CHAPTER 78

2.9K 280 19
                                    

[Last projek]

Song ji hyo merenung wajah polos anak lelakinya yang sedang tidur.. Gaya tidurnya persis gaya milik sehun.. Raut wajahnya dan ketenangan ketika anaknya tidur begitu mirip dengan wajah sehun..

Perlahan-lahan dahi si anak dikucup lembut.. Bila melihat wajah anaknya dia jadi terfikir bagaimana nanti jika si anak membesar tanpa asuhan dari appanya... Adakah daniel akan tumbuh membesar menjadi anak yang suka memberontak seperti dirinya dulu ketika dia kehilangan ommanya.. Dia selalu menjerit ditelinga tua appanya menyalahkan appanya atas pemergian ommanya walaupun dia tahu itu bukan kesalahan appanya.

"Ji hyo betul ke kau dah boleh lupakan sehun? Namja yang selama ini kau tunggu? Namja yang kau cinta sepenuh hati.. Kenapa dengan kau ji hyo? Kau dah jauh berubah betul kata sehun, tao dan hyolyn.. Hidup kau 100% dah dikawal dengan ego. Kau tengok anak kau? Apa dia boleh hidup tanpa seorang appa? Kau sendiri pernah rasa hidup dalam keluarga yang tak lengkap apakah sekarang giliran daniel untuk merasai apa yang kau alami dulu? "Entah mana datangnya suara itu.. Song ji hyo seakan mengiakan suara itu.

Sekali lagi dipandang wajah anaknya.
"Maafkan mama sayang"ji hyo bangun dan keluar dari bilik anak lelakinya.

Ketika dia mengangkat wajahnya dia terkedu bila melihat hyolyn membawa seseorang yang begitu rapat dengannya dulu iaitu..
"Song ji hyo"mama oh berlari dan memeluk tubuh kecil milik menantunya dibahu menantunya itu dia menangis kerana dia terlalu rindukan menantunya itu.
"Mama.. "Air matanya tumpah bila tubuhnya dipeluk seorang yeoja yang dia rindukan selama ini...

**********

Mama oh memandang menantunya tangan song ji hyo diambil dan digenggam dia kesini kerana dia mahu menjernihkan hubungan anak dan menantunya dia tahu sudah tiba masanya dia masuk campur kerana dia tahu sehun tak kan pernah dapat mengendalikan situasi ini biar macam mana pun dia mencuba.. Dia berkata begitu kerana dia juga wanita jadi cuma wanita saja tahu apa yang ada dia dalam hati.. Dan dia tak pernah salah ji hyo dalam soal ini...
"Ji hyo.. "Panggil mama oh sekarang ini mereka berdua duduk di ruang tamu hyolyn sudha pun keluar ke agensi.
"Nae.. "Jawab ji hyo perlahan.
"Mama.. Ji hyo nak minta maaf"luah ji hyo mata tua emak mertuanya ditatap.
"Kembali pada sehun.. Jebal.. Kembali pada sehun hanya itu yang mama nak.. Mama nak tengok sehun gembira semula.. Mama nak tengok keletah gila-gila korang berdua.. Mama nak tengok kamu berdua saling bergaduh manja.. Mama nak tengok kamu gembira.. Ji hyo boleh bohong mama tapi ji hyo tak boleh bohong hati ji hyo.. Mama yakin ji hyo masih cintakan sehun... Tolonglah maafkan sehun.. Mama nak sehun dan ji hyo yang dulu. Mama tahu tak mudah untuk ji hyo lupakan semuanya.. Tapi please lakukan itu untuk mama.. Maafkan sehun.. Jebal... "Mama oh tunduk melutut berharap yang menantunya itu lembut hati..

Ji hyo tergamam lantas tubuh mamanya ditarik dan dipeluk erat.
Mulutnya dirapatkan ketelinga mama oh..
"Sebenarnya.... "

************

Chanyeol dan diikuti yang lain memandang sehun dengan pandangan sayu.. Dari pagi sampailah malam mahu melabuhkan tirainya sehun tetap setia ditepi kolam berenang memeluk lutut dan termenung itulah rutin hariannya.. Makan pun bila dipaksa bercakap pun boleh dikira butir perkataan.. Berat badan makin susut sampaikan manager berleter dan semestinya mutunya kerjayanya tidak memuaskan.

