(( Hana POV ))
" Eh, Nish. Dah lama awak sampai?" Aku senyum semanis mungkin. Sedangkan dalam hati berdebar tahap dewa.
Danish senyum. " Boleh lah. Saya dah sampai sini dalam dua hari jugak. Sampai jugak awak, Hana. Saya ingat dah takkan nampak muka awak dah."
Aku hanya tersenyum nipis.
" Ni siapa yang awak bawak balik ni?" Mata Danish tidak lekang dari memandang Rayyan.
Aku terdiam. Mata terkebil kebil. Apa aku nak jawab ni?
Baru aku hendak membuka mulut, tangan Rayyan laju merangkul pinggang aku. Aku terus ditarik rapat ke tubuh Rayyan. Mataku sudah membulat.
" I'm Rayyan, Hana's husband." ujar Rayyan tenang. Mukaku sudah memerah.
Wajah Danish aku pandang. Jelas riak terkejut terpancar di wajahnya. Danish tunduk seketika sebelum kembali memandang aku dan Rayyan.
" I got to go." Danish terus berlalu pergi.
" Nish!" Aku menjerit kuat. Rasa bersalah mula menyerbu aku.
Tangan Rayyan menarik aku ke dalam pelukannya. " Apa masalah awak ni?! Let me go!" Aku menolak tubuh Rayyan. Namun pelukan Rayyan tetap kemas.
" Sayang, please. Jangan macam ni." rayu Rayyan lembut.
Aku masih cuba menolak tubuh Rayyan. " Hana." Suara Rayyan sudah naik beberapa oktaf.
Aku terdiam. Merelakan diri dipeluk oleh Rayyan. Tangan Rayyan mengusap lembut kepala aku. " Dia mesti orang pertama yang awak sayang."
Aku tersentak. Rayyan tak perlu tahu semua ini. Aku menolak tubuh Rayyan perlahan. " Rayyan..."
" Dari cara dia pandang awak, saya dah tahu yang dia ada perasaan pada awak." bisik Rayyan perlahan.
" Rayyan, stop talking nonsence..."
" Hana, saya lelaki. Saya tahu semua tu. Dari pandangan dia, saya tahu yang dia cintakan awak. His eyes full with love, Hana. Dan itu buatkan saya sakit." laju Rayyan memotong bicara aku.
Wajah aku berkerut. " Kenapa awak sakit?"
Pelukannya semakin dieratkan. Membuatkan aku begitu dekat dengannya. Jantung mula berdegup laju. Rayyan pegang pipi aku. Dahinya dilagakan dengan dahi aku. Lama.
Terasa bagai nafas aku dan Rayyan bersatu. " Sebab, saya takut. Saya takut yang saya akan hilang awak. Saya takut untuk hilang awak selamanya. Itulah mimpi ngeri yang paling saya tak nak ianya terjadi." Suara Rayyan semakin mengendur. Aku menahan sebak.
Mengapa Rayyan begitu sayangkan aku? Aku cukup kasar dengannya.
Mengapa Rayyan begitu cintakan aku? Aku tak pernah melayannya dengan baik.
Layakkah aku untuk Rayyan? Aku sendiri tidak pasti.
Dahi Rayyan dilarikan. Matanya menikam lama anak mata aku. Menambah debar di dada. Kedua belah pipi aku dipegang lembut.
" I love you so much, sayang." ujar Rayyan dengan suara begitu romantis di telinga aku.
Wajah Rayyan semakin mendekat dengan wajahku. Apabila bibirnya semakin hampir dengan bibir aku, aku bagaikan tersedar. Terus tubuhnya aku tolak kasar. Mata Rayyan membulat.
" Awak jangan nak ambil kesempatan. Saya tak suka." ujar aku dingin. Kaki terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Setitis air jernih mengalir di pipi aku. Kenapa aku menangis?
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Roman pour AdolescentsCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...