CHAPTER 73

2.8K 281 22
                                    

[Back to korea]

Perlahan-lahan tombol pintu bilik anak lelakinya dibuka.. Dilihat anaknya itu tidur sambil memeluk batal yang tercetak gambar sehun. Song ji hyo jadi sebak anak sekecil itu terpaksa berjauhan dengan papa dia, hanya lama sosial yang menghubungkan mereka berdua. Song ji hyo duduk dikatil anaknya dahi daniel dikucup lembut selepas itu dia memandang anaknya lama.
"Mama minta maaf.. Mama memang jahat sebab itu daniel bencikan mama.. Mama memang tak guna selalu tak ada disisi daniel.. Tak ingat hari jadi daniel.. Mama tak izinkan daniel berjumpa dengan papa macam-macam yang mama buat untuk buat papa datang pujuk kita.. Tapi rasanya benda itu tak kan terjadi dan daniel kena terima hakikat yang papa dah tak sayang kita"ji hyo menahan sebak tapi akhirnya benteng air mata pecah juga..

Tangan kecil daniel mengusap pipi mamanya.. Daniel bangun dan bersila dipeluk tubuh mamanya erat..
"Mama janganlah menangis.. Daniel minta maaf okay.. Daniel tak nak mama menangis.. Nampak seram.. "Luah sikecil itu tulus namun song ji hyo ketawa mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anaknya.
"Mama... "Panggil daniel.. Song ji hyo senyum ubun-ubun si anak dicium penuh kasih sayang.
"Ye sayang"jawab ji hyo.
"Kalau mama sayangkan daniel.. Jom kita balik korea.. Daniel nak jumpa papa.. Sekali je.. Lepas tu daniel janji daniel tak kan minta mama hadiah lagi.. Okay"pujuk si anak tangan si emak digoncang meminta restu dalam pada yang sama meminta supaya hasratnya itu dipenuhi.

Ji hyo diam bukan mengiakan atau pun menidakkan kemahuan anak.. Dia lantas keluar apabila daniel sudah lelap.
di hayun langkah ke dapur kelihatan maid jessy sedang membancuh kopi untuknya kerja jessy Agak kelam kebut bila geraknya diperhatikan sampaikan sudu yang dipegang terpelanting. Ji hyo tersenyum.
"Jessy.. Saya minta maaf pasal tadi."walaupun dia majikan tindakannya tadi agak melampau dan dia perlu meminta maaf.
Jessy diam dia lantas menghulurkan kopi panas yang selalu majikannya itu minta sebelum masuk tidur.
"Sepatutnya saya yang kena minta maaf sebab saya lalai.. Saya tak ingat pesan puan. Semuanya salah saya.. Puan janganlah minta maaf dari saya, saya jadi serba salah.. Lagi satu apa yang puan buat itu betul.. Semuanya untuk daniel.. Tapi satu je yang saya nak cakap.. Jangan terlalu kasar dengan daniel.  Kesian dia kalau puan nak marah puan marah saya seorang je"luah jessy baginya semua ini berpunca darinya kalau tak kerana dia, tentu daniel tak kena marah.. Dia sedikit pun tak terasa hati dengan amarah majikannya itu kerana dia tahu majikannya itu tak kan marah tanpa sebab..

Ji hyo senyum ada betul juga kata jessy.
"Jessy.. Saya nak balik korea dalam masa terdekat ni awak kena ikut sekali sebab saya bawa daniel sekali.. "
Jessy kelihatan terpinga-pinga bila mendengar majikannya yang terlalu keras hati untuk pulang ke tanah air kini majikannya itu menyebut mahu pulang ke korea.
Adakah majikannya itu kurang sihat?
"Tak payah buat muka blur saya memang nak balik korea.. Dah malam ni,pergi masuk tidur esok pastikan awak kejut saya awal sebab saya ada photoshoot. Faham? "Usai melihat anggukan dari jessy song ji hyo terus masuk ke dalam bilik.

