[Mama award:bersatu akhirnya]
Pen di tangan di ketuk mengikut rentak hatinya dia tersenyum sambil memandang foto yang tersemat di dinding rumahnya.
Lantas dia bangun dan mendekati foto yang menyimpan seribu kenangan.. Malah foto-foto lain yang tergantung di dinding juga ditatap tanpa riak.. Hatinya kosong bibirnya tersenyum... Rambut panjangnya di ikat satu lantas di cabut satu persatu gambarnya bersama sehun.. Diambil dicium lalu dimasukkan ke dalam kotak.. Kepingan terakhir fotonya bersama sehun ketika dia di kedai batu jed diambil dan ditatap lama.. Dia tersenyum gambar yang diambil fan itu berjaya buat dia tersenyum lantas gambar itu juga di simpan di dalam kotak.Kotak yang terisi foto kenangan mereka di ambil dan disimpan lantas kakinya menuju ke arah luggage yang diletakkan ditepi katil..
Dia duduk dibirai katil kepala didongakan memandang siling putih dibiliknya.. Sebentar lagi dia akan bertolak ke Hongkong untuk menghadiri mama award dan itu juga bermakna sudah tiba masanya dia membuat keputusan.Cincin yang berlingkar di jari manisnya ditatap lama.. Cincin pemberian sehun yang tersarung di jari manisnya masih berada disitu.. Selama ini dia langsung tiada niat untuk membuka cincin itu. Kerana dia rindukan pemilik cincin ini. Tapi sekarang sudah tiba masanya dia melepaskan cincin itu dari jari manisnya.
Diambil dan diletakkan di dalam kotak.Dia sudah membulatkan tekad dan dia akan tetap dengan keputusannya semuanya demi daniel. Ji hyo mengeluh seketika kemudian pintu biliknya dibuka.. Hyolyn menghampirinya.
"Ji hyo apa keputusan kau? Kau tetap nak balik uk nak tinggalkan sehun? Aku tak yakin hati kau sekeras ini.. Untuk yang terakhir kali.. Please bagi sehun peluang kedua"walaupun soalan itu kerap kali disajikan untuk menjadi halwa telinga ji hyo.. Dia tetap mahu mengutarakan soalan itu.. Apa betul hati ji hyo sudah tertutup untuk sehun?.Song ji hyo diam dia tersenyum dia bangun sambil menepuk bahu hyolyn.
"Serious aku tak faham dengan kau "bebel hyolyn seorang diri.************
Incheon airport
Sementara menunggu ahli exo yang lain berkumpul sebelum mereka masuk ke balai berlepas sehun mengambil kesempatan itu untuk singgah ke premis yang menjual bubble tea.
Sehun masih lagi mencari perisa baru untuk dicuba selalunya dia suka vanilla tapi entah kenapa hari ini tekaknya mahu mencuba perisa lain.Sedang dia ralit melihat menu ada satu suara yang terlebih dulu bersuara dan mendengarkan suara halus itu dia segera menoleh matanya terbuntang luas..
"Bagi bubble tea vanilla tiga.. "Pesan song ji hyo dan dia menoleh ke arah sehun sekilas, langsung tiada reaksi dia bersiul sementara menanti pesanannya siap.. Sehun yang sedang merenungnya langsung dia tidak ambil peduli dia bersiul seakan hanya ada dia seorang saja yang sedang memesan minuman.
Pesanannya siap dia lantas mengambil satu bubble tea dihulurkan pada sehun yang masih kaku dengan tindakannya.
Teragak-agak sehun menyambut huluran ji hyo.
"Untuk tidak membuat saya menunggu so.. Saya belikan bubble tea ni untuk awak sebab awak ambil masa yang lama untuk memilih perisa dan akhirnya nanti awak tetap setia dengan perisa vanilla.. "Hulurannya disambut sehun.. Ji hyo langsung mengambil baki bubble tea yang berada di kaunter.
"Enjoy your drink"bisik ji hyo ketelinga sehun selepas itu dia terus meninggalkan sehun yang sedang memasang muka blur.Sehun menampar pipinya kuat..
"Auch.. "Rintih sehun apabila pipinya terasa sakit betullah dia tak mimpi ke ji hyo yang mabuk.. Eh! Apa ni... Apa semua ni?.**********
Hongkong
Sedari dalam pesawat sampailah mereka berada di dalam perut mpv song ji hyo hanya mengelamun dan melemparkan pandangannya keluar tingkap..
Hyolyn menyengol lengan tao.. Tao menyengol tangan Kwang soo mulutnya memberot menuju kearah ji hyo.. Bertanya mengapa sedari tadi ji hyo mengalum... Tapi jawapan Kwang soo hanya gelengan.
YOU ARE READING
[COMPLETE✅]Married With Secret Rapper
Hayran KurguDon't be afraid,love is the way. Oh sehun satu nama yang tidak asing bagi pengemar industri muzik korea..mendengar nama saja sudah membuat beribu-ribu yeoja pengsan kerana ketampanannya dan juga kecomelannya dalam rap??itu perangai sebenarnya di dal...