CHAPTER 64

2.5K 233 22
                                    

[Adakah ini cinta?]

suasana di dalam kereta sunyi sepi apabila song ji hyo sudah pun lelap dipandang isterinya itu yang sedang tidur sambil berdengkur.. Sehun tersenyum lantas rantai yang melingkar di lehernya dipegang.. Jed tanda cinta hatinya yang baru saja berputik masih belum mekar dia diam merenung kereta yang semakin bertali arus..

"Egokah aku jika aku mahu kau kekal disisi aku sedang kan pada satu sisi lain aku juga sayangkan exo dan kerjaya aku.. Aku  kena pilih salah satu tapi yang pasti apa pun keputusan yang aku ambil itu juga membawa luka yang tak kan pernah sembuh kekasih atau sahabat sumpah itu adalah dua hal yang boleh buat jiwa aku mati perlahan-lahan "monolog sehun dalam hati..

Dia kembali memberi fokus kepada pemanduannya,bila melihat isterinya itu menggigil kesejukan sehun berhenti dibahu jalan.. Dibuka satu lapisn jaketnya dan diselimutkan ji hyo dahi ji hyo dikucup perlahan, kemudiannya kereta difokuskan ke jalan raya menuju ke destinasi seterusnya sebelum malam menjengah.

**********

[Haeundae beach]

Kereta yang dipandu sehun berhenti tidak jauh dari pantai haeundae pemandangan pantai sangat cantik pada waktu malam lantas dikejutkan ji hyo yang masih tidur. Perlahan-lahan ditepuk tangan ji hyo.
"Ji hyo bangun kita.. Dah.. "Belum sempat sehun menghabiskan katanya song ji hyo terlebih dulu keluar dari kereta dan membongkokkan badanya memuntahkan segalanya.
Sehun bergegas keluar mendapatkan ji hyo ditepuk belakang badan isterinya itu botol air mineral dihulur apabila ji hyo mula berhenti dari muntah.
"Tulah makan tak ingat dunia kan dah muntah.. "Bebel sehun sambil mengurut lembut tengkuk ji hyo.
Song ji hyo meneguk rakus air mineral yang diberikan sehun.. Dikesat mulutnya yang kotor. Lantas tangan sehun yang berada dibahunya ditepis perlahan.
"Awak ni macam appa lah selalu membebelkan saya.. Untung saya muntah dekat sini kalau saya muntah dekat dalam kereta mahal awak tu silap-silap saya kena humban keluar awak tu dahlah tak romantik macam kayu"bebel ji hyo sambil mereka sama-sam menghayun langkah kaki ke gigi air.
"Abis yang kau buat tadi bukan membebel ke? "
Mereka duduk disebuah batu yang jauh dari pandangan orang ramai..
Sehun menarik tangan ji hyo supaya dia duduk dekat dengannya..
"Kenapa kau suka pantai ni? Kenapa dekat busan sedangkan dekat seoul banyak pantai.. "Soal sehun sambil matanya mengitari hempasan ombak kecil di pantai haeundae.

Ji hyo diam sambil menghirup Bau pantai yang menenangkan otaknya yang akhir-akhir ini terlalu sesak dengan persoalan.
"Kerana disini ada kenangan saya dan kim woo bin"jawab ji hyo jujur.
Sehun tersentak bila pertama kalinya dia mendengar song ji hyo menyebut nama orang lain selain dirinya dalam diam ada perasaan cemburu yang mula menular dalam hatinya.
"Siapa kim woo bin? "Soal sehun dari nada suaranya saja ji hyo tahu yang sehun cemburu.
"Namjachingu saya"jawapan jujur dari ji hyo buat sehun berubah air muka.
"Habis mana dia sekarang? "Soal sehun sedaya upaya mengawal getaran suaranya supaya tak nampak ketara cemburunya itu.
"Dia dah lama pergi tinggalkan saya tinggalkan kenangan yang sama-sama kami bina.. Dan tinggalkan saya dengan satu harapan"ji hyo terjeda air mata di tubir mata dikesat perlahan sambil tersenyum ji hyo memandang sehun.
"Dia bagi harapan dekat saya yang satu hari nanti saya akan berjumpa dengan namja yang boleh buat saya tersenyum kembali selepas ketiadaan omma saya dan buat saya selamat berada disisinya dan.. Betul kata woo bin seseorang yang dimaksudkan itu ada depan mata saya"ji hyo mengusap pipi sehun ternyata kenyataan balas ji hyo buat dia terkejut.

