CHAPTER 63

2.5K 232 11
                                    

[Last day ]

"Sehun berhenti.. "Jerit ji hyo secara tiba-tiba membuatkan kereta yang dipandu sehun berhenti secara mengejut dipandang ji hyo yang sedang ralit melihat keluar tingkap.
"Yah! Kau nak kita mati cepat ke? Kau dah kenapa? Buat terkejut aku je"bebel sehun dipandang kedepan deretan bangunan yang sangat asing baginya bila terpandang satu papan tanda tertulis 'Sindang tteokpokki town' baru dia faham kenapa si kenit ni begitu bernafsu menyuruhnya berhenti.
"Awak saya teringinlah nak makan tteokpokki dekat sini ramai yang cakap sedap,boleh tak? "Soal ji hyo tangan sehun digoncang berharap yang sehun mengikut seleranya sebenarnya hampir seminggu dia teringin sangat nak makan tteokpokki yang sangat hot di seoul jadi alang-alang sudah berada disini boleh lah dia menunaikan hajatnya itu. Dia bertekat jika sehun tidak mahu menurut kemahuannya dia sendiri yang akan pergi.

"Kan tadi baru je makan tteokpokki bekasnya pun ada lagi tu"sehun mengarahkan tangannya ke tempat duduk belakang yang terdapat 3 bekas kosong yang terisi tteokpokki tadi dan semuanya dibedal ji hyo seorang.
"Ala bolehlah awak saya janji lepas tu saya tak minta apa-apa lagi palli.. Saya teringin sangat nak makan dekat sini "masih lagi memujuk apabila sehun hanya memandangnya kosong.. Dan ji hyo memuncungkan mulutnya dia berpeluk tubuh acah-acah merajuk bila sehun tidak mahu menuruti kemahuannya.
"Yelah-yelah"sehun membuka tali pinggang keselamatannya dan juga tali pinggang keselamatan ji hyo sebelum ji hyo membuka pintu sehun menarik tangan ji hyo.
"Tunggu aku bukakan pintu untuk kau dekat luar tu ramai orang"sehun keluar dari kereta dan membukakan pintu kereta untuk ji hyo pada ji hyo tindakan sehun itu romantik tapi bagi sehun dia lebih kepada mahu menjaga keselamatan ji hyo kerana fan sudah mula berasak apabila melihat kelibatnya.

*********

[Sindang tteokpokki town]

Sehun dan ji hyo mengambil tempat di hujung restoran dan berbual-bual kosong sementara menanti pelayan datang mengambil pesanan mereka. Ji hyo memandang sehun yang sedang ralit bermain dengan keychain yang dimenangi mereka di lotte world tadi nampak yang sehun begitu suka dengan hadiah yang diterima mereka

Hampir 5 minit menanti datang seorang namja yang begitu segak menghulurkan menu kepada ji hyo dan sehun.. Ketika sehun sedang ralit membaca menu ji hyo pula ralit melihat namja yang berbadan sado dan tinggi lampai itu. Sehun yang mula perasan sedari tadi ji hyo asyik memandang namja itu dia mula berdehem, namun hampa bila isterinya itu begitu asyik menelek wajah namja yang berada disamping mereka dan sakit hatinya bertambah bila namja itu juga sibuk menelek isterinya.
Lantas kaki song ji hyo disepak perlahan..

Ji hyo yang tersedar dari lamunan panjangnya dek kerana sepakan sehun mula melemparkan senyuman pada si pelayan yang dari tadi menanti.
Ji hyo mula membaca menu yang tertera disitu langsung tidak mahu melihat muka sehun.
"Bagi saya hot coffee"sehun memulang buku menu itu pada pelayan apabila siap membuat pesanan.
"Makan? "Soal pelayan itu namun sehun mengeleng.
"Em.. Saya nak satu tteokpokki, odeng, ojingo and hot coffee"
Pesanan itu dicatat pelayan tadi, kemudiannya pelayan itu beredar.
"Wae? "Soal ji hyo apabila melihat sehun sedang merenungnya.
"Kau makan ke semua tu banyak gila.. Siapa yang nak habiskan dan lagi satu kau ingat sikit kau tu wife orang jangan gatal sangat mata tu"pertanyaan dan juga amaran dilontarkan sehun.
"Owh tau pula,habis yang  awak tengok pelayan yeoja sampai nak terkeluar biji mata tak kisah pula.. "Song ji hyo memulang paku buah keras pada sehun sakit hatinya masih belum reda bila mengingatkan yeoja gatal di restoran 'check in busan'sebenarnya tak ada yang istimewa pun pada namja berotot itu saja je nak cuci mata.
Sehun merengus apabila kalah lagi dalam bertikam lidah dengan si kenit ni balik-balik dia juga yang habis modal.
Akhirnya mereka sama-sama diam sementara menunggu makanan mereka sampai..

