[Percutian??]
Kaki dan seluruh badan song ji hyo mengeletar sampaikan hyolyn terpaksa memangkunya untuk berjalan.. Jiwanya seakan melayang pergi mendengar pengakuan suga..
Matanya tidak habis-habis mengalirkan air mata esakkannya halus tapi sudah cukup buat hyolyn merasa sebak, hati sahabat mana yang tidak tersentuh melihat sahabatnya menangis begini..
Song ji hyo menolak tubuh hyolyn perlahan apabila mereka sampai di pintu lif yang berhampiran dengan tangga kecemasan.."Ji hyo kau okay tak ni? "Soal hyolyn rambut ji hyo yang terjuntai didahi ditepis mahu menganalisis wajah sahabatnya kalau-kalau dia okay tapi ternyata yeoja itu masih menangis..
"Hyolyn kau turun dulu nanti aku turun"tubuh hyolyn sekali lagi ditolak kerarah pintu lif.
"Ji hyo kau tak boleh macam ni.. Sekarang ni fikiran kau bercelaru aku tak boleh biarkan kau seorang diri.. "Kalau ji hyo bertegas dia juga bertegas dia tidak mahu song ji hyo bertindak diluar kawalan dalam keadaan emosinya yang tidak stabil..
"Aku kata pergi-pergi jelah.. "Tengking ji hyo membuat hyolyn tersentak baru hari ini dia diherdik oleh sahabatnya membuatkan dia sedikit berkecil hati.
"Aku tunggu kau dekat kereta"hyolyn berkata perlahan sambil menekan punat lif untuk turun ke tingkat bawah.
Song ji hyo hanya melihat hyolyn menghilang apabila pintu lif ditutup.. Kakinya yang masih lemah dihayun ke tangga kecemasan..Ditangga kecemasan ji hyo menjerit meraung dan menangis.. Rambutnya ditarik sekuat hati pipinya ditampar sekuat hatinya dan akhirnya dia terduduk memeluk lutut sambil menangis..
"Argh........ "Jeritan disertai dengan tangisan membuatkan ji hyo nampak lemah sebagai seorang yeoja. Walaupun diluar dia terlihat sangat gah dan mampu menepis setiap dugaan tapi jauh didalam hatinya dia juga seperti yeoja lain menangis adalah hal yang terakhir yang dia mampu lakukan kerana dia tahu tak ada yang mampu dia lakukan selain itu kerana dia hanya seorang yeoja yang lemah dugaan kali ini begitu mencabar.. Dia sakit dengan permainan yang dia cipta, permainan yang menjerat diri sendiri malah dia tidak berseorangan dia membawa sehun, suga, hyolyn, tao dan exo sekali dalam permainan yang penuh dengan kekejaman.. Dengan segala rahsia yang dia simpan boleh membuatkan jiwanya mati..cintanya akan terabai dan impiannya untuk memiliki seorang lelaki yang mampu mengantikan tempat woo bin hampir musnah akibat rahsia bodohnya ini...Hyolyn yang sedari tadi melekapkan telinganya dipintu tangga kecemasan juga turut menangis mendengar tangisan sahabatnya. Hatinya juga sakit melihat sahabatnya itu menangis lantas pintu dibuka dan tubuh song ji hyo dipeluk erat belakang badan ji hyo ditepuk perlahan.
**********
Sedari tadi sehun diam sambil memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang ada tentang persoalan apa kaitan rantai berhuruf j dan selendang yang dia berikan untuk ji hyo.. Ah! Sakit otaknya memikirkan benda yang tak sepatutnya dia fikir..
Tanpa sedar chanyeol melihat segala tingkah laku si maknae dia baru saja balik dari berjumpa dengan ceo mereka terus masuk ke bilik latihan melihatkan si maknae termenung buat dia terdiam apa yang difikirkan sehun sampaikan kehadirannya di dalam bilik latihan itu langsung tidak menganggu menunggan sehun..
Dia mendekati sehun lantas punggungnya dilabuhkan disebelah si maknae..
"Sehun okay tak ni? "Soal chanyeol prihatin.
Sehun tersenyum melihat chanyeol yang juga tersenyum padanya lantas selendang dan rantai yang dipegangnya dimasukkan ke dalam beg galasnya.
"Okay.. Hyung kenapa tak balik dorm lagi dah malam ni"soal sehun kerana kesemua hyungnya sudah sejam meninggal bilik latihan.
"Oh! Tadi hyung jumpa ceo"
"Jumpa ceo buat apa? "Soal sehun.
"Em.. Hyung bincang Pasal lagu original soud track untuk filem baru dekat china.. By the way hyung akan berkolaborasi dengan rapper d.i.a"sengaja dia menyebut nama rapper d.i.a mahu melihat reaksi sehun tapi sehun tetap beriak biasa seakan-akan dia dengan rapper d.i.a tidak pernah rapat sebelum ini
Chanyeol tersenyum melihat perubahan sehun tidak terlalu mengejar rapper d.i.a. perubahan yang terbaik untuk sehun memandangkan sekarang sudah ada yang mampu mengubah sikap maknae mereka.
"Owh ye lupa pula hyung nak cakap ceo nak jumpa sehun"dia yang diberi amanat tadi terus lupa bila dia ralit berbual dengan sehun.
Sehun terus bangun dan keluar dari bilik latihan menuju ke pejabat tuan lee soo man apa pula bencana kali ini... Yang dia terpaksa hadapi.
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
FanfictionDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...