapak tangan ji hyo.
"Bisnes tetap bisnes.. Arreso"jawab ji hyo selamba ingat ni kedai appa dia agaknya.
Sehun terus keluar dari cafe dan bergegas pulang ke dorm..
Dalam pada yang sama ji hyo mengeluh.
"Ji hyo kau jangan pandai nasihatkan orang kau juga perlu belajar melupakan dia.. "
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
FanficDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...