18 February, 2019.
Kepala yang tidak gatal aku garu. Kening berkerut. Marker pen di bibir aku main.
Kepala aku pusing. Gadis itu memandang aku.
" Awak sure awak tak tahu salah awak dekat mana?"
Gadis itu mengeleng. Aku letak buku di atas meja. Bibir menguntum senyum. Kepala aku angguk. " You may go back to your sit, Farisya."
Dia mengangguk dan mengambil tempat. Marker pen aku buka. " Okay, class. Look here. Perasamaan Farisya dah betul cuma dia salah kembangkan. 2X kena darab dengan semua yang ada dalam kurungan tapi tak perlu darab dengan per. Faham?"
" Faham," suara seisi kelas meleret.
Jalan kerja yang baru aku tulis di tepi. Mata Farisya aku pandang. " You've to be more careful next time."
" Yes, sir."
" Alright class, saya tak nak bagi homework sebab saya tahu yang saya bagi semalam pun tak siap lagi kan? Kita habiskan extra class kita dekat sini ye," ujar aku.
Seisi kelas bangun. " Terima kasih cikgu." Aku angguk. Mereka mula beransur beredar.
Kepala aku urut. Terasa tubuh sengal yang amat. Aku ketuk belakang leher yang terasa lenguh.
Mengajar matematik tambahan untuk pelajar tingkatan lima memang mencabar. Yang langsung tak faham basic form four pun ada. Haih.
" Mikha," suara itu lembut memanggil. Aku toleh. Aku berdiri sambil tersenyum manis. " Anis. Kenapa ada dekat sekolah lagi ni?"
Dia senyum. " Aku pun ada kelas tambahan. Kau baru habis mengajar?"
Aku angguk.
Aku dan Anis masuk pada waktu yang sama. Aku mengajar addmath, dia mengajar account. Dua dua subject killer.
Mula mula tu, ramai lah yang padan pandankan tapi Anis dah kahwin. Baru je bulan lepas. Aku pun tak mengharap apa apa.
" Cikgu Ramlah mintak aku panggil kau turun bilik guru. Katanya ada benda nak settlekan."
Laju kepala aku mengangguk. Barang di atas meja aku kemas. Aku dan Anis berjalan ke bilik guru.
Wajah cikgu Ramlah kusut. Aku berkerut sedikit. Kenapa pulak ni?
Dia memandang aku. " Oh, cikgu Mikhail. Maaflah saya panggil petang petang ni."
" Eh, tak apa. Kebetulan saya ada kelas tambahan tadi dengan student saya."
Dia tersenyum ke arah aku. " Saya sebenarnya tengah pening."
Aku pandang dia. " Kenapa?"
" Jadual murid dan guru dah dikeluarkan. Kebetulan cikgu Afifah dan cikgu Zaini cuti bersalin. Guru praktikal belum ada lagi buat masa ni. Jadi, saya nak mintak tolong sikit dekat cikgu Mikhail dan cikgu Anis."
" Tolong apa?" Serentak suara aku dan Anis kedengaran. Dia memandang aku sambil tergeleng kecil.
Aku jongket bahu. " Apa?"
Cikgu Ramlah hanya tersenyum nipis. " Ye lah, cikgu berdua kan muda lagi. Mana tahu ada kawan kawan yang nak tolong jadi guru ganti ke dekat sini buat sementara waktu."
Aku hanya mengangguk. Anis juga mengangguk. " Kalau ada, boleh lah bagitahu saya secepat mungkin ya. Saya mintak diri dulu."
" Mikha," suara Anis membuat aku berpaling. " Apa?"
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Roman pour AdolescentsCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...