(( Rayyan POV ))
" Perkara ni bukan benda main main, Rayyan. Kamu baru kenal Hana 3 hari. Kamu tak rasa semua ni terlampau cepat?" ibu masih tidak percaya dengan apa yang aku katakan.
Aku tak kira. Aku dah nekad. Hana akan jadi milik aku. Milik aku.
" Ibu, ayah. Cinta tu datang dari Allah. Bila bila masa je Dia boleh hadirkan perasaan tu. Dan saya yakin, Hana memang untuk saya. Saya betul betul cintakan dia."
Ibu dan ayah saling berbalas pandangan. Hana di sisiku aku pandang sekilas. Hana hanya menunduk dan mengetap bibirnya. Aku tahu dia sendiri terkejut mendengar pegakuan berani mati aku ni.
Ayah kembali memandang aku. " Boleh ayah tanya sesuatu?"
" Boleh, yah."
" Rayyan ni kerja apa?"
Aku diam. Aku kembali memandang Hana. Hana sudah memandang tepat ke arah ayah. Matanya membulat besar. Kenapa ni?
" Saya kerja... Auchhh!" menyeringai aku menjerit. Tangan Hana sudah elok terletak di atas peha aku.
Aku pandang dia tajam. Hana hanya tersengih. " Dah pukul berapa ni? Tak lambat sangat ke kalau awak duduk sini lama lama? Nanti awak mengantuk pulak bila drive." ujar Hana.
Aku mengerutkan wajahku. Kemudian aku terus memandang ibu dan ayah. Aku senyum. " Betul jugak apa yang Hana cakap tu. Macam dah lambat sangat ni. Esok saya kena pergi kerja. Saya mintak diri dulu lah, ibu, ayah."
Kelihatan Hana sudah menarik nafas lega. Aku sendiri tak faham tapi aku akan pastikan dia ceritakan segalanya kepada aku. Ibu dan ayah hanya mengangguk.
" Drive elok elok, Rayyan. Dah malam dah ni." pesan ibu. Aku mengangguk
Hana mengiringi aku ke pintu rumah. Aku pandang dia dan aku tersenyum. Wajah Hana masih tiada senyuman.
" Jumpa esok, girlfriend." ujar aku menyakat.
" Kan saya dah kata kita tak ada apa apa hubungan! Kenapa susah sangat awak nak faham?"
Aku tersenyum herot. " Say what you want, babe. I've got you now."
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
JugendliteraturCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...