[2nd collaboration]
Sedari memasuki perut mpv lagi rapper d.i.a hanya memandang keluar tingkap langsung tidak berbual dengannya. Chanyeol diam dia memandang manager nya dan juga stylist yang juga sedang memandangnya manager nya mengarahkan chanyeol untuk berbual dengan rapper d.i.a.
"Ehem.. "Deheman yang kuat itu tidak mampu menghentikan lamunan rapper d.i.a.
Lantas dia mencuit sedikit lengan rapper d.i.a kelihatan yeoja itu tersentak.
"Awak okay? "Soalan biasa yang kebanyakkan orang guna dilontarkan.
"Saya okay sunbaenim"ji hyo melemparkan senyuman hambar pada chanyeol tak tahu nak beraksi apa takut pula nanti dia akan bersikap kurang ajar pada seniornya..
"Kenapa panggil saya sunbaenim.. Panggil je oppa macam kita tak pernah rapat pula sebelum ni"
"Sunbaenim, itu dulu sekarang lain walaupun kita pernah rapat.. Saya tak sepatutnya lepaskan perkataan sunbaenim tu dari mulut saya. Maafkan saya sebab bersikap kurang ajar pada sunbaenim sebelum ni. "Ji hyo menunduk hormat pada seniornya kata-kata dari sehun tadi sebenarnya membuka matanya yang ada jarak dan jurang antara mereka. Exo dan rapper d.i.a bagai langit dan bumi.. Dia sebagi bumi terpaksa mendongak ke atas untuk melihat langit manakala tangannya tidak mampu mencapai langit yang begitu tinggi.. Sedangkan exo adalah langit.. Mana mungkin orang yang berada diatas mahu bergaul mesra dengan orang yang berada dibawah.. Ji hyo mengeluh..Chanyeol terdiam tidak tahu mahu menjawab apa? Sebab dia pun mati akal akhirnya mereka sama-sama diam melayan perasaan masing-masing..
*********
[Incheon airport]
Mpv hitam yang membawa dua nama besar dalam industri muzik korea berhenti di perkarangan lapangan terbang maka. Para peminat yang dari tadi menunggu ketibaan mereka berpusu-pusu berlari ke arah mpv di mana idol pujaan mereka berada..
"Nanti saya keluar dulu, lepas tu chanyeol, rapper d.i.a dan akhir sekali kim eun.. Arreso.. Make sure jangan sampai terpisah. "Manager lee memberi arahan sebelum pintu mpv ditarik.
Situasi yang sama dan saban hari dan waktu idol macam mereka akan lalui.. Jeritan dari para fan.. Tarikan dan tolakan membuatkan mereka terpaksa bersusah payah untuk menapak ke Balai berlepas walaupun ada pengawal yang mengiringi mereka itu tidak cukup.. Apa yang membezakan dia hari ini ialah adik kesayangannya tidak ada disisi selalunya Kwang soo akan memeluknya dan sama-sama mengharungi lautan manusia.. Bila Kwang soo tak ada dia jadi hilang arah.. Kalau tadi dia dibelakang chanyeol sekarang seniornya itu sudah hilang ditelan dalam himpunan manusia.
Ji hyo mengeluh terpaksalah dia berjalan lebih pantas supaya dirinya tidak cedera atau dia yang akan mencederakan orang.. Namun gerak langkah ji hyo terhenti apabila matanya dapat menangkap satu kain rentang yang tertulis.. "Chanrap shipper"ji hyo tersenyum terhibur dengan tulisan tangan fan nya.. Ada saja idea mereka untuk menarik perhatiannya kalau tahun lepas fan nya suka cosplay pakaian pentasnya kini ada pula yang suka padankan dia dengan rapper namja.. Inilah sebab kenapa dia selalu tersenyum bila berjumpa dengan fan nya.. Mereka bijak membuat dia ketawa hilang segala stress yang berlegar di kepalanya..
Sepanjang perjalanannya sepanjang itu juga dia menerima sejambak bunga sampaikan dia tidak sampai hati untuk menyambut lagi kerana bimbang bunga itu akan jatuh tergolek.. Akhirnya ji hyo hanya melemparkan senyuman dan lambaian sampailah dia melihat kelibat seniornya.
*********
[China-studio Legendary Entertainment]
Setibanya mereka dihadapan bangunan setinggi 14 tingkat itu chanyeol dan rapper d.i.a beriringan masuk.. Mereka disambut ceo james lelaki berusia dalam likungan 50an itu mengiringi mereka masuk ke pejabatnya.
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
FanfictionDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...