[memory]
Perjalanan dari seoul ke busan dengan menaiki bas di isi song ji hyo dengan kata-kata dari song jong ki
'Noona masih tunggu woo bin hyung'
Dalam duka terselit senyuman hambar, ji hyo mengalihkan matanya melihat keindahan bumi seoul sudah hampir 2 jam bas ini berada di atas jalan raya..bas yang akan membawanya ke tempat yang meninggalkan 1001 kisah hidup seorang song ji hyo..Untuk kesekian kalinya song ji hyo tersenyum kerana dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan tetap tersenyum walau sepahit mana pun dugaan yang bakal dia tempuhi dia akan tetap memilih tersenyum dari menangis kerana kim woo bin lah yang mengajar dan mengukir senyumannya yang dulu sangat kedekut dalam memberi senyuman malah sebelum dia bertemu dengan woo bin senyumannya seakan berlian yang sangat mahal untuk dilemparkan...dia jadi begitu semenjak pemergian mendiang ommanya..dia tersangat sayangkan omma baginya dia tak perlukan sesiapa cukuplah ommanya yang sentiasa berada disisi tetapi bila ommanya pergi meninggalkan dia...tiada sebab lagi untuk dia tersenyum..
Song ji hyo membiarkan rembesan air matanya mengalir di pipi...sudah lama rasanya dia tak menangis sakan macam ni..mujurlah tidak ramai penumpang di dalam bas...dan kedudukannya di belakang bas membuatkan dia bebas menangis tanpa gangguan dari sesiapa pun..
[Haeundae beach]
Berada di dalam perut bas hampir enam jam membuatkan punggung song ji hyo terasa sakit dia lantas keluar dari perut bas menyertai penumpang lain..
Ketika dia sampai kesini siang sudah pun melabuhkan tirainya jadi tidak ramai pengunjung yang berada di pantai Haeundae..
Perlahan-lahan ji hyo mendekati persisiran pantai duduk disalah sebuah batu yang sederhana besar..memandang ombak kecil yang terhasil membuatkan jiwa ji hyo tenang..
Kalau orang diluar sana lebih gemar berkunjung ke sini pada waktu siang tapi tidak dia..dia lebih suka berkunjung kesini pada waktu malam..
'Aku tak pernah menunggu woo bin..kerana Agak mustahil untuk aku menunggu orang yang sudah lama pergi membawa segala kenangan..aku akan sentiasa ingat woo bin sebagai seorang hamba yang selalu bertakhta dihati'monolog ji hyo dalam hati.
Ye..dia pasti yang dia tak kan menunggu woo bin kerana hari ini merupakan tahun ketiga kematian woo bin..cinta pertamanya sebab itulah dia berada disini..bukan kerana dia mahu membuka kenangan lama cuma sekadar mengingati orang yang tersayang..
Pantai inilah menjadi detik pertemuan dan perpisahan dia dengan woo bin mana mungkin dia melupakan tempat ini.."Oppa kenapa setiap kali kita date mesti kita pergi ke pantai haeundae ni..ji hyo tengok pasangan lain kalau date mesti pergi ke mall..tengok wayang makan-makan kalau tak pun duduk dekat taman..tapi kenapa kita date dekat sini?"soal ku sambil genggaman tangan di tangan woo bin kubetulkan saat ini tiada respon dari woo bin..ku kerling woo bin yang sedang asyik memandang keindahan pantai Haeundae yang menjadi tumpuan rakyat korea ketika musim panas..
Woo bin mencuit sedikit hidung kecil milik teman wanitanya..
"Ji hyo tahu tak?pantai ni membawa ketenangan dekat oppa..bila oppa sedih ke gembira ke..tempat nilah yang akan oppa kunjung..sebab pantai adalah salah satu bentuk terapi untuk oppa..malah oppa pernah berangan nak jadi ikan"
"Ikan??"soalku pelik..kepalaku kulentokkan dibahu woo bin sambil tangan woo bin mengusap rambutku..
"Yup..ikan sebab ikan bebas berenang kesana kesini tanpa memikirkan masalah.."jawab woo bin.
