Tigaenam : " Naqib nak adik, boleh?"

20.4K 800 46
                                    

(( Hana POV ))

" Dah sampai." Pintu kereta aku buka. Rayyan sudah setia berdiri di luar kereta. Mata aku melilau memandang rumah kawan mama. Mak aii, besarnya.

Terasa bagaikan tangan aku diraih. Aku menoleh memandang Rayyan. Tangan aku sudah elok berada di dalam gengamannya. Rayyan tersenyum. " Come."

Aku hanya menurut setiap langkah kaki Rayyan. Suasana di halaman rumah sungguh meriah. Diceriakan dengan hilai tawa anak anak kecil yang comel dan diserikan dengan hiasan dan makanan yang terhidang cantik.

" Rayyan! Sampai pun!" Aku terdengar suara mama dari jauh.

Aku dan Rayyan berjalan mendekati mama. Aku terus salam dan cium mama. Ah, rindunya dekat mama!

" Hana sihat?"

Aku mengangguk laju. " Alhamdulillah, sihat. Mama? Anna tak datang ke, ma?"

Mama tersenyum manis. " Mama pun sihat jugak. Ada tadi. Dia tengah main dengan Naqib lah tu." Aku hanya mengangguk.

" Ni mama kenalkan, aunty Marissa. Mar, ni lah menantu aku." Aku terus menyalami aunty Marissa. Walaupun sudah berumur, aunty Marissa tetap kelihatan cantik dan awet muda.

Kepala aku diusap perlahan. " Cantik menantu kau, Lin. Pandai si Rayyan ni pilih."

Pipi aku membahang. Rayyan sudah tersengih. Pinggang aku dipeluknya kemas. " Mestilah aunty. Isteri Rayyan memang cantik."

" Ada ada je kamu ni Rayyan. Pergi lah makan dulu. Aunty nak masuk dalam dulu." Aunty Marissa terus hilang dari pandangan.

Baru sahaja aku ingin menapak ke bahagian makanan, tangan aku kembali diraih oleh Rayyan. Aku menoleh. " Lepaslah."

Rayyan mengemaskan pegangannya. " Hana nak pergi mana?"

" Nak ambil makanan."

" Abang ikut."

Mata aku membulat. " Mengada. Takkan orang nak pergi ambil makanan pun nak ikut?"

Rayyan tersengih. " Kena lah ikut. Nanti rindu."

Aku jegilkan biji mata aku. " Awak pergi lah duduk dulu. Nanti saya datang balik."

Rayyan mengeleng laju. " Sayanglah pergi duduk. Abang pergi ambilkan makanan untuk kita."

Belum sempat aku membuka mulut, Rayyan sudah berlalu. Keluhan berat aku hela. Aku terus berjalan ke arah meja yang kosong. Telefon bimbit aku keluarkan. Cuba mengisi kebosanan yang menguasai aku.

Oh, Encik Pilot! ✓Where stories live. Discover now