Enamsatu : " Kejutan buat cinta."

18.9K 670 10
                                    

(( Hana POV ))

Oh my god.

" Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Hana Batrisyia! Happy birthday to you!"

Hari jadi aku? Hari ni? Biar betul?

Kelihatan kain rentang yang tertulis ' Hana turns 24!' makin buat aku keliru. Para tetamu ada yang memakai topi hari jadi. 

Pop! Pop! Pop!

Mak kau! Aku sudah terlompat kebelakang.

Mia dan Luqman galak memecahkan birthday popper. Memang lah anak beranak ni.

Ibu dan mama berjalan menghampiri aku berserta kek ditangan mereka dengan senyuman. " Selamat hari lahir, Hana."

Aku sebak. Tubuh ibu terus aku rangkul kemas. Ibu mengusap lembut belakang tubuh aku. " Jadi anak yang baik. Sekarang Hana dah ada suami. Taat pada suami tu. Jangan asyik nak ikut keras kepala kamu."

Aku sudah teresak esak. " Maafkan Hana, bu. Hana gagal jadi apa yang ibu nak. Hana nakal, selalu tak dengar cakap ibu. Hana degil nak sangat jadi pilot. Maafkan Hana, bu."

" Tak apa, sayang. Yang penting anak ibu ni bahagia dan jadi isteri yang solehah." Pipi aku diusap lembut.

Makin berjurai jurai air mata aku dibuatnya. Mama terus memeluk kemas tubuh aku. 

" Selamat hari lahir, Hana. Mama doakan kamu sihat selalu. Jaga Rayyan untuk mama. Mama tahu Rayyan sayangkan kamu seadanya. Mama harap kamu berdua akan dikurniakan anak tak lama lagi. InsyaAllah."

Aku menangis di bahu mama. " InsyaAllah, ma. Doakan Hana yang terbaik."

Pelukan kami terlerai. Mata yang masih mengalir tetap galak mengeluarkan air mata sekali dengan pakej hingus. Tak senonoh betul. Heh.

Satu susuk buatkan aku kaku. Diam.

Ayah.

Aku memandang ayah dengan mulut yang terkunci. Ayah pandang aku. Wajahnya yang serius bertukar senyuman. Tangannya didepakan.

Aku terus meluru ke dalam pelukan ayah. Aku menangis sehabis mungkin di dalam pelukan ayah. " Ayah, Hana mintak maaf. Hana tahu Hana bukan anak yang baik. Hana... Hana..."

" Ayah pun mintak maaf, sayang. Salah ayah selama ni sebab halang cita cita Hana. Ayah patutnya lebih rasional untuk tak terlalu ikutkan perasaan. Ayah.. Ayah pentingkan diri sampai ayah hilang satu satunya anak ayah."

Tubuh tua ayah aku peluk erat. Tangisan yang semakin kuat akhirnya reda. Ayah rengangkan pelukan antara kami. Pipi aku diusapnya lembut. " Ayah yakin Rayyan boleh jaga Hana. Jangan tinggalkan dia."

Aku angguk laju. " I will."

Mata aku melilau mencari susuk tubuh Rayyan. Aku mahu peluk erat erat tubuhnya tatkala ini.

Mana Rayyan?

" Hana!"

Aku berpaling. Madam Lina dan Danish jalan berpegangan tangan ke arah aku. " Happy birthday, Hana." ujar Danish dengan senyuman.

Aku balas senyumannya dan mengangguk. " Thank you. Anyway, congratulation for your weeding. I'm happy for you."

Danish senyum. Tangannya sudah meraih pinggang Madam Lina. " Thanks, Hana. Finally, I have found my own angel." 

Madam Lina sudah tersipu sipu senyum. " Hana, I'm sorry for what have I done before."

" Nah, not a biggie madam. Asalkan credit dapat naik balik!" Aku sudah tayang sengih.

Oh, Encik Pilot! ✓Where stories live. Discover now