(( Hana POV ))
Kaki aku melangkah laju masuk ke dalam akademi. Aku kena cepat, aku kena larikan diri daripada bertembung dengan Rayyan. Habislah aku kalau aku jumpa dia.
-------------
( Flashback )
' Rayyan suruh aku hantar gambar. Hm, nak hantar gambar apa eh?'
Mindaku mula terbit idea gila. Laju tanganku menaip sesuatu. Hanya encik google sajalah harapan aku sekarang.
Tingggg!
Aku terus membuka pesanan yang dihantar oleh seseorang. Rayyan.
Rayyan : Okay, sweetheart. I've been waiting for the whole night. Give me your picture now. Mama dah bebel. Nanti tak pasal pasal boyfriend kesayangan awak ni kena piat telinga.
Aku tergelak kecil. Piat telinga? Anak mak betul lah dia ni. Betul ke apa aku nak buat ni? Tak macam cari bala sangat ke? Ah, bantai je lah.
Hana : Kejap, boyfie. Saya tengah cari gambar yang comel lah ni. Karang kena reject dengan mama awak, buat malu je.
Tak lama selepas itu, tinggggg!
Rayyan : Tak kisah lah, Hana. Cepat, send me your picture.
Tak reti sabar punya mamat. Terus tangan aku ligat menekan butang ' send'. Aku tersenyum puas. Padan muka. Nak sangat tengok gambar aku, nah aku bagi sebijik.
Tak lama selepas tu, tingggg!
Rayyan : Punyalah saya terkejut tengok awak hantar gambar free hair, rupanya ni kerja awak.
Terus tawa aku meletus. Aku ketawa terbahak bahak. Memang tak tahan sangat dah ni. Tiba tiba, bunyi telefonku berbunyi menghentikan tawaku.
Rayyan is calling.
Gulp. Apa aku nak buat ni? Nak angkat ke tak nak? Nak? Tak nak? Nak? Tak nak? Hah, angkat je lah. Punat hijau terus aku tekan.
" Ye, assalamualaikum." aku cuba mengawal gabra aku yang tidak menahan itu.
" Hana, do you think I'm joking? Suara saya semalam macam melawak ke mintak gambar awak?" suara Rayyan kedengaran serius.
Aku telan liur. Ah, sudah. " Er, actually saya tersalah hantar gambar tu. Hah, actually nak hantar dekat kawan saya." Ah, cuba je lah kelentong.
Kedengaran suara Rayyan tergelak sinis. " Stop lying, Hana. Awak fikir saya main main ke? Saya mintak gambar awak, bukannya untuk saya saja saja simpan. But, mama yang nak tengok. Susah sangat ke nak hantar gambar betul?" Rayyan sudah mula membebel.
Aku ketap bibir. Muncul rasa bersalah dalam diri aku. Aduh, macam mana ni?
" Sorry, Rayyan. Saya janji tak buat lagi." aku mula meminta maaf.
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Genç KurguCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...