CHAPTER 58

2.5K 233 9
                                    

[Rindu]

Celik je mata sehun terus menoleh ke sebelah kiri bahagian katil selalunya disisi ada song ji hyo tapi masuk hari ni dah 8 hari dia bangun tanpa gaduh selalunya paginya disambut dengan bertegang urat bila tak ada.. Tiba-tiba rindu pula. Sehun mengeluh matanya ditonyoh perlahan lantas iPhone diambil.. Diskroll telefon bimbitnya sebenarnya dia mengharap sangat ada mesej atau pun panggilan telefon dari ji hyo tapi hampa hanya ada mesej dan panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali.

"Baik kau tak payah guna telefonlah ji hyo nak telefon suami pun payah.. "Bebel sehun sekali lagi dia menatap iphonenya dan masih berharap ji hyo menelifonnya.
Comforter dialih dia lantas bangun dan masuk ke bilik air..

Selepas mandi sehun keluar dari bilik hari ini jadual exo kosong jadi dia mengambil keputusan untuk bersantai dirumah..
Tutup pintu bilik, sehun terlihat pintu bilik yang dikunci.. Sehun diam merenung pintu bilik itu. Lantas dia masuk kebiliknya semula diambil bekas minuman bubble tea yang ditepis tempoh hari dan sticky note yang ditinggalkan ji hyo.

Pintu bilik yang dikunci dibuka.. Lantas suis lampu dibuka sehun tersenyum sudah lama rasanya dia tak masuk ke dalam bilik yang penuh dengan poster rapper kesayangannya iaitu rapper d.i.a. kaki panjangnya dibawa berjalan disekeliling bilik yang Agak luas bilik itu hanya terdapat poster rapper d.i.a dan barangan yang berkaitan dengan rapper yeoja itu. Sehun duduk disebuah bangku yang memang disediakan disitu melihatkan sekeliling buat dia tidak percaya yang dia memang betul-betul gilakan rapper d.i.a. dia ketawa perlahan bekas minuman pemberian rapper d.i.a semalam disusun berdekatan dengan bekas bubble tea yang diberikan rapper d.i.a sebelum ini.

"Aku tahu sekarang ni kau mesti bencikan aku sebab semalam tapi aku tiada cara lain untuk singkirkan kau dari hati aku sebab hati aku hanya satu. Dan hati aku yang satu ni terisi dua nama. Nama yang aku tak nak buang tapi aku terpaksa.. Mana mungkin satu hati mencintai dua jiwa.. Tak gila ke namanya. Dengan kau aku boleh cakap aku cintakan kau tapi dengan ji hyo aku tak pasti apa yang sebenarnya hati aku rasa.. Perasaan untuk kau sama setiap kali aku lihat ji hyo. Aku boleh gila sebab korang berdua.. Jadi aku ambil keputusan untuk melepaskan korang pergi.. Bukan kerana aku benci.. Tapi.. Kerana aku terlalu mencintai.. Rapper d.i.a aku yakin dengan hati aku yang aku mampu lupakan kau aku tahu kau nak nikmati hidup kau jadi pergilah nikmati hidup kau sepuasnya. Song ji hyo aku tahu kau yeoja yang sangat baik tapi aku akan nampak jahat bila aku mendera perasaan kau bila aku kekalkan kau dalam hidup aku.. Kalau tak aku yang sakiti hati kau mungkin fan aku akan menyakitkan hati kau. Kalau diberi peluang sekali lagi kalau aku lebih matang untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami aku akan cari kau ji hyo. Aku janji"sehun membulatkan tekad dia lantas keluar dari bilik itu dengan seribu satu rasa. Tiket kapal terbang ke hawai dikoyak buat apa ke hawai kalau dalam korea masih belum habis pusing dan dia janji lawatan terakhir mereka ini akan menyimpan seribu memory.

************
[China]

Tao ketawa perlahan melihat chingunya itu tertidur kepalanya elok terletak diatas meja manakala tangannya memegang telefon bimbit. Lantas dua mug hot coklat yang dibancuh tadi diletak ditengah baru dua minit dia meninggalkan ji hyo untuk membancuh minuman untuk mereka akhir si kaki tidur ni tewas juga.