**********

Tao sudah lama pulang dan dia masih disini.. Menikmati malam dengan pemandangan indah di sungai han.. Mata dipejamkan rantai batu jed yang terlilit dilehernya diambil dan ditenung lama..
Dia tersenyum walaupun dia tidak pasti adakah isterinya itu akan menerimanya semula atau sebaliknya setelah apa yang dia buat terhadapa isterinya itu.
Sehun mengeluh dibuang pandangannya ke arah sungai. Dia dapat rasakan yang cinta ji hyo masih hangat untuknya biar pun mereka tidak bersua selama 5tahun.
"Bodohnya aku melepaskan kau pergi tapi aku janji bila kau dah kembali pada aku i never let you go.. I promise.. Daniel papa akan buat mama jatuh cinta pada papa sekali lagi.. Biar payah bagaimana pun papa sanggup asalkan kita bersatu menjadi keluarga yang lengkap"tekad sehun begitu yakin dengan azamnya.
Lamunan sehun terhenti apabila dia mendapat panggilan dari hyungnya yang menyuruhnya pulang ke dorm.

********

Kelapan-lapan ahli exo sedang berkumpul diruang tamu menanti si maknae pulang ke dorm.. Suho yang tidak sabar menanti kepulangan sehun terus-terusan mengintai dari celahan langsir manakala...baekhyun dan chanyeol sedang ralit dengan gajet masing-masing membaca artikel yang akan mengubah nasib sehun mungkin.
30 minit kemudian kedengaran deruman kereta sehun memasuki perkarangan dorm.. Suho yang terlebih teruja lebih dulu mengejar si maknae dan membukakan pintu kereta untuknga. Lantas tanpa sempat sehun bertanya tangannya ditarik suho masuk ke dalam dorm.

Melihatkan kelibat sehun kesemua ahli exo serentak berdiri dan sama-sama memandang sehun yang sedang menghampiri mereka.
"Sehun.. Hyung nak tanya sehun sayangkan ji hyo dengan daniel tak? "Soal lay sambil tangan sehun digoncang. Sehun yang rimas dengan hyungnya bertindak menepuk tangan lay.
"Kalau sehun tak jawab pun hyung akan tahu jawapan sehun kan? "Soal sehun.
"Tak sekarang ni hyung tanya sayang ke tak? Jawab"soal lay matanya bercahaya menanti jawapan balas sehun.
"Nae.. "Jawab sehun sepatah dia masih belum dapat tangkap apa yang hyungnya itu ingin sampaikan kerana dia tidak punya kebolehan dalam membaca fikiran orang.
"Aish.. Hyung ni tak payah berbunga-bunga boleh tak..? Ni sehun kau baca artikel ni"kai cuba menghentikan ayat puisi lagikan pelik dari hyungnya itu kerana dia cukup teruja mahu melihat reaksi sehun bila membaca artikel ini. Lantas iPhone miliknya diserahkan pada sehun yang masih binggung.
"Song ji hyo akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air menemui peminatnya? "Sehun mengulang ayat yang dibacanya lagi dan lagi seakan tidak percaya apa yang terhidang di depan matanya dia jadi teruja sampaikan iPhone milik kai jatuh terhempas ke lantai.
"Yah! Oh sehun "jerit kai sambil mengambil iphonenya yang terlepas dari tangan sehun.

Mulut sehun tergangga matanya berair akibat teruja mulutnya jadi kelu dan kaku.
"Hyung ada rancangan untuk dapatkan ji hyo semula"d.o bersuara tiba-tiba.
"Tapi hyung betul ke artikel ni.. ?"soal sehun apabila dia kembali ke alam nyata.. Yelah selalunya artikel ni mana boleh pakai buktikan dah lima tahun lama web ini menyiarkan tentang song ji hyo yang akan pulang ke korea tapi hampa hanya khabar diangin lalu saja.
"Kali ni betul miracle entertainment sendiri dah comfirm kan. Jadi hyung semua akan tolong sehun atur strategi dalam Misi memenangi hati ji hyo semula"terang suho penuh yakin .
Sehun tersenyum terharu dengan kesungguhan kesemua hyungnya dan dia juga akan bersungguh dalam misi memenangi hati song ji hyo sekaligus misi menyatukan exo semula.
"Oh sehun fighty"jerit sehun dalam hati.


[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now