[Anniversary cafe miracle]
Sedari tadi sehun asyik memerhatikan keletah song ji hyo yang sedang bertungkus lumus membuat kerja didapur walaupun nampak kekok tapi dia tahu ji hyo ikhlas kerana dia dapat rasakan, setiap hidangan ji hyo ada terselit keikhlasan walaupun hidangan yang sama. Tanpa sedar sehun menangkap moment itu ditelefon bimbitnya menjadikan koleksi gambar ji hyo di galeri.
Telefonnya disimpan didalam kocek langkah dihayun mendekati isterinya yang sedang menguli tepung untuk dijadikan doh sebelum terciptanya biskut yang menjadi kegilaanya sekarang ini kalau dulu kegilaannya adalah bubble tea sekarang tidak lagi dia lebih sukakan biskut buatan tangan isterinya itu..
"Oppa buat apa dekat sini nanti kotor tangan suci murni oppa tu.."bercakap dalam nada sindiran membuatkan sehun geram lantas muka ji hyo dibaling tepung yang berada diatas meja.. Habis comot muka ji hyo tak habis disitu sebiji telur diambil dan dipecahkan diatas kepala ji hyo pewarna makanan habis semua dibaling bertalu-talu membuatkan ji hyo pegun macam patung menerima balingan padu sehun langsung tidak bergerak waima mengigit sehun seperti kebiasaannya..Sehun diam bila melihat ji hyo diam macam patung langsung tidak bergerak dia bertambah risau bila hampir seminit ji hyo berkelakuan begitu..
Baru saja sehun ingin mendekati ji hyo.. Ji hyo terlebih dulu menolak tubuh sehun dan berlari masuk ke bilik air..
Habis singki penuh dengan muntahnya dan sehun seperti biasa sedia dibelakangnya mengurut tengkuknya.. Lututnya terasa lemah begitu juga badannya terasa tenaganya ditarik keluar bersama muntah yang berlambak di dalam singki...
"Uwerk"muntah lagi dan lagi membuatkan sehun yang tidak muntah turut serta kerana Bau muntah ji hyo membuatkan tekaknya juga turut mual..
"Aku belikan ubat nak tak? Ke nak ke hospital? "Cadang sehun bila muntah ji hyo mula berkurangan..
"Oppa belikan ji hyo pill je tak yah pergi hospital ji hyo ok"
"Nae"sehun terus berlari ke pintu sambil mencapai jaket yang tergantung dibelakang pintu..Setelah pasti sehun sudah pergi ji hyo berlari naik keatas mencari sesuatu yang disimpannya di dalam laci..
Kotak pregnancy test diambil masih berkira-kira adakah betul kata hati hyolyn tentang habitnya kebelakangan ini atau pun mungkin dia hanya salah makan..
Ji hyo diam pregnancy test diambil dan dia masuk ke dalam bilik air..Ji hyo keluar dari bilik air lututnya terasa lemah lantas dia terjelopok jatuh ke atas lantai pregnancy test digenggam kemas tidak tahu mahu beriaksi apa akhirnya dia tersenyum dalam tangisan..
Sehun berhenti di kedai farmasi yang berhampiran dirumahnya lantas dua biji pil diambil dan dia segera pulang kerumah.
Sampai ke rumah sehun terus berlari naik ke atas bila melihat ji hyo tidak berada diruang tamu..
Pintu dibuka dan dia melihat song ji hyo bersimpuh diatas lantai..
"Ji hyo wae? "Soal sehun apabila tubuhnya didakap ji hyo..
Ji hyo diam langsung tidak bersuara pregnancy test dimasukkan ke dalam kocek..
"Terima kasih"ucap ji hyo berulang kali sampai sehun pun naik bingung untuk apa ucapan terima kasih itu.. Lantas tubuh ji hyo ditarik melepaskan pelukan mereka.
"Kau ok tak ni? Nak muntah lagi ke? "Soal sehun sambil tangannya menuam dahi ji hyo ingin merasa suhu badan ji hyo tetapi dahi ji hyo sejuk langsung tiada tanda demam.
"Saya okay jangan risau.. "Balas ji hyo dia terus-terusan merenung wajah suaminya.
"Dah jom kita practice, petang ni nak ke cafe tolong apa yang patut"sambung ji hyo lagi tangan sehun dipegang dan bawa ke arah piano menyambung latihan mereka..*********
Sehun sedang sibuk menghias pentas kecil ditengah cafe dibantu oleh gary dan haha yang juga turut meluangkan masa untuk menjayakan majlis mereka malam esok ji hyo yang sedari tadi berdiri tidak jauh dari mereka hanya memerhai sehun yang sedang fokus menghias tanpa sedar setitis demi setitis air matanya jatuh bila mengenangkan perpisahan mereka masih berbaki satu hari lagi kerana selepas majlis di cafe dia akan bertolak ke busan untuk konsert terakhirnya sebelum dia menamatkan kontraknya bersama sm..
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
FanfictionDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...