This part
dedicated to : PinkIsland_💕
------😙------
Chanyeol melabuhkan punggungnya di sebuah bangku kosong yang terdapat di situ. Sekarang,senyuman sudah dapat diukir. Akhirnya,Chorong sudah sedar.
Bahu Chanyeol disentuh seseorang.
"Aku tumpang gembira," kata orang tersebut.
Chanyeol tersenyum.
"Kau kawan dia sejak kecil,Bomi. Sepatutnya aku yang cakap macam tu dekat kau," balas Chanyeol.
Bomi duduk di sebelah Chanyeol. Namun,jaraknya dijauhkan sedikit.
"Ya. Dia dah macam seorang kakak untuk aku. Dan aku sayang dia lebih daripada aku sayang diri aku sendiri. Kau patut gembira yang dia sanggup kongsi kebahagiaan dia dengan kau,capang." Bomi tergelak.
Dia lihat muka Chanyeol sudah merah menahan geram yang amat.
Bomi dipandang atas bawah. Aku tengok dia ni besar kecik besar je. Sabar,Park Capang. Eh silap. Sabar,Park Chanyeol.
"Sedap je kau hina aku. Kot ye pun nak hina tu,cover lah sikit," Chanyeol meluku kepala Bomi.
Bomi mengaduh kesakitan. Kepalanya diusap. Ish. Orang gurau je. Tu pun nak marah. Egois.
"Gurau je!" jerit Bomi.
"Senyap lah sikit." Chanyeol meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
"Shireoyo!" jerit Bomi lagi.
Kali ini,Chanyeol terpaksa menekup mulut Bomi. Aduhai..payahnya cakap dengan perempuan ni. Nasib baik aku jatuh cinta kat Park Chorong dan bukannya Yoon Bomi.
"Euww..sanalah!" Bomi memukul tangan Chanyeol.
"Amboi,amboi,amboi. Bahagianya buat bising. Eh,hello. Ni hospital ye. Bukan pusat hiburan," kata Suho yang muncul secara tiba-tiba.
Serentak,Bomi dan Chanyeol memandang ke arah Suho.
"Mianhae. Tak sengaja," sengih Bomi.
Suho menggelengkan kepalanya. Apa-apa sajalah. Kopi dihulur kepada Bomi. Bomi mengambil huluran minuman tersebut.
"Aku punya mana,hyung?" soal Chanyeol sambil meneguk air liurnya kerana terlalu inginkan kopi yang diminum oleh Bomi.
Suho mendengus.
"Aku bagi ni dekat orang yang aku sayang je. Kau nak,belilah sendiri. Ada tangan,ada kaki. Lengkap anggota badan kau. Takde yang cacat pun kan?" pedas perlian Suho. (burnnnnn)🔥🔥
Chanyeol berpeluk tubuh.
Elehh tahulah girlfriend sendiri...tak payah lah perli aku sampai mcm tu sekali..aku pun ada perasaan.. halahh..cenggini en member...😒

ANDA SEDANG MEMBACA
Chase My Love
Fanfiction"Mianhae Rongie" - Chanyeol. "Saya sayang awak" - Chorong. "Kau jaga dia baik-baik kalau tak,sekelip mata je aku akan rampas dia" - Suho "Kenapa kau suka dia?" - Bomi ××× +Berkisahkan tentang Chorong yg berundur dalam percintaannya untuk kebahagiaan...