(( Hana POV ))
" Orang suruh beli gas dia bantai bawak bini dia mandi pantai. Bertuah punya Rayyan." Mak tok sudah menepuk lembut bahu Rayyan.
Rayyan hanya tersengih.
" Dah dah pergi mandi."
Rayyan memimpin aku masuk ke dalam bilik. Bibir aku sudah biru. Habis satu badan mengigil! Ni semua Rayyan punya pasal lah ni!
Rayyan duduk di sisi aku. " Tak habis mengigil lagi ke, sayang?"
Aku jeling Rayyan. Rayyan tergelak kecil. Tuala diletakkan di atas kepala aku. Rayyan mengelap lembut rambut aku.
" Rayyan, saya boleh buat sendiri." Belum sempat aku mengalihkan tangannya, Rayyan terus memegang tangan aku.
Aku pandang Rayyan. Rayyan senyum. " Its okay, sayang. Saya nak lapkan." Tangan Rayyan perlahan mengalihkan tangan aku.
Aku tidak melawan. Hanya membiarkan tangan Rayyan mengelap rambut aku. Aku terus sandarkan kepala aku pada bahu Rayyan. Rayyan mengelus lembut rambut aku.
" Hana."
" Hm?"
" Can you do me some favour?"
Aku dongak memandangnya. " What?"
Rayyan senyum. " Boleh tak kalau awak panggil saya abang?"
Merona pipi aku mendengar permintaan Rayyan. " A-Abang?"
Rayyan mengangguk. " Kenapa? Susah sangat ke nak sebut?"
Aku tunduk. Malu lah nak panggil Rayyan abang! Rayyan tergelak. Rambut aku diusap lagi. " Tak apa kalau sayang still tak boleh nak panggil abang. I can wait. Tapi abang tetap akan guna abang. Is it okay?"
Aku lambat lambat mengangguk. Rayyan cium rambut aku yang basah. " Good wife."
Bunyi telefon Rayyan yang berbunyi menghentikan terus kemesraan antara aku dan Rayyan. Aku curi curi pandang pada si pemanggil.
Lina.
Hati terus disimbah dengan api cemburu. Kenapa perempuan tu sibuk nak telefon Rayyan?
" Hello? Yeah. Sorry for not inform it to you more earlier. Yeah, maybe I'm not going to be around for another one day. Just pass it to Chad. He can handle it." Aku pandang Rayyan yang sibuk bercakap di telefon. Aku bangun dari katil, namun pantas tangan Rayyan menarik tangan aku.
Aku kembali terduduk di sebelah Rayyan. Aku berkerut. " Stay."
Aku jegilkan mata. Tangan Rayyan sudah memeluk bahu aku.
" Lina, whatever it is we can discuss it later. I don't need your explanation now. I said later, Lina." Panggilan terus ditamatkan.
Tangan Rayyan kembali mengelus rambut aku, namun aku pantas menepis tangannya. Rayyan yang sedikit tersentak mula merapati aku semula. " Sayang, what's wrong?" Aku masih diam.
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Roman pour AdolescentsCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...