[tom and jerry korean version][Rapper d.i.a &EXO work together, collaboration is coming soon]
Laporan dari koreaboo itu sedikit sebanyak memancing amarah suga dia lantas membaling iPhone miliknya diatas sofa dibilik latihan.. Dia merengus kasar dia lantas memegang pipinya yang terasa sakit akibat pergerakan mukanya.. Walaupun teruk dibelasah dia tetap gigih datang untuk sesi latihan tidak mahu kawan-kawan yang lain bertanya tentang bengkak-bengkak dimukanya dia memberi alasan dia terjatuh katil walaupun alasan tu langsung tak logik tapi lantak ar orang nak cakap apa? sekarang ni plan a tak jadi maknanya dia kena merangka plan b iaitu memusnahkan yeoja yang bernama rapper d.i.a yang berani menjatuhkan air mukanya. Kalau dulu dia mahu kan rapper d.i.a menjadi kekasihnya untuk kepentingan kerjayanya sekarang ini dia mahu kan rapper d.i.a menjadi kekasihnya dan dalam pada yang sama dia ingin sekali memusnahkan kerjaya rapper d.i.a. dia tak mahu selamanya rapper d.i.a sentiasa senang berada di atas dia mahu rapper d.i.a merasa macam mana duduk dibawah.
Suga tersenyum sinis kehadiran rap monster di dalam bilik latihan itu langsung tidak dihiraukan.
Rap monster duduk disebelah suga diteliti wajah rakan sepasukannya itu dia mengeluh untuk keberapa ratus kali pun dia tak tahu.. Dia penat nak layan karenah suga.
"Hyung saya nak cakap sikit boleh? "Soal rap mon masih menghormati suga sebagai ahli paling tua darinya.
Suga menoleh sedikit pada rap monster lantas mengangguk.
"Kenapa hyung selalu ponteng kelas.. Kelas vokal tadi asal hyung tak datang? Penat tau saya kena cover hyung setiap kali hyung malas nak ke kelas sekarang ni apa alasan hyung? "Soal rap monster dia sebagai leader rasanya dia berhak tahu memandangkan dia yang akan dipersalahkan jika salah seorang ahli kumpulannya buat perangai.
Suga memandang rap monster dengan pandangan meluat baginya dia tak sepatutnya jawab pertanyaan rap monster dia lantas bangun dan berura-ura mahu keluar sempat dia memandang rap monster sekilas.
"Jangan sibuk hal aku"suga terus keluar dari bilik latihan yang bagaikan neraka itu.. Semuanya tak kena sibuk je.. Bebel suga dalam hati.Rap monster terpinga-pinga melihat suga keluar dari bilik latihan dia mengeluh lagi.. Sudah acap kali dia nasihatkan hyungnya itu tapi tengoklah perangainya kadang-kadang terfikir juga dia yang suga berubah disebabkan rapper d.i.a ya! Dia pasti. Sejak munculnya rapper d.i.a di dalam industri muzik korea selatan ini, perangai suga semakin hari semakin berubah kalau berubah kearah kebaikan dia tak kisah tapi kalau perubahan yang membawa impak buruk pada kerjaya itu masalah.. Apa yang dia perhatikan suga terlalu taksub atau pun obses dengan rapper d.i.a.. Takut jika obses suga membawa keburukan pada rapper d.i.a.
"Aku perlu buat sesuatu"tekad rap monster.Sedari tadi ji hyo mencari kelibat sehun disebalik celahan ahli exo di cafe namun hampa bila exo ke cafe tanpa kehadiran sehun.. Mana agaknya hantu susu tu pergi tak kan sentap dengan kata-katanya.. Ji hyo menyedut coffee aisnya perlahan sambil matanya meliar mencari sehun.. Dia mahu meminta maaf diatas ketelanjuran kata-katanya tadi walau bagaimanapun perangai sehun dia tak berhak menilai sehun.
Walaupun ramai yang cakap sehun gay tapi itu tak bermaksud dia perlu menghina sehun.. Biar bagaimanapun sehun tetap biasnya jadi baik buruk sehun dia terpaksa terima.
Ji hyo lantas bangun dan menghampiri exo yang sedang rancak berbual..
Ji hyo berdehem dan automatik perbualan rancak exo terhenti apabila melihat juniornya.
"Mian.. Menganggu senior.. Saya nak tanya senior sehun dekat mana? Sebab saya ada hal nak cakap dengan senior sehun"soal ji hyo formal walaupun ahli exo melarang keras dia menggunakan bahasa formal ketika berbual.
"Tak boleh tanya kalau awak tak panggil kami oppa"jawab xiumin dan dipersetujui ahli yang lain.
"Baiklah nak tanya oppa sehun mana?!"soal ji hyo kali ini dengan nada santai yang dibuat-buat.
