(( Hana POV ))
Study week! Study week! Study week!
Habis sudah waktu menjoli buat Hana Batrisyia. Kini, tiba masanya untuk aku kembali pulun dan menebalkan eye bag.
Lampu belajar aku buka. Jam aku pandang.
11.30 p.m.
Ala, awal lagi. Tak apa. Study sikit lepastu tidur. Buku meteorology aku buka dan nota yang aku salin di dalam kelas aku keluarkan.
" Stay up?"
Aku menoleh. Rayyan berjalan ke arah aku sambil memegang dua mug. " For you."
Mug yang berisi hot chocolate sudah bertukar tangan. Aku senyum. " Thanks."
Rayyan tarik kerusi dan duduk di sisi aku. Dagu ditongkat sambil memandang aku. " Hana stres ke?"
Aku geleng laju. " Mana ada lah. Cuma penat sikit. Banyak benda nak kena catch up sebab tak masuk kelas selama ni."
Rayyan mengangguk dan aku kembali fokus pada tajuk yang aku sedang baca. Terasa rambut aku dipintal lembut oleh Rayyan.
" Abang tak nak tidur ke?"
" Tak nak. Nak teman Hana study dulu."
Aku letakkan pen aku. Kalau dia kacau aku macam ni, memang takkan dapatlah aku nak study. " Abang, bukan Hana tak nak abang temankan. Tapi lagi bagus kalau abang pergi tidur dulu. Hana takut lambat je Hana tidur. Kesian pulak abang kena tahan mata untuk Hana."
Rayyan tongkatkan wajahnya di bahu aku. " Hana ingat abang boleh tidur ke kalau Hana tak ada sebelah abang?"
Wajah aku terasa sedikit berbahang. Rayyan pantas mencuit hidung aku. " Sakat sikit dah blushing."
Aku tepis laju tangan Rayyan. " Abang, orang nak study ni."
" Tak apa lah, study je lah. Abang tunggu dekat sini." Rayyan masih berkeras.
Aku gulingkan mata aku. " Fine. Suit yourself."
Fokus aku kembali kepada buku. Aku baca tiap bait yang ditulis oleh Arina. Nota Arina ni sahajalah penyelamat aku sekarang. Mata aku semakin kuyu. Kepala sudah tersengguk-sengguk. Aku pandang ke arah jam.
1.47 a.m.
Patutlah mengantuk semacam. Aku toleh ke arah Rayyan. Rayyan sudah lena di sisi aku. Aku mengeleng kecil. Lengannya aku tolak lembut. " Abang, abang. Bangun."
" Hm." Rayyan masih tidak bergerak.
" Jom tidur. Hana tak larat nak angkat abang ni. Abang, jom lah tidur." Mata aku semakin layu. Namun, Rayyan masih tidak bergerak.
Aku terus menolak tangannya lembut sehingga aku sendiri tak sedar,
aku sudah tertidur di atas Rayyan di atas meja belajar.
____
Kaki aku laju melangkah ke perpustakaan. Kelihatan seluruh meja sudah berpenghuni. Ini lah keadaan perpustakaan bila study week. Penuh mengalahkan sardin.
Nombor Arina aku dail. Hanya beberapa saat,
" Hello, kau dekat mana?"
" Aku depan pintu library ni. Mana kau? Aku tak sempat nak chop tempat."
" Kau pergi area belakang ni. Aku dah dapat tempat."
" Ye ke? Okay. Nanti aku sampai." Panggilan terus dimatikan.
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Dla nastolatkówCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...