CHAPTER 25

2.6K 195 1
                                    


[chingu]
Kereta porche yang megah menyusur jalan raya seoul korea selatan, seorang namja yang ketika ini sedang menjulurkan kepalanya merasai angin di bumi korea hampir 3 tahun dia tidak merasai angin ini walaupun dia merasai angin yang sama di china tapi tetap juga berbeza.. Dia meninggalkan semuanya disini dan baru hari ini dia mahu mencari orang-orang yang selalu berada di sisinya walaupun dulu dia tak punya apa-apa dia datang kesini dinegara yang asing demi mengejar cita-citanya.. Dan dia pergi dari sini meninggalkan cita-citanya disini dan bermula dari bawah untuk mengejar cita-citanya di negara tumpah darahnya..

"Tuan.. Bahaya keluarkan kepala macam tu"nasihat pemandu peribadinya yang berusia dalam likungan 50 tahun, namun macam biasa bos mudanya tetap berkeras..
"Saya dah lama tak hirup udara segar korea.. So.. Bagilah muka dekat saya.. "Jawab namja itu disertai dengan anggukan si pemandu tak kanlah dia nak membantah silap-silap kena buang kerja..
10 minit kemudian baru namja itu menutup tingkap kereta dan bersandar sambil tangan memegang iPhone silvernya.
"Tuan kita terus nak ke villa rose ke? "Soal si pemandu lagi. "Em... "Namja itu sedang berfikir sambil tangannya mengurut perlahan matanya yang terasa berat.. Beberapa jam dia di dalam pesawat sangat meletihkan tapi demi menemui chingunya dia sanggup.
"Sebelum tu singgah ke toy shop yang dekat dengan villa rose.. Dah sampai kejut saya arreso? "Usai memberi penjelasan namja itu terus menutup matanya mahu tidur sekejap kerana dia pasti bila dia bertemu dengan chingunya yang bermulut bertih jagung itu kompom satu hari dia tak tidur..

Kereta porche hitam menyusur laju masuk ke perkarangan villa rose yang sangat luas.. Villa yang dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan kuntuman mawar putih yang menjadi kegemaraan puteri blank di dalam villa ini... Villa ini tetap sama yang berbezanya ialah villa ini kelihatan moden walaupun struktur binaan yang lama..

Anak patung panda sebesar pemeluk diambil dari bonet.. Namja itu terus membetulkan jaket hitam yang tersarung di tubuhnya.. Berdebar pula nak tengok reaksi chingunya itu.. Lonceng ditekan dia mennati penuh debaran..

Song ji hyo keluar dari studionya apabila mendegar lonceng dibunyikan bertalu-talu..
Dikerling harabeoji suk jin yang sedang tidur pulas sambil mukanya ditutup dengan surat khabar.. Tidur mati agaknya sampai lonceng bunyi bertalu-talu tak dengar..
T-shirt lengan panjangnya disinsing dan dia menghampiri pintu.. Namanya ada maid tapi madi tak boleh harap pekak agaknya...

Pintu dikuak dan kertas yang tertulis not lagu terlepas dari genggamannya.. Air mata gembira jatuh dipipinya melihat figura yang dinantinya hampir 3 tahun.. Tanpa suara ji hyo terus memeluk tubuh chingunya..
"Tao.. I really miss you"ji hyo mengeratkan lagi pelukannya sampaikan tao merengus sakit dipeluk terlalu ketat..
"Miss, miss juga kau nak esok citer kita keluar paper ke? Bukannya nak ajak aku masuk"tao menolak tubuh genit ji hyo dan dengan rasa tak malunya masuk dan mendekati harabeoji suk jin yang sedang tidur pulas..
Ji hyo mencekak pinggang sambil mulut melopong melihat perilaku biadap chingunya itu..
"Aigoo.. Yah! Tao kau tak rindukan aku ke? "Soal ji hyo memeluk tubuhnya tanda protes apabila melihat tao mendekati harabeojinya itu..
"Nak rindu kau buat apa? Hari-hari aku tengok muka kau dekat insta.. Naik muak"jawab tao berseloroh dia lantas memeluk tubuh harabeoji suk jin.. Terus tersedar orang tua tu.. Dan bermulalah sembang rancak antara mereka sampai lupa dengan chingunya yang sedang merajuk.. Song ji hyo apa lagi terus angakt kaki masuk ke bilik acah-acah merajuk.. Biar tao pujuk dahlah lama hilangkan diri lepas tu tiba-tiba muncul depan pintu macam hantu..

Song ji hyo menghempas pintunya kuat.. Dia menghampiri katil dan menghempas badannya diatas katil entah apa dosa katil tu silap hari bulan boleh patah.. Dahlah katilnya itu baru diganti..
Matanya dihala ke siling hatinya menghitung angka menunggu chingunya itu memujuk.. Namun hampa sampai hitungan ke 10 bayang si tao tak juga kelihatan..

Tao dan harabeoji suk jin sedang leka bergurau senda.. Tao sudah di anggap cucu kerana dari kecil lagi tao sering berkunjung ke rumahnya dichina sebab itu song ji hyo dan tao sangat rapat macam adik beradik.. Semenjak dia berpindah ke korea.. Tao jarang sekali mahu menjenguk mereka dia faham yang tao sudah ada kehidupannya sendiri tapi dia tetap beharap yang suatu hari nanti tao kembali untuk menemani cucunya ji hyo yang susah dikawal.
Harabeoji suk jin mengusap kepala cucunya itu sambil tersenyum semakin hensem cucunya itu dia ingat lagi sewaktu tao masih berusia 19 tahun namja itu sangat simple tapi lihatlah dia sekarang dikenali seluruh dunia semakin hensem dan penuh dengan karisma..

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now