Dikerling telefon bimbit sahabatnya itu tertera nama sehun ni mesti menunggu sehun menelifonnya.. Tao menepuk kuat tangan ji hyo.
"Sehun??"Terkejut ji hyo tanpa sedar dia tersebut nama sehun. Makin kuat ketawa tao bila melihat muka blur ji hyo buruk betul sampai air liur basi melekat dimeja.
"Alah kalau rindu call jelah tak payah ego sangat boleh"lantas mug yang terisi hot coklat disua dihadapan ji hyo.
Ji hyo diam menjuihkan bibirnya lantas kedua kakinya diangkat naik ke atas kerusi lututnya dipeluk. Malas nak layan sahabat 3 sukunya itu dari semalam ada saja idea nak mengenakannya.

"Hyo.. Kau dengan sehun okay? "Soal tao sambil menghirup hot coklat yang dibancuh tadi.
"Okay sangat tao"jawab ji hyo sebenarnya dia malas nak buka masalahnya dengan sehun tapi bila melihatkan muka tao tiba-tiba datang pula sebak.
"Eleh kalau dengan orang lain bolehlah kau tipu dengan aku baik jangan.. Cuba cerita aku nak dengar yelah sejak dah kawin ni mana mau call aku dah"luah tao berkecil hati.
Ji hyo memandang mata panda milik tao akhirnya dia buka mulut juga menceritakan hala tuju perkahwinan dia dengan sehun dan tao hanya mendengar penuh teliti.
"Macam nilah ji hyo aku rasa dah tiba masanya kau terus terang dengan sehun siapa kau sebenarnya.pasal suga aku rasa kau kena buat sesuatu sebab mendengarkan apa yang kau cakap tu aku pun seram naik bulu roma aku"panjang lebar mendengar luahan hati sahabatnya hanya beberapa baris ayat saja dia mampu cakap.
"Sebenarnya sejak dua menjak ni aku ada terfikir nak berterus terang dengan sehun.. Tapi semakin hari aku rasa benda tu macam tak perlu ada masih berbaki seminggu saja masa kami bersama lepas tu kami akan membawa haluan masing-masing jadi apa beza aku ceritakan perkara sebenar atau tidak dia tetap bencikan aku benda tu tak kan berubah sampai bila-bila"jawab ji hyo.
"Kalau kau betul-betul sayangkan sehun please jangan mengalah. Tugas aku nasihatkan kau dah habis sekarang ni keputusan ditangan kau ji hyo"dia sebagai sahabat ada batas dalam mencampuri urusan ji hyo jadi dia hanya mampu beri nasihat selebihnya terserah pada ji hyo.
"Kita tutup cerita pasal sehun. Ni sekarang aku nak tanya apa hala tuju kau lepas kau berpisah dengan sehun.. Dan aku dengar kontrak kau dengan sm bulan satu ni habis kan? "Soal tao tentang rumor yang semakin bertiup kencang.
"Aku rasa aku tak nak sambung kontrak aku dengan sm.. Aku nak berdiri sendiri aku nak tentukan perjalanan muzik aku sendiri dan untuk itu... "Ji hyo terjeda tiket konsert sulungnya untuk tahun ni dihulur.
"Ini mungkin konsert terakhir aku bersama sm dan anniversary cafe aku.. selepas tu.. Aku akan.. Meninggalkan bumi korea ni"
Tao diam ditenung wajah sahabatnya lama.
"Kau pasti kau buat keputusan ni bukan sebab sehun.. Macam mana kalau dia boleh terima kau dalam hidup dia macam mana kalau dia maafkan kau.. Kau tetap dengan keputusan kau ji hyo"
Ji hyo mengangguk pasti dengan keputusannya.
"Aku dah lama rancang benda ni sebelum aku berkahwin dengan sehun lagi.. Dan kalau betul sehun boleh menerima aku.. Aku tetap dengan keputusan aku.. Aku pergi bukan sebab sehun tapi aku pergi demi kerjaya aku"luah ji hyo dan tao mengangguk menyokong keputusan sahabatnya itu. Mereka berjabat tangan dan saling melempar senyuman semangat.

***********

Tiket konsert ji hyo digenggam kemas lantas dia tersenyum sinis kerana masa untuk dia bongkarkan segalanya akan tiba.. Masa dimana semua orang tahu penipuan rapper pujaan rakyat korea selatan biar mereka tahu yang yeoja itu memang terlahir untuk menipu.

"Kan aku pernah cakap tak selamanya nama kau berada diatas dan kali ni aku akan pastikan nama kau terus dibawah aku akan buat kau jatuh terduduk song ji hyo"monolog suga dalam hati mengenangkan rancangannya..

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now