CHAPTER 68

2.7K 250 29
                                    

[Amarah oh sehun]

Suga membuang pontong rokok diatas jalan raya dengan lagak angkuh dia menghampiri sehun yang sedang menantinya.. Ditangannya ada sampul surat yang akan mengubah keseluruhan jalan cerita cinta rapper vs rapper dan yang pasti dendamnya terhadap song ji hyo akan terlunas sedikit masa lagi..

Suga memeluk tubuh memandang sehun dari atas kebawah kesian namja bodoh menghambakan diri pada yeoja yang suka bermuka-muka..
"How you life? Happy? "Pertanyaan yang sangat menjengkelkan buat sehun meluat.
"Kau nak apa ni suga suka-suka pintas kereta aku.. "Jawab sehun kasar sesiapa pun akan marah bila tiba-tiba kereta dipintas diatas jalan raya pula tu nasib tak banyak kereta apa dia ingat ni movie ke apa?.
"Tak ada apa just nak tengok wajah orang yang sedang menghitung kesengsaraan"jawab suga sampul surat ditangannya dikipas kemula sehun menaikkan lagi api yang semakin besar dalam hati sehun.
"Kau nak apa sebenarnya suga? Aku tak ada masa nak bercakap dengan kau buang masa aku je"sehun mahu bergerak masuk ke dalam keretanya tetapi pergelangan tangannya dipegang suga.
Tangan suga ditepis kasar.
"Mana ji hyo? Mana isteri tak guna kau tu"
Pap penumbuk sulung sehun hadiahkan untuk mulut suga yang berjaya buat dia naik hantu..
Suga tersenyum sinis darah yang mengalir ditepi bibirnya dibiarkan lantas dia merenung mata sehun.. Dia ketawa perlahan mengelilingi sehun sambil menepuk tangannya..
"Itu je ke yang kau mampu buat.. Namja lembik tak ada pendirian senang diperbodohkan oleh isteri kau.. "
Kolar baju suga dicengkam sehun, saat ini dia betul-betul sudah hilang sabar..
"Kau tarik balik kata-kata kau.. Isteri aku tak pernah bodoh-bodohkan aku.. "Satu lagi penumbuk dilayangkan kepipi suga..
"Tarik balik.. Yah! Pabo.. Kau tak berhak hina isteri aku macam tu.. "Tengking sehun..
"Kesian.. Kesian aku tengok kau ni.. Mati-mati bela yeoja yang terang-terang buat kau nampak macam namja bodoh"jawab suga..
"Apa maksud kau? "Soal sehun..

Suga merapikan bajunya yang berkedut seribu akibat cengkaman kasar sehun dia lantas mengoyakkan sampul surat yang dibawanya tadi dan ditayangkan dihadapan mata sehun.
Sehun merampas surat yang digenggam suga matanya tuntas merenung satu persatu gambar pada mulanya dia seboleh-bolehnya mahu menafikan kenyataan didepan mata kerana kenyataan itu saat sakit untuk dia telan.. Empangan air matanya pecah gambar-gambar yang dipegangnya tadi berterabur di atas jalan raya.. Matanya kabur dek air mata yang bertali arus..

"See.. Sekarang betulkan apa yang aku cakap song ji hyo memperbodohkan kau selama ini.. Dia berkahwin dengan kau sebab dia nak buat kau nampak sangat bodoh.. "Bagaikan menyimbah asid diluka begitulah yang dirasakan sehun saat ini..
Tangan sehun mengeletar menahan amarah bukan marahkan suga tapi marahkan dirinya sendiri kerana begitu mempercayai yeoja yang selama ini buat dia nampak sungguh kasihan terkejar-kejar kan yeoja yang dia kira tidak pernah dia gapai.. Dan menolak cinta yeoja itu semata-mata kerana cintanya terhadap yeoja yang sama..

Suga tersenyum sinis melihat sehun dia lantas masuk ke kereta dan memecut laju keretanya meninggalkan sehun dibahu jalan..
Sehun tiada daya mahu mengheret kakinya masuk ke dalam kereta.. Badannya terasa lemah dadanya terasa mahu pecah..
Dengan susah payah dia berjaya masuk ke dalam kereta..
Kepalanya disembamkan ke stereng kereta matanya terpejam terimbau kembali kecurigaannya selama ini.. Selendang dan rantai yang menjadi teorinya itu ternyata salah.. Dia kira song ji hyo adalah fan berat rapper d.i.a tapi ternyata dia tidak cekap dalam merangka teori rupanya rantai berhuruf j yang dijumpainya distudio rapper d.i.a adalah rantai milik song ji hyo, selendang pemberiannya berada di studio rapper d.i.a juga merupakan klu terbesar yang dia dapat tapi.. Dia cuba menafikan kenyataan itu... Dan yang terakhir lirik lagu rapper d.i.a.. Sehun mengangkat wajahnya matanya terus terusan menangis giginya diketap kuat...

"Argh........ "Jerit sehun kuat...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now