"Oppa ni peliklah berangan nak jadi ikan..tapi oppa kena ingat..ikan juga ada masalah tau..masalahnya adalah bila pencemaran air berlaku..mana ikan tu nak pergi.."seloroh ji hyo..
"Aah..ek..tak terfikirkah pula oppa tapi tak pe nanti bila kita ada anak oppa nak ajar anak-anak kita supaya mencintai alam sekitar.."
"Tak pelah oppa..oppa nak jadi apa pun ji hyo tak kisah asalkan oppa selalu ada dengan ji hyo..kalau oppa jadi ikan ji hyo nak jadi pantai sebab ikan kan tak boleh hidup tanpa pantai dan air kan.."ji hyo tersenyum dan memandang muka woo bin yang kelihatan pucat...
"So sweet"Baginya kata-kata dari mendiang woo bin buat dia cintakan alam sekitar sememangnya woo bin adalah seorang yang sangat cintakan alam sekitar.
Walaupun mereka bersama hanya setahun tetapi macam-macam pengalaman yang dia tempuhi bersama woo bin..
Dia pergi akibat komplikasi jantung dan disinilah woo bin menghembuskan nafasnya yang terakhir..
Dia masih ingat kata-kata woo bin buat kali terakhir.
'Walaupun oppa tiada di sisi ji hyo..please jangan pernah lepaskan senyuman ji hyo..oppa yakin satu hari nanti ada seseorang yang mampu menggantikan tempat oppa..janji dengan oppa terus kejar cita-cita ji hyo..'Lamunan ji hyo tercantas apabila dia melihat ada seseorang menghulurkan sapu tangan biru kepadanya.ji hyo memandang empunya tangan
La!!dia lagi tak ada orang lain ke??mana aku pergi mesti ada dia..
"Kau apahal duduk sorang-sorang dekat sini..menangis meratap pilu..macam hilang laki"soal namja berkulit putih itu..
"Oppa..."okay mood fangirl dihidupkan tapi masih ada bahang-bahang malu dengan peristiwa yang terjadi antara kami .ku lihat sehun selamba duduk disebelahku..
"Kan aku dah cakap aku tak suka kau panggil aku oppa"terang sehun tegas...
"Kalau hantu susu boleh?"seloroh plus menyindir..
"Kau pernah rasa kena sepak tak..?kalau tak try lah panggil aku hantu susu"sehun pura-pura mengugut..
"Ala..gurau pun tak boleh...habis nak panggil apa?"soal ku..
"Panggil nama je...ni aku nak tanya kenapa kau suka panggil aku oppa..aku bukan oppa kau"soal sehun.
"Aik..ramai je fan sehun panggil sehun oppa..lagi satu oppa kan panggilan hormat untuk orang yang lebih tua"jawabku.
"Hello tua kau cakap..aku muda lagi tau..baru 22..fan lain kau lain"ops...sehun mengigit bibirnya apa yang aku mengarut ni..
"Lain??lain apa?"soalku blur..ku lihat muka sehun memerah..
"Lupakan je..ni kau belum jawab soalan aku tadi kau buat apa sorang-sorang dekat sini"soal sehun..tadi ketika dia sedang berjalan di persisiran pantai dia melihat seorang yeoja disebalik batu sedang termenung apabila dia mendekati terjadi yeoja itu adalah ji hyo yang sedang menangis entah kenapa terdetik pula hatinya ingin menegur.
"Tak ada apa..saja je..dan rasanya tak perlu kut kau tahu"jawab ji hyo marah dia tak suka orang suka ambil tahu tentang dirinya sebab itu panggilan dari sehun sudah bertukar...dia lantas angkat punggung dan mula menjinjit kasutnya meninggalkan sehun yang terpingga-pingga
melihat perilaku pelik ji hyo.
"Dah kenapa??aku tanya je...bendera jepun agaknya"sehun menggelengkan kepalanya lantas membiarkan ji hyo yang menghilang disebalik kepekatan malam..
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
FanfictionDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...