(( Hana POV ))
Kenapa dia kena buat aku macam ni? Kenapa? Dia tak ikhlas cintakan aku ke? Air mata tak henti henti bercucuran. Hati aku hancur.
Betul kata orang. Untuk dapatkan kepercayaan seseorang, amat susah. Tapi untuk hilang kepercayaan pada seseorang, semudah petik jari.
Sebuah teksi berhenti betul betul di tepi perhentian bas. Aku berjalan masuk ke dalam teksi itu.
" Cik nak pergi mana?" tanya pemandu teksi yang berumur dalam lingkungan 50.
Aku mengesat kasar air mata aku. " Pak cik bawak saya pergi mana mana je lah." Aku keraskan suara aku sehabis mungkin.
Teksi mula bergerak. Aku pandang ke luar. Adegan Rayyan dipeluk oleh Madam Lina dan Tasha kembali terlayar dalam fikiran aku. Terus membuatkan empangan air mata aku pecah.
" Cik."
Aku pandang pak cik itu. " Hm?"
Pak cik itu memandang aku dari cermin pemandu. " Cik okay tak ni?"
Aku senyum nipis. " Saya okay."
Tingg!
Aku capai telefon bimbit aku. Aku buka. Terdapat satu pesanan ringkas dari Rayyan.
Rayyan : Sayang dekat mana? Abang cari Hana satu akademi tak jumpa. Where are you sweetheart?
Aku tidak menjawab pesanan itu. Telefon aku bergetar menandakan ada yang menelefon.
Rayyan is calling.
Aku teus campak telefon bimbit aku ke dalam tas tangan aku. Air mata yang masih mengalir aku kesat kasar.
" Cik, dalam hidup ni kita takkan pernah lari daripada masalah."
Aku terus memandang pak cik itu. " Apa maksud pak cik?"
" Kalau cik asyik lari dari masalah, masalah tu takkan selesai. Memang sukar untuk kita berdepan dengan benda yang kita tak suka. Tapi, sampai bila kita nak biarkan masalah tu menghantui kita?" Pak cik itu mula membelok.
Aku diam. Cuba menghadam setiap kata pak cik itu.
" Pak cik tau, selalunya kalau perempuan menangis ni sebab lelaki kan? Pak cik tak tahu apa yang teman lelaki kamu tu dah buat..."
Aku tergelak kecil. " Saya dah kahwin, pak cik."
" Oh, maafkan pak cik. Pak cik tak tahu."
Aku tersenyum. " Tak apa. Saya Hana. Pak cik?"
Pak cik itu tersenyum. " Pak Samad." Aku angguk.
" Jadi Hana menangis sebab suami Hana lah?" Pak Samad mula bertanya.
Aku mengangguk perlahan. " Dia... Dia curang belakang saya." Air mata mula mengalir lagi di pipi aku.
" Astaghfirullah. Hana ada bukti yang suami Hana curang?"
Esakan aku sedikit reda. " Ada dua perempuan peluk dia, Pak Samad." Suara aku sedikit bergetar.
Pak Samad mengucap beberapa kali. " Hana dah dengar penjelasan dari suami Hana?"
Aku mengeleng perlahan. " Buat apa nak dengar lagi? Semuanya dah jelas." Esakan aku kembali kedengaran.
Pak Samad mengeleng kepala beberapa kali. " Salah macam tu, Hana. Bila hidup berumah tangga ni, yang paling utama ialah kita kena saling percaya antara satu sama lain. Kalau ada masalah atau salah faham tercetus, dengar dari dua dua pihak. Bukannya terus menghukum macam ni."
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Novela JuvenilCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...