CHAPTER 33

2.4K 203 5
                                    

[ konsert exor'dium (part 1)]

Song ji hyo mengoles gincu berwarna pink.. Subang berwarna silver digayakan.. Rambut pendeknya dibiarkan lepas menutup sedikit bahagian belakang badannya yang terdedah.. Dress hitam berlabuci penuh pemberian sehun dibetulkan letak duduknya walaupun sendat tapi dress itu memang sesuai dengan dirinya tapi dia terlalu seksi dress pendek separas peha baru hari ini dia mengayakan dress yang terlalu seksi selama ini dia hanya menyarungkan jeans dan t-shirt setiap kali dia berdiri atas pentas disebabkan dia rapper gaya itu memang sesuai dengannya kalau pakai dress pun masa ada majlis-majlis anugerah atau dia diminta berpakaian sebegitu..

Yang si sehun ni pun satu kalau nak bagi baju at least kenalah dengan tempatnya ni nak pergi konset dressing over gila mengalahkan macam nak pergi majlis anugerah.. Apa pandangan exo-l bila nampak dressing nya yang terlalu seksi kompem-kompem dia dituduh mahu mengurat exo...
Apa sebenarnya motif dia suruh aku pakai macam ni..
Ji hyo merenung biasan wajahnya dicermin solekan simple menjadi temanya hari ni..
Dalam hati sentiasa penuh dengan debaran kerana hari ini sehun bakal memperkenalkan kekasih hatinya penganti dirinya yeoja yang lebih baik darinya.. Bohonglah kalau dia tak sedih tapi betul kata oppa gary kalau dia tak hendak hanya ada satu jalan yang dia perlu pilih iaitu berundur.. Mungkin dia benar-benar bukan tercipta untuk sehun..
Kalau tak kerana janjinya dengan mama oh semestinya dia tidak ingin mahu menjejakkan kaki ke konsert exo.. Bukan kerana dia sudah tinggalkan dunia fangirl nya cuma kerana tidak mahu hatinya menghitung jutaan penyesalan..

Seketika kemudian iPhone nya berbunyi nada dering lotto lagu terbaru exo.. Panggilan dari tao.. IPhone dilekapkan ketelinga sambil itu tangannya mengesat gincunya yang sedikit comot menggunakan tisu..
"Yow.. Kau nak apa? "Soal ku sebagai penyambut kata..
"Jom pergi sama-sama konsert exo"pelawa tao dihujung talian..
"Sorry ar bro.. Aku dah janji dengan orang lain kau lambat"jawabku..
"Ala.. Baru nak pergi sama-sama.. Oklah kalau macam tu.. Kau tu pergi konsert kena have fun bukan meratap pilu.. Ikhlaskan semuanya.. Kau ingat kau pergi kesana nak jumpa bias kau.. Bukan oh sehun... Arreso? "Soal tao bernada tegas dia tak mahu chingunya itu bersedih kerana hari ini sehun akan mengumumkan tarikh pernikahannya dan juga calon isterinya dia tak mahu ji hyo bersedih.. Hatinya sakit melihatkan setiap titis air mata yang ji hyo habiskan untuk sehun bukan apa takut-takut dia buta.
"Yelah.. Aku tahu.. Aku kan profesional don't worry.. Kau tu pun hati-hati jangan sampai fan cam kau dekat sana.. Jaga diri.. Anyeong.. "
"Anyeong"talian dimatikan..

Song ji hyo mengeluh kenapalah orang disekelilingnya selalu mengingatkan dia tentang sehun padahal tadi dia set kan di minda yang dia kesana sebagai fangirl kepada sehun tapi bila tao memberi nasihat yang keberapa ratus kali tu buat dia terfikir kembali perasaannya pada sehun..
Sedar yang dia sudah terlambat song ji hyo berlari turun kebawah sambil menjinjit kasut tumit tingginya dan clucth..

*******

Setibanya dibawah song ji hyo segera menyarung high heel berwarna hitam dan berlari semahunya kepagar besar takut pula mama dan papa oh menunggunya..

Langkah kakinya terhenti  di depan pagar yang memisahkan villa keluarganya dan dunia luar.. sebuah kereta bmw sudah terparking elok di bahu jalan..

Aku tersenyum kearah mama oh yang bersandar ditepi kereta..senyuman dilemparkan padaku..

"Mama oh over sangat ke dressing ji hyo..?"soal ku tapi mama oh menjawab pertanyaanku dengan sebuah pelukan erat selepas itu tubuhku dilepaskan kedua tanganku digenggam erat.

"Ji hyo cantik sangat terlalu cantik..dah jom kita dah lambat"jawab mama oh tubuhlu ditolak masuk ke dalam perut kereta..seketika kemudian kereta bmw meluncur laju di atas jalan raya menuju ke tempat konsert yang diadakan..

[COMPLETE✅]Married With Secret RapperWhere stories live. Discover now