Perlahan-lahan tangan ji hyo ditarik sehun dan digenggam tangan itu.
"Kau salah orang ji hyo, itu bukan aku.. Aku dah banyak buat salah dengan kau dan perkahwinan ini adalah satu kesilapan yang tak kan terampun kau sangat istimewa tak semua mampu menjalani hidup macam yang kau lalui sekarang "Jawab sehun jujur ya dia bukan namja dan suami yang baik macam orang di luar sana selalu bayangkan dia manusia biasa tak sempurna.
"Oh sehun"panggil ji hyo perlahan.
"Nae? "
"Sebelum kita berpisah hanya satu je yang saya nak dengar dari mulut awak.. "Ji hyo terjeda kepala ditundukkan sebelum dia menghabiskan kata-katanya.
"Selama tiga bulan kita perkhawinan kita ada tak perasan yang tertinggal untuk saya? Saya nak awak jawab jujur tak pa saya boleh terima"

Mata mereka saling berpandangan hati song ji hyo berdebar menanti jawapan sehun.
"Jujurnya ya.. Aku memang dah mula tanam satu perasaan untuk kau tapi ianya bukan cinta.. Cuma sayang yang masih baru berputik.. Aku tak tahu aku nak definisikan apa perasaan aku ni.. Tapi apa yang aku boleh cakap aku memang sayangkan kau aku tak nak menipu kau dan diri aku sendiri aku bukan orang yang macam tu jika aku punya cinta untuk kau aku cakap tapi maaf cinta itu masih belum ada.. "Jawapan sehun buat ji hyo ketawa sambil menangis bukan kerana luahan sehun tapi kerana kebodohannya menyimpan perasaan yang hanya dia seorang saja rasa.
"Ini bukan satu penolakan tapi satu kejujuran.. Andai satu hari nanti kita dipertemukan lagi kita jumpa kematangan diri mungkin aku akan cari kau dan aku janji aku akan belajar cintakan kau.. Mari berjumpa kembali satu hari nanti song ji hyo.. "Sehun menghulurkan tangannya dan song ji hyo menyambut mereka berjabat tangan.. Tangisan song ji hyo terhenti apabila melihat hubungan mereka betul-betul terhenti selepas ini.
"Andai awak dah jumpa dengan cinta hati awak dan ianya bukan saya.. Janji dekat saya cari yang lebih baik dari saya.. Dan andai kata kita berjumpa lagi satu hari nanti saya tak kisah jika awak sudah punya seseorang dalam hidup awak apa yang pasti perasaan saya pada awak tak kan pernah berubah sampai bila-bila.. "Jawapan jujur dari ji hyo buat sehun menangis otaknya bercelaru dengan kata-katanya sendiri baru saja sehun ingin menyambung kata tiba-tiba song ji hyo berlari ke pantai membongkokkan badanya dan memuntahkan segalanya, sehun berlari mendapatkan ji hyo  risau dengan keadaan ji hyo yang asyik muntah..
"Kau okay tak nak? Jom kita pergi hospital takut-takut kena food poisoning ke? "Sambil mengurut lembut belakang badan ji hyo sambil itu juga dia membebel.
"Tak nak mungkin saya makan banyak tadi.. Tak payah risaulah kita balik hostel jom"jawab ji hyo sambil meneguk air mineral yang dihulur sehun..

Sehun mengangguk melihatkan badan song ji hyo yang lemah sehun mendukung ji hyo sampai ke kereta.

********

Sehun membuka matanya apabila melihat tempat tidur song ji hyo kosong.. Perlahan-lahan dia bangun dan menapak ke meja apabila melihat song ji hyo sedang kusyuk menulis sesuatu diatas meja..

"Kau buat apa dah malam buta tak tidur lagi esok-esok pagi-pagi kita nak balik"soal sehun.
"Lagi satu kau tu bukannya sihat pun bawa-bawalah berehat"sambung sehun diambil kertas yang terdapat contengan ji hyo lirik?.
"Untuk apa lirik ni? Kau ni suka feeling artis"bebel sehun.
"Ni lagu yang saya cipta sempena anniversary cafe saya sabtu ni.. So.. Untuk itu saya perlukan pertolongan awak"ji hyo mendongakkan kepalanya memandang sehun yang sedang berdiri membelakanginya.
"Tolong apa? Kau jangan yang aneh-aneh ye song ji hyo"soal sehun.
"Tolong mainkan piano dan saya menyanyi"
"Em...Boleh sangat  kau bagi aku not nanti aku practice.. Dah sekarang ni jom tidur.. "Tangan ji hyo ditarik namun baru beberapa langkah loceng berbunyi.

Ji hyo tersenyum lantas berlari ke pintu.. Tteokpokki panas  ditatang dan dia menutup pintu menggunakan kakinya..
"Tteokpokki lagi? Seriusly malam-malam macam ni kau masih nak melantak"sehun geleng kepala melihat ji hyo yang ralit mengunyah tteokpokki langsung tidak mempelawanya.

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now