Part 24

99 18 5
                                        

Chorong melihat jam tangannya.

Dahh pukul 7.30 ni...lama jugak aku mengemas..haa satu lagi lama jugak si Chanyeol ni tidur..baik aku kejut dia..nanti terlambat kena marah dengan Omma and Appa...

"Chanyeol..bangun..dah pukul 7.30 ni...nanti kita lambat..terlepas flight baru tahu" kejut Chorong.

"Erm..kejap la...saya ngantuk lagi ni" Chanyeol menggeliat sedikit.

"Tak payah nak sambung tidur lagi..palli bangun!! Aigoo..kenapa susah sangat awak nak bangun tidur ni??" bebel Chorong.

"Saya susah nak bangun balik sebab best la tidur atas riba awak hm" Chanyeol sudah membuka matanya.

"Haa alasan...dah dah bangun...saya pun nak pergi siap-siap ni...lagi satu barang awak saya dah habis kemas" kata Chorong.

Chanyeol terus bangun daripada riba Chorong dan melihat ke arah begnya.

"Wahhh..hebatnya awak rongie!! Semalam saya kemas tiga beg..hari ni awak kemas dua beg je..macam mana awak buat??" kata Chanyeol dengan kagum.

"Hahahaha...saya pun tak tahu macam mana..dah la awak pergi mandi lepas tu siap-siap okay...saya pergi bilik dulu" kata Chorong sambil berdiri.

Chanyeol melihat ke arah Chorong dan mengangguk.

"Jumpa dekat bawah nanti...sharp pukul 8:45 dekat lobi..siapa lambat kena belanja makan bukak sekolah nanti" kata Chanyeol.

"Naee!! Saya akan pastikan saya yang sampai dulu..Jalgayo Park Chanyeol" kata Chorong sambil mengenyit matanya.

Chanyeol tergelak melihat aksi comel Chorong.

°°°
Chorong POV

Dah kenapa aku pergi kenyit mata dekat Chanyeol tadi...erghhh pikir comel ke Chorong kau buat tu..

Chorong mengetuk kepalanya beberapa kali.

"Aigoo...aigoo Park Chorong haishh" kata Chorong.

Ehh baik aku mandi and then pergi bersiap...nanti aku turun lambat payah la...kena belanja si Chanyeol tu bukak sekolah nanti...aku tak nak...

Baru Chorong hendak melangkah ke bilik air,telefon di dalam biliknya berbunyi.

Chorong segera pergi ke arah telefon itu dan mengangkatnya.

°°°
"Yeobuseyo" tanya Chorong.

"Omma ni" kata Puan Park.

"Nae Omma..kenapa call Chorong?" tanya Chorong.

"Omma call..sebab nak tanya kamu dah siap ke belum?? Nanti turun dekat lobi 8:45 ye..sebab kita breakfast dekat airport sana je" jawab Puan Park.

"Rongie belum siap lagi Omma..baru nak masuk toilet..okay Rongie dengan Yeol pun dah memang janji jumpa dekat bawah pukul 8:45" jelas Chorong.

"Haa bagus lah tu tak perlu Omma telefon Channie nak bagitahu perkara ni..dah kamu pergi mandi..nanti lambat pulak..jalgayo Rongie" kata Puan Park.

"Nae...jalgayo Omma♡" balas Chorong.

°°°
Chorong meletakkan gagang telefon itu lalu menuju ke bilik air.

15 minit kemudian,Chorong pun keluar daripada bilik air dengan memakai jubah mandi yang disediakan.

Dia pergi ke arah katil untuk mengambil pakaian yang dia letak di situ.

Hmm okay lah kan...aku pakai blouse lengan pendek sekali dengan cardigan...jeans pun aku pakai sebab blouse ni just sampai paras peha je..

Chorong mengambil blouse baby pink dan skinny jeans yang berwarna hitam.

Dia segera menyarungkan pakaian itu.Dia kemudiannya pergi ke arah meja solek.

Dia memakai sedikit bedak baby johnson dan lip gloss.

Ermm nampak natural gitu..okay sekarang keringkan rambut pulak...

Chorong memasang hair dryer dan mula mengeringkan rambutnya.Dalam 5 minit mcm tu dia sudah siap.

Kemudian dia menyikat rambutnya.Chorong memutuskan untuk melepaskan sahaja rambutnya.

"Dah pukul berapa ni?!" Chorong mencari telefon bimbitnya dan melihat jam.

"Omo?! Dah pukul 8:30...tak boleh lambat nanti kena belanja Chanyeol makan" kata Chorong.

Chorong segera memakai kasut converse yang berada di hadapan pintu dan memakai cardigan.

Dia membuat pemeriksaan kali terakhir takut tertinggal apa-apa barang.Selepas dia memastikan yang tiada barang tertinggal..dia segera menggalas begnya dan menarik beg roda.

Chorong mengunci pintu biliknya.Dia segera menuju ke arah lift.

( Skip dalam lift )

°°°
Chorong pergi ke arah kaunter reception.

"Cik..ini kunci bilik saya..saya check out hari ni" kata Chorong dalam bahasa france.

"Okay..terima kasih dan datang lagi" balas orang itu juga dalam bahasa france.

Chorong pun menuju ke lobi.Dia ternampak seorang namja sedang berdiri elok di tepi sofa sambil tangan disilangkan pada dada.

"Haa awal sampai Rongie..hehehe saya sampai dulu" kata Chanyeol bangga.

"Mianhae..saya sampai tak ada la lambat sangat..haa tengok baru pukul 8:43" kata Chorong sambil menunjukkan jam tangannya kepada Chanyeol.

"Yela Rongie..apa-apa jela..dah jom Omma dengan Appa dah tunggu tu" kata Chanyeol.

Mereka menarik bagasi mereka ke arah teksi yang di sewa itu.

"Channie..Rongie kamu berdua naik teksi yang belakang..Omma dengan Appa naik teksi depan okay" kata Encik Park.

"Nae" ChanRong berkata serentak dan dalam masa yang sama cuba untuk menyembunyikan senyuman.

°°°
ChanRong memasuki tempat duduk belakang selepas meletakkan beg mereka di dalam bonet teksi.

Mereka tidak perlu menjelaskan ke mana mereka hendak pergi kerana teksi itu sudah sedia maklum arah tujuannya.

"Rongie..nanti kan sampai dekat Korea bila bukak sekolah..awak nak bagitahu diorang semua pasal kita ke??" tanya Chanyeol sebaik sahaja teksi itu meluncur laju ke jalan raya.

"Saya rasakan..baik kita diam je dulu..Omma dengan Appa pun kita tak boleh bagitahu..kita tunggu masa yang sesuai okay?" kata Chorong.

"Okay je..erm Rongie nak tahu tak...malam tadi saya mimpi something yang best" kata Chanyeol.

"Iye?? Awak mimpi apa..share la dengan saya..saya nak tahu jugak" kata Chorong.

"Saya mimpi awak kiss pipi saya" kata Chanyeol sambil membuat muka happy.

"Hahahahahaha" Chorong ketawa untuk menghilangkan kegugupannya.

Hopefully dia tak tahu...tu bukan mimpi masalahnya..itu adalah reality...bahaya kalau dia tahu ni...

"Dalam mimpi je Channie" kata Chorong.

"Itulah yang sedihnya..cuma dalam mimpi...kan best kalau betul-betul huhuhuhu" kata Chanyeol sedih.

"Hmm..dah-dah baik awak dengar lagu" kata Chorong.

"Naee" balas Chanyeol.

Tbc

******************************************

Keep vote and comment gaiss🎀

Chase My Love Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang