[Cerita sebenar]
Hampir 3 jam song ji hyo mengulang step tarian untuk lagu barunya tapi tetap juga guru koreografinya masih tidak berpuas hati.. Lee jong suk selaku guru koreagrafinya asyik-asyik menyuruh rapper d.i.a mengulangi step tariannya kerana hampir keseluruhan step rapper d.i.a lupa baginya kesalahan ini tidak sepatutnya terjadi pada seorang idol yang terkenal..
Sekali lagi dia merengus kasar lantas dia mencampak snapback yang digenggam..
"Kan saya dah tunjuk stepnya semula kenapa masih ada kesilapan? Boleh tak fokus.. Jangan kerana awak dah famous awak boleh buat ikut sedap tekak awak je.. Saya ni banyak kerja lain bukan nak duduk menghadap awak hari-hari.. Lepas tu step yang simple pun awak tak boleh carry.. "Bebel lee jong suk..
"Awak ingat ni agensi appa awak pun.. "Belum sempat jong suk menyambung kata penumbuk sulung rapper d.i.a hinggap dimulutnya dia tergamam nyata terkejut dengan tindakan diluar jangkaannya selama ini rapper d.i.a hanya diam ketika dia memarahi yeoja itu..Tangan yang sakit tidak dihiraukan baginya kali ini jong suk betul-betul dah melampau dia pantang orang kaitkan nama appanya atas sikapnya sendiri. Ya dia mengaku dia memang tidak memberi fokus untuk latihan hari ini tapi perlu ke jong suk begitu lancang berkata-kata..
Lantas jari telunjuknya ditunding kearah guru koreagrafinya yang hampir 3 tahun berkhidmat untuknya.
"Kalau aku nak aku boleh beli agensi ni dengan kau sekali. Jadi please jaga mulut kau.. Sebab aku tak suka kata-kata kau dan kalau aku nak aku boleh singkirkan kau dari sini jika benar agensi ni aku punya... "Ji hyo terus mengambil begnya yang diletakkan dihujung bilik latihan langsung tak fikir tindakannya itu akan buat dia nampak jahat sebab mereka yang dluar sana selalu beranggapan yang idol macam dia hidup dikelilingi dengan kemewahan dan sanjungan tapi hakikatnya hidupnya seakan robot semuanya diatur.. Ah! Persetankan kata-kata mereka.. Mereka tiada disituasinya jadi dia tak perlu kisah dengan mulut jahat netizen..***********
Habis semua staff mahu pun seniornya dilanggar dia langsung tak nak ambil pusing pasal pandangan orang hatinya marah bukan marah dengan sesiapa tapi dirinya kenapa?? Dia memilih jalan ini walaupun dia penat dia tetap mahu berdiri diatas pentas kerana pentas adalah sebahagian impiannya dengan woo bin tak kan semudah itu dia mahu berundur..
IPhone digenggamnya menjerit minta diangkat nak tak nak kena jawab dikerling skrin telefon bimbitnya nama jungkook tertera..
Ji hyo mengeluh panggilan itu dijawab..**********
Song ji hyo melabuhkan punggung dihadapan jungkook yang sedia menantinya entah apa yang mahu dibincangkan jungkook sampaikan perkara itu tidak boleh dibincangkan di dalam telefon jarang sekali jungkook mahu menelifonnya jika itu bukan hal yang penting..
"Kau kena tolong suga"kata-kata jungkook buat ji hyo fokus pada bicara jungkook yang seterusnya..
"Tolonglah kami.. Kami tak nak suga terus hanyut dalam cinta dendamnya.. Kami tak nak nyawa kau jadi taruhan sebab suga sangat bencikan kau.. "Jelas jungkook langsung berterus terang baginya hanya seorang saja yang boleh menyedarkan suga iaitu rapper d.i.a yeoja yang buat hyungnya itu separuh gila. Dia tidak pernah salahkan rapper d.i.a sebab dia tahu perasaan memang tidak boleh dipaksa dan hyungnya terlalu obses sampaikan sanggup mempertaruhkan masa depan kumpulan mereka.Ji hyo terdiam.. Dia mati kata untuk terus bersuara baginya dia bukan penyebab kepada ketidak warasan suga... Tapi dia juga perlu bertanggungjawab walau apa pun jadi dia perlu mencuba.
"Baiklah aku cuba tapi jangan salahkan aku jika pujukan aku tak memberi kesan pada suga sebab aku hanya mampu nasihat dia yang kena ubah dirinya sendiri.. Arreso.. "Ji hyo terus bangun dan meninggalkan jungkook sendirian sekarang ini dia perlu mengatur strategi untuk berjumpa dengan suga.
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
FanfictionDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...