(( Lina POV ))
Rambutku dikusutkan. Aku mula berjalan mundar mandir. Fikiranku terlampau bercelaru.
" Arghhh!" Aku jerit kuat.
" Kenapa mama menjerit ni?" Khairil yang berjalan terkedek kedek ke arah aku sudah membuat muka pelik.
Aku merengus kasar. " Diam lah. Mama tengah serabut ni!"
Telefon bimbit pantas aku capai. Nombor Tasha laju aku dail.
" Hello."
" Apa you nak call I ni?" bingit suara Tasha dari corong telefon.
Aku menghela nafas berat. " I pun tak nak lah call you. Apa ni, Tasha? Plan you semua tak jadi. I ingatkan diaorang tu bergaduh, I tengok makin rapat adalah!"
" What? Makin rapat? What do you mean?" Tasha masih tidak faham.
Aku meraup kasar wajah aku. " Tadi Hana ada ujian lapangan. Pagi pagi tu memang I nampak dia dingin je dengan Rayyan. Waktu dia bawak plane tu, dia nervous. So dia blank. I memang dah happy time tu, tak sabar nak tunggu dia mati. Tapi bila fikirkan balik, dalam plane tu ada Rayyan, so tak jadi nak happy. And then, waktu diaorang dah landing bukan main bergelak ketawa. Eiii, panas hati I you tahu tak?!"
Tasha hanya tergelak. " You ni, chill. Benda simple je. Nanti I fikir another plan. Dah lah, I dekat club ni. Chaw!" Panggilan terus ditamatkan.
Aku mencebik. Aku dah lama bertenang dah kau tahu tak!
" Mama."
Aku menoleh memandang Khairil. " Khai nak apa?"
Khairil bangun dan berjalan menghampiri aku. " Khai dah lama tak jumpa uncle Rayyan. Khai rindu lah dekat dia."
Aku tersenyum nipis. Kepala Khairil aku usap perlahan. " Nanti mama bawak Khai jumpa uncle Rayyan okay?"
Khairil senyum. Tubuh aku dipeluk. " Mama."
" Hm?"
" Khai rindu papa." ujar Khairil perlahan.
Aku tersentak. Pelukan pada tubuh kecil Khairil aku kemaskan. " Dah lah. Tak nak sedih sedih. Khai kan ada mama."
Tangisan Khairil mula pecah. " Kenapa papa tinggalkan kita, ma? Papa tak sayang Khai ke? Papa tak sayang mama ke?"
Aku tahan sebak di dada. " Papa sayang Khai, sayang. Cuma papa dengan mama tak sehaluan. Sebab tu papa pilih untuk tinggalkan kita."
" Mama sayang Khai?"
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Novela JuvenilCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...