CHAPTER 18

2.6K 201 0
                                    


[denda]
Selepas fan suga berundur dari perkarangan sm.. Exo menarik dua beradik itu masuk ke dalam sm.. Kelihatan para senior mereka juga ada menyaksikan kejadian yang memalukan rapper d.i.a masing-masing memasang muka simpati..
Sehun membuka jaketnya disarung ke tubuh rapper d.i.a menutup kesan telur yang merosakkan baju rapper d.i.a..
Walaupun sehun cuba bersikap prihatin namun song ji hyo membuka jaket sehun dibaling ke muka sehun..
"Aku tak perlukan simpati kau"jerkah rapper d.i.a tegas dan kuat.. dia langsung menarik tangan Kwang soo masuk ke dalam perut lif dan seterusnya masuk ke dalam bilik latihan..

Sehun yang dijerkah rapper d.i.a tergamam malah bukan sehun saja member exo juga turut tergamam jarang sekali rapper d.i.a bersikap kurang ajar pada seniornya.. Jadi mereka menyangka mungkin rapper d.i.a tertekan dengan kejadian tadi dan membuatkan sikapnya berubah terhadap sehun..
Sehun mengutip jaket yang dibaling rapper d.i.a padanya dia sedikit pun tak terasa hati malah rasa simpatinya terhadap rapper d.i.a semakin kuat.. Dia tahu rapper d.i.a mesti tiada niat memperlakukannya sebegitu...
Xiumin mendekati sehun ditepuk bahu si maknae.. Mulutnya didekatkan ketelinga si maknae..
"Inilah masanya sehun nak ambil hati rapper d.i.a.. "Usai bercakap xiumin dan di ikuti member yang lain masuk ke perut lif meninggalkan si maknae mencari makna disebalik kata xiumin tadi..

Sambil menyapu ubat di tepi bibir Kwang soo sambil itu juga air matanya tak henti-henti mengalir bagaikan aliran sungai yang tiada penghujungnya...
Kwang soo yang melihat air mata noonanya juga turut menangis.. Dia memegang tangan noonanya ditatap mata noonanya yang masih ada takungan air mata.
"Noona dahlah Kwang soo ok... Patutnya Kwang soo yang sapu ubat dekat luka noona.. "Baru saja Kwang soo mahu mengapai botol ubat,tangannya ditepis ji hyo.. Ji hyo memeluk tubuh adik lelakinya dia menangis..
"Noona ok.. Mian sbb noona Kwang soo jdi macam ni... Noona bukan noona yang baik.. Sepatutnya mereka  cederakan noona tanpa babitkan Kwang soo.. "Ji hyo merengek.. Luka di mukanya sedikit pun tidak dihiraukan..
Kwang soo melekaikan pelukan mereka..
"Sebaliknya kwang soo yang patut terima semua ni... Dahlah noona.. Kwang soo tak sukalah noona menangis macam ni lagi pun kwang soo punya luka sedikit je tak yahlah nak propa.. "Seloroh kwang soo mahu melihat senyuman noonanya ternyata selorohnya itu menjadi apabila ji hyo ketawa walaupun tidak lama.
"Kwang soo noona sayang kwang soo..sayang sangat sampaikan noona tak sanggup tengok adik noona diperlakukan seperti tadi.. "Ji hyo kembali menyapu ubat didahi kwang soo yang bercalar.
"Kwang soo pun sayangkan noona.. "Balas kwang soo..

Sehun yang sedari tadi mengintai disebalik bukaan pintu bilik latihan rapper d.i.a tersenyum melihat kasih sayang rapper d.i.a terhadap adiknya... Walaupun luaran rapper d.i.a nampak kasar tapi dia tak main-main dalam menjaga hati adik lelakinya jadi sebab itulah dia sukakan rapper d.i.a.. Dia seorang yang penyayang.. Sehun cepat-cepat bersembunyi disebalik tiang apabila melihat kwang soo keluar dari bilik latihan.. Baru saja sehun berkira-kira mahu masuk ke dalam bilik latihan rapper d.i.a kehadiran seorang staff sm menghentikan niatnya..

Selepas pasti kwang soo sudah selamat pulang ji hyo mula mengemas first aid yang digunakannya tadi kerana sebentar lagi dia akan menyambung latihannya bersama exo sebelum itu dia perlu pulang kerumah menyalin pakaian kerana pakaiannya berbau hanyir telur busuk..
Dilihat mukanya pada pantulan cermin.. Bibir bawahnya berdarah pipinya luka.. Malah lututnya juga berdarah akibat balingan telur dan batu-batu kecil yang dibaling fan suga..
Lamunannya terhenti apabila dia didatangi seorang staff sm.
"Rapper d.i.a tuan nak jumpa you"ujar staff yang memakai tag nama ha ryeong..
Ji hyo mengangguk perlahan dan membuntuti staff itu..

