[Move on]
Chanyeol berhenti dihadapan pintu bilik yang dikongsi suho bersama maknae mereka semenjak sehun berkahwin hanya suho yang menjadi penghuni dibilik itu.. Tetapi melihatkan pintu bilik itu terbuka sedikit buat dia heran kerana suho hyung sudah lama keluar jadi siapa yang menghuni bilik itu..
Perlahan-lahan pintu dibuka bagasi yang diheret tadi diletakkan ketepi dia menghampiri sehun yang sedang duduk berselimut tebal sambil matanya ralit memandang telefon ditangan.. Selimut ditarik..
"Eh! Sehun tak balik rumah lagi ke? Dah seminggu dah sehun dekat sini"soal chanyeol dia melabuhkan punggungnya disebelah sehun.
"Er.... Er.. "Sehun tergagap.
"Sehun ada masalah dengan ji hyo ke?kenapa tak balik rumah kesian ji hyo mesti dia tunggu sehun dekat rumah"pertanyaan berbentuk pesanan diutarakn chanyeol..
Sehun diam tak tahu nak beri alasan apa dia kalau boleh tak nak tengok muka ji hyo atas apa yang berlaku antara mereka bukan benci tapi dia tak sampai hati nak bertemu muka dengan ji hyo.
"Sehun rindu dekat dorm tu yang lama sehun duduk sini"jawab sehun.
Chanyeol tersenyum tahu yang si maknae sedang berbohong kerana hanya satu kelemahan sehun iaitu tidak pandai berbohong dari riak wajah sehun saja dia tahu yang sehun ada masalah.
"Tak pelah kalau sehun tak nak cerita.. "Chanyeol bangun dan langkah kaki dihayun kemuka pintu.
"Hyung nak kemana bawa bagasi? "Soal sehun apabila melihat bagasi yang dipegang chanyeol.
"Hyung nak ke sm lepas tu terus ke airport"jawab chanyeol.. Sehun bangun dan menghampiri chanyeol.
"Biar sehun hantar sebab sehun nak ke sm juga.. "Pelawa sehun kunci kereta dicapai apabila chanyeol mengangguk.**********
Sedari pagi sampailah ke tengah hari song ji hyo asyik merenung pintu utama berharap orang yang sangat dirinduinya itu pulang tetapi hampa masuk ke hari ini sudah seminggu sehun tidak pulang kerumah panggilan telefon tidak dijawab.. Sepatutnya dalam situasi sekarang ni dia yang malu setahun tapi terbalik pula si sehun pula yang malu.. Memanglah pada mulanya dia marah atas apa yang berlaku antara mereka tapi bila difikirkan balik dia yang salah sebenarnya.
Song ji hyo mengeluh dia lantas bangun dan menuju kemeja makan dua keping biskut panda yang dihias cantik diperhatikan lantas dia memandang tong sampah yang hampir penuh dengan biskut yang dibuang setiap kali sehun tidak pulang. Ji hyo mengambil sticky note di dalam laci meja dapur dan menulis sesuatu diatas kertas sticky note itu.. Selesai menulis ji hyo menampal sticky note itu dipiring.
Diambil biskut yang dibuat dan dicium berharap yang sehun dapat rasa keikhlasannya membuat biskut ini untuk sehun....
Ting.. Tong.. Lonceng berbunyi song ji hyo sedikit teruja lantas dia terus berlari membuka pintu utama..
"Seh.. Owh oppa.. "Sekali lagi ji hyo mengeluh apabila orang yang dinanti tidak kunjung tiba.
"Aik tak nak ajak oppa masuk ke hyo? "Soal gary apabila melihat adik perempuannya itu pegun melihatnya.
Ji hyo terus memeluk tubuh oppanya dan ditarik masuk ke dalam rumah..
"Oppa dari mana? "Soal ji hyo apabila siap menghidang minuman untuk oppanya.
"Dari rumahlah,ni oppa nak tanya kenapa dah lama tak balik rumah appa, haraboeji semuanya rindukan ji hyo"luah gary sememangnya itu ialah agendanya yang membawanya kesini.
"Sorry lah oppa hyo kan dah ada family sekarang ni,tu yang busy sikit.. "Jawab ji hyo.
"Ji hyo dengan sehun okay? "Soal gary yelah hati abang mana yang tak risau bila adik perempuannya langsung tak menitipkan khabar semenjak berkahwin takut-takut kalau si sehun tu dera adiknya.
"Okay je wae?? "Soal ji hyo dia menelan air liur bila melihat oppanya melihat sekeliling ruang tamu.
"Sehun mana? "Soal gary apabila sedari tadi tak nampak batng hidung adik iparnya itu.
"Sehun dekat smlah oppa.. Dia kan idol tak kanlah 24/7 nak berkepit dengan hyo"jawab ji hyo dia bangun dan mengheret bagasinya kehadapan pintu kerana oppanya akan menghantarnya ke sm.kali ini dia ke china tanpa ditemani Kwang soo kerana adiknya itu kurang sihat jadi buat pertama kalinya dia keluar negara tanpa seorang manager.