5 minit kemudian makanan yang dipesan mereka dihidang didepan mata.. Song ji hyo teruja melihat menu yang begitu membangkit nafsu makannya tangan sehun ditepis kasar apabila sehun mahu mengambil tteokpokki kesayangannya itu.
"Yah! Tak kan kau nak makan sorang share lah aku belum makan lagi"rungut sehun chopstick dihalakan pada tteokpokki milik ji hyo namun yeoja itu terus terusan menepuk tangannya..
"Aish! Ni saya punyalah oh sehun.. Saya yang order kenapa awak tak nak order tadi.. Anni.. Anni.. Yah! "Jerit ji hyo perlahan bila sehun pantas merampas tteokpokkinya habis tumpah sedikit kuahnya.. Entah kenapa tiba-tiba jatuh pula air matanya bila melihat tteokpokki itu tumbah.. Dari setitis air mata jadi berderai pula air matanya.. Sehun jadi serba salah bila melihat ji hyo menangis tersedu sedan.

Sehun lantas menghulurkan kembali tteokpokki itu berharap yang tangisan song ji hyo reda kerana banyak pasang mata yang sedang melihat mereka.. Namun.. Song ji hyo tetap juga menangis sehun jadi bertambah jadi serba salah lantas kerusinya ditarik dekat dengan ji hyo rambut isterinya diselit ketelinga diambil tteokpokki dan disuap dimulut ji hyo. Pada mulanya ji hyo tidak mahu membuka mulutnya tapi bila menghidu Bau tteokpokki yang menyelerakan itu song ji hyo akhirnya tewas dia membuka mulutnya dan menyuruh sehun menyuapnya lagi dan lagi.. Rasa tteokpokki yang tadinya sedap bertambah sedap bila sehun menyuapnya terasa bahagia bila dimanjakan oleh sehun.

Lantas chopstick ditangan sehun diambil dan dia mengambil tugas menyuapkan tteokpokki ke mulut sehun.. Habis tteokpokki ,song ji hyo tidak mahu berkongsi lagi dengan sehun dia menghabiskan makanan yang lain seorang diri tak cukup itu dipesannya lagi tteokpokki. Dan sehun hanya diam melayan karenah isterinya yang kuat melantak sejak akhir-akhir ini.

Selepas makan mereka mengambil keputusan untuk menghabiskan petang mereka dijalanan bersiar-siar sambil menghiburkan hati dengan pemuzik jalanan walaupun cuaca sejuk mereka tidak patah semangat untuk mencari sesuap nasi.
Sehun dan ji hyo berhenti sambil menikmati muzik yang dimainkan pemuzik jalanan itu..

Tiba disebuah kedai yang menjual pelbagai batu jed,ji hyo menarik sehun masuk ke kedai itu.. Diperhatikan satu persatu rantai dan cincin yang membuatkan ji hyo rambang mata..

Lantas dua rantai berbatu jed diambil..
"Kau nak ke? "Soal sehun bila melihat ji hyo begitu ralit menelek rantai jed itu.
"Aar tapi saya belikan untuk awak"jawab ji hyo.
"Untuk aku? "Soal sehun dilihat harga rantai jed terbeliak matanya kerana harga rantai itu terlalu mahal.
Ji hyo mengangguk lantas terus membuat pembayaran.
Ji hyo mengarahkan sehun merendahkan tubuhnya supaya senang dia menyarung rantai dan sehun juga membantunya menyarungkan rantai jed dileher ji hyo.
"Cantikkan.. Ini hadiah saya sempena tiga bulan kita berkahwin dan hadiah perpisahan tentunya, dan saya harap awak ingat saya bila awak pandang rantai ni. "Jelas ji hyo dipandang sehun yang juga sedang memandangnya.. Lalu tangan sehun merangkul pinggang ramping milik ji hyo,ji hyo terdorong ke depan tanpa sempat berbuat apa-apa. Dia terus-terusan merenung anak mata berwarna hitam milik sehun.. Kedua-duanya berasakan ada sesuatu yang tersingkap di hati masing-masing. Sehun mengangkat dagu ji hyo lalu bibir mereka bertaut. Ji hyo melengkarkan tangannya dileher sehun walaupun disaksikan tuan kedai batu jed itu dan juga fan mereka.. Sedikit pun tidak menganggu mereka malah seperti sehun ingin memberitahu tahu satu dunia yang dia sudah terlanjur mencintai isterinya..
Berbalik pada ji hyo dia terus-terusan menangis apabila dia sedar semuanya akan berakhir.

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now