Sekali lagi sehun keluar dari tempat persembunyiannya dahi dikerutkan..
"Kenapa lee soo man nak jumpa rapper d.i.a?? "
Soalan itu terus-terusan berlegar dikepalanya...

[Pejabat lee soo man]
Staff tadi mengetuk pintu pejabat lee soo man perlahan dan apabila lee soo man mengarahnya masuk baru staff itu membukakan pintu untuknya dan meninggalkan rapper d.i.a bersama lee soo man.
Ji hyo duduk berhadapan lee soo man apabila dia diarahkan berbuat begitu...
Lelaki yang berusia dalam likungan 50 tahun itu merenung artis yang semakin meningkat naik saban tahun malah populariti nya tidak pernah pudar.
"Boleh jelaskan pada saya apa semua ni.. Kenapa fan suga serang awak dan kenapa mesti ada perhimpunan didepan pejabat saya.. Rapper d.i.a? "Soal lee soo man perlahan dan lembut tetapi tegas.
"Saya tak tahu.. "Bela ji hyo.. Memang dia sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba fan suga menyerangnya.
Lee soo man mengeluarkan iPhone miliknya dan menyua iPhone kemuka rapper d.i.a.
Selepas pasti rapper d.i.a sudah membaca artikel itu. lee soo man meletakkan iPhonenya ditepi dan memandang muka rapper d.i.a ditenung artisnya yang memilih memakai topeng separuh muka sebagai identitinya siapa dia disebalik topeng yang dipakai nya tiada siapa tahu kecuali kwang soo kerana kwang soo adalah saudaranya.
"Kenapa mesti jadi macam ni ha?? Awak tahu tak kejadian tadi bukan saja memalukan awak tetapi agensi ini.. Kenapa mesti awak tolak lamaran suga walaupaun awak tahu ia akan mencalarkan nama baik awak.. Tahun ni je dah banyak rumor tentang awak terpaksa saya cover... Lepas ni apa pula? "Lee soo man menhentak mejanya kuat tanda marahnya sudah tidak dapat dibendung.
"Tapi saya berhak tentukan sama ada saya nak terima atau tak lamaran itu.. Pergi matilah dengan nama baik saya"Song ji hyo bangun dan melawan panahan mata lee soo man walaupun dia tahu itu sangat kurang ajar tapi dia juga berhak memilik lee soo man hanya majikannya bukan orang tuanya..
"Diam... "Tengking lee soo man.
"Macam nilah awak pilih antara dua.. Nak ambil cuti panjang atau saya batalkan kontrak awak.. Walaupun saya tahu ia akan merugikan agensi saya"sambungnya lagi.
"Saya yakin yang tuan tak mahu menamatkan kontrak saya kerana saya sangat penting dalam agensi ni dan saya pun tak nak usaha saya selama bertahun-tahun terkubur hanya kerana ini.. Baiklah saya akan bercuti sesuai keinginan tuan"usai berbalah ji hyo bangun dan menunduk hormat pada lee soo man.
"Selepas mama award saya tak nak tengok muka awak dekat sini.. Saya bagi cuti sebulan sekembalinya awak saya nak new rapper d.i.a arreso? "
Ji hyo terus keluar dari pejabat lee soo man.. Mukanya beriak kosong sapaan dari senior amber, dan yoona langsung tidak dibalasnya..

Ji hyo membuka pintu bilik latihannya dan kakinya terhenti apabila melihat sehun berdiri membelakanginya..
Tanpa menghiraukan sehun ji hyo mula mengemas barangnya.. Dia lantas memangku beg sandang belum sempat ji hyo menghayunkan langkah kakinya bergelangan tangannya ditarik sehun. Ji hyo terdiam membiarkan tangannya digenggam sehun..
Sehun lantas menarik tubuh rapper d.i.a ke dalam pelukannya.. Namun itu tidak lama kerana rapper d.i.a menolak kasar tubuh sehun.
"Kan aku dah cakap aku tak perlukan simpati sesiapa.. Jadi jangan hiraukan aku.. Kau nak apa dari aku kenapa kau tiba-tiba datang dalam hidup aku.. "Saat ini ji hyo betul-betul marah apabila sehun buat perkara yang lain dia tak suka...iaitu simpati.
"Sebab saya cintakan awak"jawab sehun dan itu buat ji hyo terdiam.
"Sa... "
"Cukup tak perlu kau sambung ayat kau.. Aku geli... Kau sama je macam namja lain.. Aku tak percaya suga jadi berikan sebab kenapa aku perlu percayakan kau.. Sudahlah sehun jangan rendahkan martabat kau semata-mata nak kejar aku.. Kerana sehun yang aku kenal hanya pentingkan martabat.. "Ji hyo terus keluar meninggalkan sehun namun ada air mata yang dia tidak ingin keluarkan akhirnya pecah apabila dia sedar dia kejam terhadap sehun.

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now