Empatdua : " Angels turn into devils."

17.4K 726 35
                                    

(( Hana POV ))

Sarapan aku hidang di atas meja makan. Hani menatang teko berisi kopi panas. Mia terkedek kedek membawa pinggan berisi nugget dan sosej.

" Mana Luqman, Hani?" Ibu bersuara dari arah dapur.

Hani menoleh. " Tengah mandi, maksu. Kejap lagi turun lah tu."

Ibu hanya mengangguk. Aku kembali ke dapur untuk mengambil mangkuk nasi goreng.

" Morning, sayang." 

Aku terus menoleh. Rayyan sudah elok berdiri di belakang aku. Aku senyum. " Morning, Rayyan. Dah mandi belum ni?"

" Hana rasa?"

Aku tergelak kecil. " Muka masam macam tak mandi setahun."

Rayyan sudah mencubit pipi aku. " Dia ni kalau bab mengutuk orang memang champion." 

Tangan aku diraih laju. " Dah, jom makan."

Aku dan Rayyan berjalan ke arah meja makan. Kesemua sudah duduk di kerusi. Aku terpandang wajah Danish. Matanya tak lepas dari memandang aku. Aku terus larikan pandangan. Lengan Rayyan aku paut.

Rayyan menoleh. " What's wrong, sayang?" bisik Rayyan perlahan.

Aku tersenyum kelat dan mengeleng. Kerusi di tarik. Pinggan yang berisi nasi aku hulur kepada Rayyan.

Baru sahaja aku ingin mengambil nasi untukku,

" Hana tak payah ambil nasi lah. Kongsi dengan abang je." 

Aku yang sedikit tersentak memandang Danish yang elok duduk di hadapan aku dan Rayyan. Rahangnya diketap menahan geram. Aku kembali memandang Rayyan. Lambat lambat aku mengangguk.

Sudu di pinggan aku ambil. Namun, pantas sudu itu dirampas oleh Rayyan. Rayyan tersengih. " Biar abang suapkan, eh?"

Bunyi sudu berlaga kuat dengan pinggan kaca kedengaran.

" Kenapa, Nish? Tak sedap ke maksu masak?" 

Aku memandang Danish semula. Wajahnya tampak riak cemburu. Senyuman dibuat buat dipamerkan kepada ibu. " Sedap, maksu. Nish cuma terkejut." Danish memandang aku sekilas sebelum membuang pandangannya jauh.

Aku hanya mampu diam. Masih terkejut dengan apa yang baru terjadi.

" Mama, bila kita nak beli kasut baru untuk Mia? Mama dengan papa kan dah promise." Mia sudah merengek di sisi Hani.

Hani menoleh ke arah Luqman. Luqman hanya mengangkat bahu. Hani memandang Mia semula. " Mia, bukannya mama tak nak bawak. Tapi hari ni mama dengan papa kena pergi klinik."

Mia sudah tarik muncung. Hani mencuit Luqman. " Apa?"

" Tolonglah pujuk anak awak ni sekali." ujar Hani separa berbisik.

" Nak buat macam mana? Checkup awak kan hari ni. Takkan nak tukar lagi?"

Aku yang melihat Mia mula dihimpit rasa kasihan. Mia ang tadinya ceria kini sudah hiang senyuman dari bibirnya. Nasi di pinggan dikuis malas.

Mia mengesat air mata yang mengalir lembut. Aku pulak yang terasa sedih. " Mama dengan papa selalu tipu Mia." ujarnya perlahan.

Hani dan Luqman tersentak. Mereka saling berpandangan.

Hani menoleh ke arah Mia semula. " Mia, bukannya mama tak nak bawak, tapi..."

" Tak apa, biar aku yang bawak Mia jalan jalan." Laju Rayyan mencelah.

Oh, Encik Pilot! ✓Where stories live. Discover now