[Irene]
Irene berhenti betul-betul dihadapan pintu bilik latihan exo sunbae dia diam tak ada niat mahu mengetuk pintu itu kerana dia masih tidak pasti adakah sehun sunbae akan melayannya baik atau dia diherdik kerana menyetujui cadangan ceo mereka tapi dia sama seperti seniornya itu terpaksa jadi kenapa dia perlu takut diherdik lagi pun ini juga sebahagian dari kerjayanya.
Lantas pintu diketuk dua kali masih tiada sahutan bekas minuman yang dipegangnya diperbetulkan 2 minit kemudian pintu itu dibuka.Irene masuk dengan dua cawan kopi yang dibelinya tadi kelihatan sehun sedang duduk sambil bermain dengan gajetnya.
"Nak apa? "Soal sehun dingin walaupun dia tahu apa yang buat irene datang kesini dikering gadis yang sedang berdiri dihadapan pintu muka cantik tapi sayang dia langsung tak tertarik.
"Sehun shi.. Irene.. "
"Sehun sunbae"perkataan sunbae itu ditekankan supaya gadis itu sedar diri dengan siapa dia bercakap.
Irene diam dia memang sudah hafal benar dengan kelakuan seniornya itu walaupun nampak macam garang tapi seniornya itu baik. Lantas tanpa segan silu irene duduk disebelah sehun dihulurkan cawan kertas berisi air kopi yang sudah pun suam tapi hulurannya disambut angin lalu."Look saya tahu yang sunbae terpaksa tapi.. Nak tak nak kita kena buat semua ni.. Ini semua untuk kerjaya kita"pujuk irene.
"Kau keluar sekarang sebelum aku hilang sabar keluar!! "Tengking sehun jari telunjuknya diarah kepintu.
Irene bangun kopi di genggamannya dihempas kasar lantaklah sehun nak cakap apa.
"Tanggapan saya tentang sunbae salah sama sekali saya ingatkan sunbae seorang yang tegas tapi sayangkan saya salah sunbae seorang yang sombong... Sombong dengan kedudukan sunbae langsung tak fikir pasal orang lain... Kenapa susah sangat nak ikut apa yang telah diaturkan sunbae senang saya pun senang lagi pun saya bukan tak tahu perkahwinan sunbae dengan ji hyo pun atas desakan tuan lee soo man jadi.. "Kata-kata irene terhenti apabila jari telunjuk sunbaenya itu menuju tepat dimukanya ditelan air liur apabila melihat muka sehun yang memerah.
"Jangan nak melampau... Jangan kaitkan nama isteri aku dalam hal ini... Kau tak tahu apa-apa tentang hubungan aku dengan isteri aku.. Arreso"sehun mencapai jaketnya dan keluar meninggalkan irene dibilik latihan.Kenapa aku marah bila nama ji hyo disebut kenapa aku nak bela dia??..
*********
[CHINA]
tao membaling kunci keretanya diatas meja lantas dilaung nama maidnya yang tidak menyambutnya pulang selalunya maidnya itu akan menyambutnya setiap kali dia pulang kerumah.
Lantas maid yang berusia dalam likungan 30 tahun itu segera berlari mendapatkan majikannya.
"Maaf tuan tadi saya dekat dapur tak dengar"maid melly menunduk hormat pada majikannya.Tao tersenyum lantas bahu melly ditepuk perlahan dia bukan majikan yang kejam dan mengada-ngada.
"Em.. Kawan saya mana? "Soal tao merujuk pada rapper d.i.a
"Dia ada dekat studio dari pagi tadi tuan"jawab melly.
Tao mengangguk perlahan lantas melly meminta diri untuk menyambung kerjanya yang tergendala.Tao membuka pintu studio yang terletak ditingkat dua di banglo milik keluarganya kelihatan song ji hyo sedang leka menulis sesuatu diatas kertas sambil bermain dengan gitar..
"Ji hyo kau tak penat ke seharian duduk dekat sini ?"soal tao mengambil tempat dihadapan sahabatnya itu.