"Owh sehun ada dekat bilik latihan rasanya"jawab suho mewakili yang lain.
Ji hyo menganggukkan kepalanya perlahan dia kemudiannya terus ke bilik latihan sebelum itu dia sempat membeli bubble tea coklat kegemaraan sehun.Baekhyun menguis lengan xiumin dia kemudiannya berbisik tidak mahu yang lain mendengar perbualan mereka.
"Hyung kenapa baek rasa tak sedap hati"
Xiumin membesarkan biji matanya dan menolak muka baekhyun.
"Kau tak sedap hati pasal apa? "Soal xiumin bernada perlahan sambil memasukkan cebisan pau kemulutnya.
"Tak delah macam hyung tak tahu maknae kita tu boleh tahan gatalnya"jawab baekhyun bernada risau yelah kalau depan mereka sehun berani kiss rapper d.i.a kalau belakang mereka apatah lagi tu yang buat dia risau tambahan lagi si maknae syok dengan rapper d.i.a.
Xiumin sempat mengiakan kata-kata baekhyun tapi dia sebenarnya tak ambil pusing pun dengan kata-kata baekhyun kerana dia sedang ralit menjamah boazinya. Baekhyun memandang hyungnya dengan pandangan bermaksud aku telan juga hyung ni. Malas nak berbual dengan xiumin dia lantas bangun dari tempat duduknya mahu ke bilik latihan melihat keadaan si maknaeJi hyo berdiri statik melihat sehun yang sedang lena disofa sebelah kaki terjuntai kebawah tangannya yang putih itu diletak didahi mulutnya terbuka dengan lelehan air liur.. Ji hyo ketawa melihat imej sehun yang teruk dia lantas mengeluarkan iPhone miliknya dia mahu mengambil gambar sehun yang berimej buruk sebagai hiburan untuknya..
Sekeping, dua keping dan kepingan ketiga sehun tiba-tiba membuka matanya dan melihatkan itu iPhone ji hyo melambung akibat ekstrimnya kejutan itu namun sempat dia menyambut iPhonenya kembali.
"Yah! Pabo-yah bagi iPhone tu"sehun menjerit dan segera bangun dari sofa mengatur langkah untuk mengejar rapper d.i.a yang berlari keliling bilik latihan sambil iPhone dijulang keatas.
"Ni iPhone sayalah kenapa mesti saya bagi dekat awak"sambil berlari ji hyo menggangkat iphonenya tinggi walaupun dia tahu dengan ketinggiannya itu dengan mudah sehun dapat mencapai iPhonenya sebab itu dia lari sekurang-kurang sehun tak dapat kejar yelah orang baru bangun tidur.Namun sehun tidak berputus asa dia mempercepatkan lagi lariannya apabila dia hampir-hampir dapat mencapai tangan rapper d.i.a tapi terlepas akibat rapper d.i.a menguatkan lagi lariannya, tapi itu tidak memetahkan semangat sehun yang ingin menghapus gambar buruknya dari iPhone milik rapper d.i.a.
Tak dapat tangan akhirnya sehun dapat mengengam rambut rapper d.i.a ditarik perlahan dan itu membuatkan ji hyo menjerit.
"Yah! Lepaskan cepat.. Sakitlah"jerit ji hyo walaupun tarikan sehun dirambutnya tidak sakit sama sekali.
Sehun menggunakan kesempatan itu untuk merampas iPhone rapper d.i.a. namun terlepas apabila rapper d.i.a pantas memasukkan iphonenya di dalam kocek hadapan.
Sehun masih tidak melepaskan rambut rapper d.i.a
"Bagi saya iphone tu palli"rayu sehun..
"Tak nak"ji hyo memusingkan badannya dan menarik rambut hitam sehun maka adegan tarik-menarik tercetus antara mereka.. Pergaduhan mereka sama persis seperti pergaduhan kanak-kanak merebut gula-gula.
Baekhyun yang mengintai di sebalik pintu mula binggung sama ada nak masuk campur atau menjadi penonton akhirnya dia mengambil keputusan untuk masuk campur kang ada juga gondol rambut main tarik-tarik.Baekhyun berlari berdiri di tengah-tengah pergaduhan mereka sebelah tangan memegang tangan sehun yang cuba mencapai rambut rapper d.i.a manakala sebelah lagi tangannya memegang tangan rapper d.i.a yang juga mahu mencapai rambut sehun dua-dua degil dan dua-dua kuat sampai tangannya sakit dipulas rapper d.i.a akhirnya dia yang tewas
Dia terduduk lemah ditengah-tengah bilik latihan manakala tom and jerry versi korea itu masih bergaduh.
Pergaduhan mereka terhenti apabila masing terlena akibat penat bergaduh. Akhirnya mereka bertiga tidur lena di bilik latihan.
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
FanfictionDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...