"Ni sure ke hyo nak ke china tanpa Kwang soo"
Ji hyo mengangguk perlahan.
"Hyo.. Oppa nak tanya boleh? "Soal gary tangan adiknya diambil dan diusap kepala adiknya diusap lembut penuh kasih.
"Tanyalah"
"Sampai bila hyo nak rahsiakan identiti hyo.. Sehun tu suami hyo jadi dia berhak tahu.. Rahsia tak kan selamanya kekal rahsia.. oppa tak nak sehun tahu rahsia ji hyo dari mulut orang lain"nasihat gary.
"Memanglah rahsia tak kan selamanya kekal jadi rahsia tapi dalam situasi ji hyo rasanya rahsia itu akan kekal jadi rahsia sampai ke penghujungnya.."jawab ji hyo berkias kerana dia tahu hanya berbaki dua minggu lagi mereka akan berpisah jadi apa bezanya dia membuka rahsia itu atau tidak.. Sehun tetap tak kan menerimanya.
"Apa maksud hyo sebenarnya? "Soal gary tidak dapat menangkap maksud disebalik kata-kata adik perempuannya itu.
"Oppa hyo dah lambat ni jomlah kita pergi"tangan oppanya ditarik sekaligus menghentikan topik mereka tadi.*********
Kereta yang dipandu gary berhenti tidak jauh dari bangunan sm apabila dia diarahkan berbuat demikian, ini pertama kali dia melawat tempat kerja adiknya kerana sebelum dia tidak pernah suka pekerjaan adiknya sebab itu dia malas ambil tahu baginya dia lebih suka adiknya itu jadi tentera seperti omma mereka. Tapi hasratnya itu tidak tercapai bila adiknya itu membulatkan tekadnya untuk jadi artis dibawah label sm entertainment.
Ji hyo menanggalkan tali pinggang keselamatan dibetulkan sedikit topengnya agar kelihatan kemas, ikatannya juga dikemaskan tidak mahu perkara yang tidak diingini terjadi.
Dikerling oppanya yang sedang ralit memandangnya.
"Wae?? "Soal ji hyo lantas gincu berwarna merah dioles kebibirnya.
"Oppa sayang hyo tau.. Jadi oppa nak jadi orang yang pertama dengar masalah hyo arreso"
Ji hyo tersenyum lantas tubuh oppanya dipeluk lama..Pelukan dileraikan dan hyo keluar dari kereta oppanya menapak ke bangunan sm. Bubble tea perisa coklat digenggam kemas. Dia tersenyum dia bertekad mahu menjernihkan hubungan dia dengan sehun supaya namja itu tidak membenci peribadi rapper d.i.a..
Sambil berjalan song ji hyo bersiul mahu menghilangkan rasa gugupnya entah kenapa dia rasa perasaan takut sedang memainkan peranan..
Dia terus berlari apabila dia melihat kelibat sehun memasuki perkarangan sm bersama chanyeol..
"Sehun.. "Jerit ji hyo namun hanya chanyeol saja yang menoleh sehun langsung tidak ambil peduli panggilannya.
Langkah kakinya dipercepatkan lagi demi mengejar sehun yang sudah pun jauh..
"Sehun.. "Jerit ji hyo sekali lagi kali ini sehun dan chanyeol berhenti serentak kemudiannya chanyeol terus meninggalkan sehun berdiri membelakangi rapper d.i.a.Sehun berdiri statik menunggu langkah kaki rapper d.i.a menghampirinya kalau tak kerana chanyeol hyung yang menyuruhnya berhenti dia tak kan sesekali berhenti kerana dia tak mahu melihat wajah rapper d.i.a saat ini.
Ji hyo berdiri betul-betul dihadapan sehun yang sedang merenungnya lantas bubble tea disuakan dihadapan mata sehun.
Sehun merengus kasar lantas bubble tea itu ditepis habis air yang menjadi kesukaannya itu jatuh kelantai.. Ji hyo tergamam apabila melihat tindakan sehun.. Mata sehun ditatap sekarang ini baik sehun mahu pun ji hyo masing-masing cuba menahan sebak dihati.
"Sunbaenim.. Bukan sehun.. Saya ni senior awak jadi tolong hormat sedar diri yang awak tu junior.. Jangan nak melampau.. "Tegas sehun matanya sudah bertakung dengan air mata bila melihat rapper d.i.a menangis teresak-esak. Taeyeon yang melihat kejadian itu terus mendapatkan rapper d.i.a.
"Sehun, rapper d.i.a korang berdua ni kenapa? "Soal taeyeon sambil memeluk tubuh rapper d.i.a.
"Noona nasihatkanlah junior kesayangan noona ni.. Ajar dia macam mana nak hormat senior dia.. "Sehun terus meninggalkan taeyeon dan rapper d.i.a..
Dia masuk ke dalam perut lif sambil itu sempat dia memandang rapper d.i.a...
"Mian... "Hanya itu yang sempat terlahir dari mulutnya.. Walaupun kata itu hanya dia saja yang dengar itu sudah memadai..
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
FanfictionDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...