Puas mamager berleter tetapi sehun hanya diam dan mengangguk selepas itu duduk itu jelah yang dia buat selama seminggu ni. Nasihat macam mana pun dia tetap begitu.
Suho mengeluh lantas dia memberi isyarat supaya kesemua ahli exo masuk ke dorm.
"Kita kena buat sesuatu.. "Cadang suho..
"Kita.. Buat... "
"Dah.. Kami tak nak cadangan hyung lagi semuanya mengarut.. Kali ni biar kai yang beri cadangan. Sekali sekali dengarlah cakap maknae ambil pendapat maknae"cantas kai.
Suho merengus dikumat-kamitkan mulutnya mungkin mengomel biasalah suho siapa tak kenal.
"Betul tu.. Tumit hyung masih belum hilang rasa sakitnya sebab pakai high heel. Itu semua sebab apa? Sebab idea gila suho lah kali ni hyung nak dengar cadangan kai pula"sokong xiumin membangkang suho dari memberikan idea kerana idea high heel suho sememang tidak masuk diakal hampir seminggu jugalah tajuk "exo with high heel" menjadi hit dan trending ditwitter.. Dia dah tak sanggup menanggung malu lagi ingat lawak ke?...
Kai tersenyum dia bangun dan masuk ke biliknya.
5 minit kemudian dia keluar dengan membawa dua helai kertas.
"Dengan ini mungkin dapat mengubah sedikit jalan cerita cinta sehun dan ji hyo"kertas yang di ambil tadi di hulurkan pada xiumin.
"My love?? "Soal xiumin. Bila dia membaca bait kata yang tertulis disitu dia jadi bengap seketika.
Kai mengeluh.. Kertas itu kembali di rampas.
"Song ji hyo akan perform dekat mama award tahun ini.. minggu lepas kai jumpa hyolyn noona dia yang bagi lirik ni.. Dia cakap ni lirik untuk lagu baru ji hyo dan mama award ini adalah music video untuk lagu ni.. Dan guest what? "Soal kai dia melihat satu persatu.
"Ji hyo langsung tak tahu lagu ini akan dinyanyikan sehun.. "Kali ini xiumin yang tadi termenung terus ternganga bila mendengar kenyataan kai.
"Aik.. Terang-terang dekat sini lagu ni ciptaan ji hyo macam mana pula dia tak tahu? "Soal d.o kalau difikirkan balik macam tak logik je ji hyo tak tahu.
".... Ini semua bukan idea kai.. Tapi idea hyolyn noona.. Sepatutnya dia yang akan berduet dengan ji hyo.. Tapi melihatkan hubungan sehun dan ji hyo macam tak ada kesudahan jadi dia ambil keputusan untuk gantikan tempat dia dengan sehun.. Kita hanya pembuka jalan untuk mereka selebihnya biar mereka yang tentukan kesudahan cinta mereka.. Sama ada kekal atau putus... Itu keputusan mereka tiada apa yang mampu kita buat.. Sama-samalah kita berharap yang kisah mereka berakhir dengan happy ending.. "
Kesemua ahli exo mengiakan dan didalam hati masing-masing berdoa supaya sehun bahagia walaupun apa pun yang terjadi dalam perkahwinannya.

***********

Baekhyun, chanyeol, suho, lay sibuk seharian mengumpulkan exo-l yang akan berkerjasama dengan mereka untuk menjayakan projek "misi memikat ji hyo".
Exo-l dikumpulkan dalam dewan dan lay diberi tugasan untuk menjelaskan projek mereka..
"Gomawo exo-l sama-sama kita berharap yang sehun dan ji hyo bersatu semula.. Thank you"ucap lay setelah perbincangan mereka berakhir.

Baekhyun, chanyeol, suho dan lay saling berpegangan tangan dan memandang satu sama lain.. Disaksikan exo-l mereka tunjukkan usaha mereka untuk buat sehun bahagia.

***********

Kalau baekhyun, chanyeol, suho dan lay sibuk dengan exo-l... Kai, d.o, chen dan xiumin sibuk di bilik latihan melatih sehun rap dalam lagu my love.. Biar pun sehun masih tidak tahu kenapa dia ditarik ke bilik latihan dari pagi sampailah ke malam yang dia tahu dia akan berkolabori dengan artis baru yang dia sendiri tak tahu nama dan tak pernah dimaklumkan.. Nak tak nak dia turutkan juga takut pula xiumin mengurungnya di bilik latihan..

Hampir 3 jam mereka berlatih namun d.o langsung tak puas hati dengan persembahan sehun.. Sehun kaku langsung tak ada reaksi dan feel yang dia nak.
D.o bercekak pingang memandang si maknae yang kelihatan sangat stress.
"Ok look here.. Cuba sehun bayangkan yang lagu ni sehun tujukan untuk ji hyo.. Cuba faham lirik dan imagine situasinya.. Boleh? simple kan? "Soal d.o dia cuba merendahkan nada suaranya dia tak mahu sehun kecil hati.. Kai menarik d.o supaya duduk dia tahu kalau silap lagi komfem d.o akan bertukar menjadi satansoo jadi untuk langkah selamat dia yang akan mengambil alih melatih sehun.

Bekas botol mineral diambil dan didekatkan kebibirnya seakan dia memegang mikrofon.
"nun muli nange bule apasonji nega opsosojin, mulado nun mulol jom nora hunnaso, nega opnun nanul sang sang hebun "kai berjaya rapping seperti apa yang d.o mahukan dan sehun yang mengangguk sekali lagi dia cuba rap..

Dan kali ini dengn sekali percubaan dia berjaya menghabiskan rap.. Dengan sempurna.
D.o, kai, chen dan xiumin memeluk tubuh sehun.
Dan mereka berharap perancangan mereka kali ini betul-betul dapat merubah keseluruhan cerita cinta oh sehun dan song ji hyo.



[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now