[Rapper d.i.a leaving sm ent]
Dalam samar lampu tidur yang menerangi bilik, sehun masih tidak dapat melelapkan matanya dia perlukan ji hyo disebelahnya kerana itulah rutin hariannya selama 3 bulan. Baru tiga jam yeoja itu meninggalkan rumah ini dia terasa rumah yang dulunya ceria dengan mulut meriah isterinya itu.. Kini sunyi sepi, malamnya ditemani dengan lampu malap dari lampu tidur biliknya.
Dari berbaring sehun bangun comforter diselak dan dihumban kebawah.. Sejuk mula memeluk tubuh nya dan akibatnya dia bersin kuat.
"Ji hyo buatkan aku susu panas.. Ji hyo.. Ji hyo.. Yah pabo"jerit sehun tanpa sedar yang ji hyo sudah tiada dirumahnya.. Seminit kemudian sehun mengeluh bila dia sedar yang dia bercakap dengan dinding..
Sekali lagi dia termenung..
"Sehun kenapa dengan kau ni..? Semuanya berjalan seperti apa yang kau nak kau dah buat perkara yang betul"monolog sehun dalam hati.
"Tapi aku sayangkan ji hyo.. Aku dah mula selesa dengan dia"separuh hatinya lagi menidakkan kata hatinya sendiri.. Lantas dia bangun dibuka sliding door yang memisahkan dia dengan dunia luar.. Dia berdiri memeluk tubuhnya yang terasa sejuk.. Terimbau kembali nyanyian mereka di cafe miracle nyanyian yang begitu ikhlas seakan monolog daripada hati mereka..If i'd loved only a bit tajuk lagu yang sepatutnya ji hyo praktikan dalam usia perkahwinan mereka.. Kerana cinta ji hyo dia jadi serba salah hatinya berbelah bahagi cinta juga buat dia jadi bodoh mahu mengungkapkan perasaannya sendiri, orang diluar sana yang tidak tahu permulaan cerita mereka mungkin akan menyangka tiga bulan sudah cukup buat dia jatuh hati pada ji hyo tapi, hakikatnya dia sendiri tak tahu apa perasaan yang tersimpan untuk ji hyo dia keliru.. Dia ada dua sisi yang berbeza dan dua perasaan yang berbeza untuk ji hyo dia sayangkan yeoja itu tapi bukan cinta dan dalam pada yang sama dia mahukan kehadiran ji hyo disisinya seolah-olah dia memberi harapan pada yeoja itu tapi sampai ke akhirnya cinta ji hyo tidak berbalas.. Dia tidak pernah menidakkan perasaan ji hyo dia hargai pengorbanan dan kasih sayang ji hyo padanya dan kerana itu juga buat dia rasa dia tak patut beri harapan palsu pada ji hyo sedangkan hatinya masih berbaki pada rapper d.i.a.
Sehun diam merenung langit malam bumi seoul dia tiada daya untuk berperang dengan hatinya sendiri.. Lantas kakinya dihayun masuk ke dalam rumah sliding door ditutup dan dia menghampiri gambar perkahwinan mereka yang tertampal di dinding.. Diperhatikan wajahnya yang bermuka ketat yang terpatri sebagai sebuah potret perkahwinan manakala song ji hyo penuh dengan ikhlasnya senyuman.. Andailah dia tidak punya ego sebesar seoul sudah tentu dia hidup bahagia bersama ji hyo dan andai kata cinta untuk rapper d.i.a tidak pernah wujud tentu sekali dia akan mula belajar cintakan ji hyo..
"Aah.. Kenapa kau perlu menyesali semuanya oh sehun.. Kenapa sekarang? Kenapa kau tak pertahankan hak kau dia isteri kau sehun dia masih isteri kau.. Kau lepaskan dia bukan kerana kehendak kau tapi kehendak agensi bodoh kau tu.. Ini semua tak adil"ada satu suara halus yang mula menghasutnya berpaling dari keputusannya..
"Tapi kau tak cintakan dia.. Oh sehun kau tak cintakan dia.. Ingat tu! "Ada satu lagi suara yang juga menidakkan suara tadi..
"Diamlah... "Jerit sehun tidak semena-mena.. Macam orang hilang akal dia menjerit lantas tubuhnya direbahkan diatas katil..
*********
Password ditekan untuk masuk ke apartmentnya,pintu dibuka dengan langkah longlai song ji hyo masuk ke dalam apartment sambil tangan kirinya mengheret bagasi besar..
Lampu dibuka lantas tubuhnya direhatkan diatas sofa.. Ubat-ubatan yang baru dibelinya difarmasi dilambakkan diatas meja..
Dia termenung panjang mengenangkan peristiwa yang terjadi tadi.. Kini segalanya sudah berakhir dan pengakhirannya sehun tidak memilihnya.. Sepatutnya dia dah boleh mengagak yang sehun tetap dengan keputusannya..
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
Fiksi PenggemarDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...