Tigasembilan : " Kisah hitam dia."

17.3K 753 13
                                    

(( Hana POV ))

" Here you go." Beg kertas dihulur oleh Arina kepada Arshad. Aku hanya memerhati mereka dari jauh.

Arshad tersenyum. " Thanks dear. Awak ada kelas ke sekarang ni?"

Arina mengangguk. Arshad senyum lagi. " I'll call you later, okay?"

" Okay." Arina terus keluar dari bilik Arshad.

Aku dah agak. Diaorang ni memang ada apa apa. Siap kau Arina lepas ni. Aku soal kau macam macam.

Arshad berjalan mendekati aku. Beg kertas yang diberikan oleh Arina sebentar tadi dihulur kepada aku. " Nah. Pergi tukar baju awak dulu."

Aku hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Tak lama selepas itu, aku kembali ke bilik Arshad semula. Arshad tersenyum dengan dua mug di tangannya. " Duduklah. Kita minum dulu."

Aku tidak melawan. Cawan milo dihulur kepada aku. Arshad memandang tangan aku semacam. " Kenapa pandang tangan saya macam tu?"

" Tangan awak luka. Sekejap, saya ambil first aid." Arshad bangun dan kembali semula dengan kotak pertolongan cemas di tangannya.

Kerusi disebelah aku ditarik. Arshad mengambil sedikit kapas lalu menuang sedikit antiseptik. Aku mendesir pedih tatkala kapas itu mengena kulit aku.

" Sakit sangat ke?"

Aku mengeleng. Arshad mengambil iodin pula. Keadaan menjadi sunyi sehinggakan,

" Kenapa awak tolong saya?" Aku tak tahu kenapa soalan ni boleh terkeluar dari mulut aku.

Arshad mendongak sedikit memandang aku. Dia tersenyum nipis. " Sebab saya dah janji dengan Rayyan untuk jaga awak." jawabnya tenang.

Aku kemam bibir aku. " Kalau saya nak tanya sikit boleh tak?"

" Boleh. Tanya lah."

Aku tak tahu kenapa, setiap kali aku terfikirkan perkara ni aku akan terasa sebak. Aku tarik nafas dalam dalam. 

" Kenapa Rayyan dan Tasha putus?"

Tangan Arshad berhenti bekerja. Dia memandang aku semula. Wajahnya jelas terpancar riak serba salah. " Itu awak kena tanya Rayyan sendiri."

" Chad, please. I need to know all of this. Rayyan takkan beritahu saya."

Arshad berhenti membalut tangan aku dengan kain kasa. Matanya memandang tepat ke dalam mata aku. Keluhan berat dilepaskan. " Okay fine, I'll tell you."

----

(( Rayyan POV ))

( Flashback )

Terasa bagaikan ada tangan yang menjalar dari belakang tubuh aku. Kepalanya dilentokkan pada belakang tubuh aku. Aku tersenyum sendiri.

" Tasha, let me go."

Tasha makin mengemaskan pelukannya. " It's cold here, Rayyan. I need to warm myself."

Aku pusingkan tubuh aku menghadapnya. Anak mata biru mudanya cukup untuk mengetarkan jiwa aku. Tubuh aku dipeluknya kemas.

" Tasha."

" Hm?"

" Bila you nak jumpa mama I?" 

Tasha mendongak memandang aku. Senyuman terus hilang dari wajahnya. " Kan you dan janji tak nak bincang tentang ni buat masa sekarang?"

Pelukan antara aku dan Tasha aku leraikan. Bahunya aku pegang. " Tasha, I really love you. I nak jadikan you isteri I yang sah. I tak nak kita tak terikat macam ni. I nak kita dapat restu mama."

Oh, Encik Pilot! ✓Where stories live. Discover now