Part 32

130 20 15
                                    

2 Minggu Kemudian

"Okay class..seperti yang kamu semua sudah sedia maklum..pada minggu hadapan akan diadakan ujian penilaian" kata Puan Song.

Pelajar-pelajar di kelas 4A hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Dan kamu tahu kan ujian ini amat penting dan merupakan ujian besar untuk batch form 4" kata Puan Song lagi.

"Tahu!!" jerit pelajar kelas 4A.

"Guru-guru di sekolah ini sudah dimaklumkan bahawa setiap pelajar form 4 yang mendapat nombor 1 dan 2 akan ditukarkan ke luar negara" kata Puan Song.

"Jinjja!!"

"Oh My Japan😍"

"Australia Mu Tunggu Aku Datang"

Banyak bisikan-bisikan halus yang kedengaran selepas itu.

"Diam semua! Ingat pesanan saya..Jangan lupa study dekat rumah..ujian kali ini mereka menyediakan banyak soalan KBAT..pastikan kamu membuat latih tubi" nasihat Puan Song dengan tegas.

"Nae!!" balas pelajar-pelajar serentak.

°°°
Chorong POV

Minggu depan dah exam..baik aku pergi library pinjam buku nak buat rujukan..

Baru sahaja Chorong ingin melangkah, ada suara yang memanggil namanya.

"Park Chorong!!" jerit orang tersebut.

Dah siapa pulak yang panggil nama aku ni? Kacau aku betul la..nak belajar pun ada orang ganggu..payah la macam ni..

Chorong berpaling ke belakang dengan muka yang masam.

Chorong tergamam seketika melihat gerangan orang yang memanggil namanya itu.

"Park Chan-Yeol...." perlahan Chorong menyebut satu per satu nama Chanyeol.

Chorong berpaling ke hadapan semula dan bergerak dengan laju meninggalkan Chanyeol di belakang.

Sejak daripada hari tu..aku langsung tak bertegur sapa dengan dia..sekarang ni suasana kitorang agak awkward..dan aku tak suka...... :(

"Rongie!! Tunggu saya" jerit Chanyeol daripada jauh.

Chorong hanya mengendahkan panggilan Chanyeol dan meneruskan langkahnya dengan lebih laju lagi.

°°°
Library

Chorong mengambil tempat duduk yang tersorok di dalam library itu dan berharap supaya Chanyeol tidak menjumpainya.

Dia melepaskan nafas yang lelah.

Penat.

Satu perkataan je untuk menggambarkan keadaan yang sedang Chorong hadapi.😂

Selepas Chorong merasakan bahawa lelahnya sudah hilang,dia berdiri untuk mencari buku rujukan.

Selang beberapa minit,telefon Chorong bergegar di dalam poket skirtnya.

Chorong membuka telefonnya.

°°°
Conversation Whatsapp

Chanyeol: (12.35 pm)
"Saya tahu awak ada dekat mana"

Chorong terkejut dengan chat yang dihantar oleh Chanyeol.Mata Chorong meliar di sekeliling library itu untuk mencari Chanyeol.

Malang.

Tiada sesiapa di situ melainkan dirinya dan beberapa pengawas library yang lain.

Ting.
Chat yang lain masuk.

Chase My Love Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang