(( Hana POV ))
" Cucu mak tok ni nak balik KL dah ke? Sekejapnya kamu cuti." Wajah mak tok sedikit monyok.
Aku tersenyum. " Sorry, mak tok. Hana tak boleh cuti lama. Final exam lagi berapa hari je. Lagipun Rayyan tak boleh cuti lama lama."
" Alah mak tok. Kalau rindu sangat si Hana ni, kita terbang je pergi KL. Hani kan ada." Hani sudah peluk bahu mak tok. Mak tok tertawa.
Rayyan kembali dengan bagasi kami. " Mak tok, Rayyan balik dulu."
" Kaki kamu tu dah elok ke, Rayyan?" Mak long bertanya.
Rayyan sengih. " Dah okay dah, mak long. Hana dah tolong urutkan semalam. Okay dah rasanya."
Mak long dan mak ngah berbalas senyuman. " Orang dah berbini memang macam ni. Kalau dah sayang bini tu, apa bini dia buat pun boleh sihatkan sakit dia tu."
Pipi aku terasa panas. Tangan Rayyan sudah elok memegang pinggang aku. Aku bersalaman dengan mak tok, mak long dan mak ngah. Aku hampiri ibu dan ayah.
Tangan aku hulur pada ibu. " Nanti Hana datang jenguk ibu, ya?"
Ibu mengangguk. Kepala aku diusap lembut. " Belajar elok elok. Jangan lawan cakap suami kamu tu. Ibu bukannya tak tahu kamu tu suka buli si Rayyan."
" Mana ada." Ibu hanya tersenyum.
Aku pandang ayah. Liur pekat aku telan. Tangan aku hulur lambat pada ayah. Ayah pandang aku lama. Semakin membuatkan aku berdebar debar.
Huluran aku ayah sambut. Senyuman nipis aku tarik. " Nanti Hana dah cuti, Hana balik rumah, ya ayah?"
Ayah mengangguk perlahan. Aku berjalan semula ke arah Rayyan.
" Hana."
Aku menoleh. Danish berjalan merapati aku. Aku hanya diam.
" I hope that we'll meet another day. In a proper way." Danish senyum nipis.
Aku hanya diam. Tak tahu untuk berbalas apa. Terasa ada tangan yang melingkar pada bahu aku. Aku toleh.
Rayyan.
Rayyan senyum. " See you next time, Nish."
" Korang berdua jangan lupa bagi mak tok cicit cepat cepat. Tak sabar mak tok nak menunggu cicit sulung mak tok."
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Teen FictionCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...