[Comeback stage]
Mata tertutup tangan digengam sehun, langkah berhati-hati diambil untuk mengelakkan daripada jatuh tergolek kedengaran pintu dibuka
"Hana,dul,set...tada"dan ikatan dimatanya dilepaskan..
Ji hyo mengitari pandangan disekitar rumah sederhana besar milik sehun..
"Ni je rumah yang mampu aku beli sorry lah tak besar macam villa kau.rumah sekarang ni kan mahal so, ni je yang mampu aku sediakan.. Kenapa termenung? "Soal sehun apabila melihat isterinya itu termenung jauh..
"Aniyo, cuma rasa heran.. "
"Sebab rumah aku tak besar dan tak mewah sedangkan aku idol itu yang ada dekat kepala kau"teka sehun melihatkan ji hyo mengangguk dia lantas menyuruh ji hyo melabuhkan punggungnya disofa.
"First aku tak suka rumah besar, kedua aku jarang balik rumah ni, tahun ni baru hari ini aku jenguk rumah ni that's why lah aku beli rumah ni.. Kalau kau nak tahu rumah ni aku beli hasil titik peluh aku sendiri sebab tu aku sayang rumah ni"jelas sehun dia juga mengitari pandangan disekitar rumahnya yang kelihatan bersih biar pun ditinggal lama sebab seminggu sekali akan ada seorang pembantu yang datang mengemas rumahnya..
"Ok juga rumah ni tak adalah kecil sangat kira oklah lagi pun saya sekejap je kan dekat sini"
Entah kenapa jawapan ji hyo buat sehun terasa sakit dihatinya adakah.. Oh tidak mungkin dia menyimpan perasaan pada ji hyo sedangkan mereka baru saja berkahwin dan perkahwinan mereka bukan atas dasar suka sama suka. Sehun mengeluh dan itu menarik perhatian ji hyo dipandang sehun disebelahnya.
"Wae? "Soal ji ho perlahan
Sehun mengeleng lantas rambut ji hyo dikusutkan tangan kecil ji hyo digenggam dan ditarik supaya berdiri..
Bahu ji hyo dirangkul kemas tanpa sedar kelakuannya itu mengundang debaran di hati ji hyo.
"Aku nak tunjuk bilik kita dekat tingkat atas, rumah ni ada 3 bilik je satu bilik stor, satu bilik kita dan satu lagi bilik tetamu"terang sehun satu persatu sambil kaki terus melangkah..Setibanya diatas sehun membuka tompol pintu berhadapan dengan tangga..
Masuk je ji hyo kagum dengan dekorasi yang dipilih sehun, wallpaper biru yang tertampal di dinding perabot berwarna putih sangat kena dengan konsep. Dihujung bilik terdapat piano mini berwarna putih..
Sehun tersenyum apabila melihat ji hyo menarikan jemarinya diatas katil bersaiz queen..
"Cantik.. Pandai awak pilih konsep"puji ji hyo seikhlas hati lantas dia menghayunkan langkah kakinya ke almari putih.. Dibuka almari itu semua baju sehun dan pandangan mata ji hyo terhenti pada sehelai dress putih yang masih berbalut plastik, lantas dress itu ditarik keluar..
"Ni baju siapa? "Soal ji hyo bukan nak menyebuk tapi cuma nak tahu je tak adalah nanti dia mencipta teori sendiri. Sehun bangun dan mengambil dress dari tangan ji hyo lantas dress itu dibuang di dalam tong sampah.. Ji hyo pelik dengan perilaku sehun dia lantas mengambil dress yang dibuang sehun tadi..
"Kenapa awak buang dress ni cantik lagi ni.. "Soal ji hyo sambil dress itu dipadankan ditubuhnya namun sekali lagi dress itu dirampas.. Kali ini dress itu dicampak diatas katil.. Matanya tajam merenung ji hyo yang masih tidak tahu apa yang jadi sebenarnya..Nafas sehun turun naik dia lantas mengendong tubuh isterinya dibawa turun keruang tamu, dicapai kunci kereta dan diletakkan isterinya disebelah tempat duduk penumpang lantas kereta bmw milik sehun dipecut laju..
Dan ji hyo disebelahnya hanya mampu terdiam sebab dia memang tahu yang si sehun ni memang pelik orangnya..
"Kenapa dengan dress tu? "Soal tadi disoal kembali tapi sehun masih diam..
"Kita pergi beli barang dapur lepas tu aku hantar kau balik aku nak ke sm"soalan ji hyo dibiarkan sepi dia tiada hati nak mengungkit pasal dress itu lagi sebab dia tak nak nampak bodoh dimata ji hyo.. Lantas earphone disumbat ke dalam telinga lagu exo monster menjadi pilihannya demi mengelak soalan yang bakal didengar berulang kali..***********
[Halyang mall]
Enjin kereta dimatikan dan sehun memandang ji hyo yang sedang lena tidur memang isterinya itu kaki tidur walupun jarak rumahnya dengan halyang mall bukannya jauh sangat dasar yeoja kuat tidur..
Rambut isterinya yang berserabut dimuka diselak ketepi lantas wajah isterinya itu ditenung..
"Kau muda lagi ji hyo aku harap aku tak hancurkan masa depan kau nanti.. Kau juga baik dan aku yakin ada seorang namja yang terbaik untuk kau.. Dan bila saatnya aku harus melepaskan kau pergi aku akan lakukan itu dengan baik sebab aku tahu kita akan tetap berkawan sampai bila-bila"monolog sehun dalam hati tangannya memegang pipi milik ji hyo dan matanya terhenti pada belakang subang berbentuk bunga ros sangat cantik lantas tangannya beralih memegang subang yang dipakai ji hyo..
"Tatu? "Tatu dibawah cuping telinga ji hyo menarik perhatiannya tatu berbentuk tulisan DIA darah sehun berderau dia kenal tatu ni.. Tatu yang sama dengan tatu milik rapper d.i.a...
Lantas tubuh ji hyo digoncang sehun dia perlu tahu tentang tatu itu ya! Dia perlu tahu..
"Wae? "Soal ji hyo matanya digonyoh kasar..
"Tatu tu... "Jari runcing sehun menunjukkan tatu yang dia lihat tadi..
"Kenapa dengan tatu? "Soalan dibalas soalan tak faham dengan soalan si hantu susu ni..
"Tu tatu yang sama dengan tatu rapper d.i.a"sambung sehun.
Ji hyo telan air liur Alamak masak aku.. Sehun dah curiga macam mana ni..
"Kenapa diam? "
"Ala.. Tatu ni saya ikut rapper d.i.a awak ingat awak sorang je ke yang minat rapper d.i.a. lagi satu please lah jangan kaitkan semua benda dengan rapper d.i.a"jawab ji hyo dia lantas membuka pintu kereta dan keluar nampak macam merajuk sebenarnya dia nak mengelak soalan sehun nanti hujung-hujung nanti dia yang terjerat..
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
Fiksi PenggemarDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...