"Aku tak pernah penat dalam berkarya kau macam tak kenal aku pula"lantas kertas yang tertulis bait-bait lagu yang diciptanya itu dihulurkan pada tao meminta pendapat sahabatnya itu.Tao diam sambil menghayati bait-bait kata yang tertulis diatas kertas, mukanya tampak serius ketika menghadam setiap kata-kata bijak yang ditulis song ji hyo
"If i'd loved only a bit?"soal tao merujuk pada tajuk lagu yang dicipta song ji hyo.
"Aku dedikasikan lagu ni untuk sehun.. Hanya itu saja hadiah perpisahan aku untuk dia.. "Jawab ji hyo kepalanya ditundukkan enggan menunjukkan benteng air mata yang ditahan sedari tadi.. Sepanjang dia menulis lirik itu sepanjang itu juga air matanya tidak pernah kering dari mengalir.
"Ji hyo kalau kau tak pasti dengan keputusan kau.. Kau boleh ubahnya semula masih ada banyak masa untuk kau ubah semuanya. Aku tahu sekarang ni keputusan kau dah goyah kau cintakan sehun tolong jangan pergi masih banyak yang sayangkan kau. "Pujuk tao Agak ji hyo mengubah segalanya sebelum dia meninggalkan bumi korea.
"Aku yakin dengan keputusan aku.. Aku akan tinggalkan semuanya dekat sini.. Kami masih muda, kami masih belum matang untuk menjaga hubungan kami.. Aku yakin kalau betullah dia memang tercipta untuk aku.. Kami akan berjumpa lagi dan masa tu kami mungkin lebih matang untuk tahu apa itu erti perkahwinan"jawab ji hyo penuh yakin.
Tao mengeluh dahinya diurut lembut.
"Aku tak nak paksa kau tapi satu je aku nak ingatkan kau aku dan family kau sentiasa ada untuk sokong kau dari belakang ingat tu sampai bila-bila"tubuh ji hyo dimasukkan kedalam pelukannya kasih sayang sebagai seorang sahabat tak pernah luntur walaupun banyak halangan yang mereka terpaksa tempuhi demi menjaga hubungan ini.***********
Sehun duduk termenung sambil memandang bingkai gambar perkahwinannya yang digantung di dinding bilik tidur mereka rambutnya dikusutkan.. Kusut menahan rindu dah seminggu ji hyo pergi tanpa panggila mahu pun mesej yang ditinggalkan yeoja itu sengajalah tu nak buat hati lelakinya ternanti-nanti dia bukan apa dia rindukan bebelan dari mulut kecil ji hyo comel je.Tanpa sedar sehun tersenyum bila teringat kan ji hyo. Lantas iPhone diatas meja diambil dibuka galerinya.. Terdapat hampir 200 gambar milik song ji hyo yang pelbagai paling banyak gambar ketika isterinya itu sedang tidur sedang marah dan sedang terlentok dilengannya comel.
Sehun bangun menuju ke meja solek diletak iphonenya diatas meja namun matanya terarah pada kotak besar yang diletakkan dibawah meja solek setahunya kotak ini bukan kepunyaannya.
Sehun bersila diatas lantai lantas kotak sederhana besar itu ditarik keluar.Penutup kotak itu dibuka terdalam banyak timbunan kertas di dalamnya dan sebahagiannya adalah note lagu dan lirik.. Lantas kertas yang tertulis lirik "dreams"diambil.
"Ni bukan lirik lagu rapper d.i.a ke? Kenapa ada dekat sini? "Sehun mula terfikir kerana dia pasti kotak ini kepunyaan ji hyo.
"Kenapa semua lirik lagu rapper d.i.a ada dekat sini? Mula-mula rantai milik rapper d.i.a lepas tu selendang yang sepatutnya jadi milik ji hyo berada di bilik latihan rapper d.i.a, tatu dan lirik lagu? Apa semua ni? Tak fahamlah"monolog sehun dalam hati.
"Takkan kebetulan je.. Ni mesti ada sesuatu yang aku perlu cari tahu"sehun menutup kembali kotak itu dan diletakkan ditempat asal dia bangun dan merenung gambar song ji hyo.
"Semakin lama perasaan ingin tahu aku membuak.. Siapa kau? "
Sekali lagi sehun cuba merangka teorinya sendiri..
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
FanfictionDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...