Beep. Beep. Beep.
Samar cahaya putih menusuk tajam anak mata aku. Aku melilau memandang sekeliling. Putih. Aku dekat mana ni?
" Hana."
Aku toleh. Suara itu bergema kuat. Kenapa aku di sini? Samar cahaya tadi kembali menyilaukan mata. Visi aku semakin cerah.
" Hana, bangun sayang."
Suara ini. Aku cari empunya suara itu.
Rayyan.
Ya Allah, betapa aku rindu panggilan sayang darinya semula. Aku cuba untuk meraih tangan Rayyan, namun tidak berjaya. Kenapa aku tak boleh bergerak ni?
Rayyan kembali meraih tangan aku. Dikucupnya lembut. Air mata kembali mengalir di pipi Rayyan. " Sayang, berapa lama lagi Hana nak tidur? Tak kesiankan abang ke?"
Rayyan! Saya dekat sini!
Aku jerit sekuat hati namun suara bagaikan tidak terkeluar dari anak tekakku. Rayyan usap wajah aku. Kenapa muka aku calar teruk? Kenapa banyak wayar berselirat pada tubuh aku?
Rayyan kembali teresak. " Bangunlah, sayang. Bagi abang peluang untuk mintak ampun dengan Hana. Abang berdosa dengan Hana. Abang sakiti Hana. Abang tak jaga Hana dengan elok. Tolong jangan tinggalkan abang, sayang."
Pintu bilik terbuka. Bahu Rayyan dipegang seseorang. Rayyan menoleh. " Mama..."
Mama, papa dan Rianna sudah berada di sisi katil aku. Sekali lagi aku cuba untuk bangun, namun tidak berjaya.
Aku terasa bagai terapung. Aku cuba gapai lengan Rianna, namun tidak berjaya.
Aku dah mati ke?
" Kak Hana, bangun lah. Jangan tinggalkan Anna. Siapa lagi nak teman Anna kacau along? Bangunlah. Anna ada banyak benda nak cerita dengan akak." suara tangisan Rianna sudah jelas kedengaran.
Mama menghampiri katil aku. Tangan aku yang penuh dengan wayar di ambil. " Bangun, sayang. Hana tak kesiankan mama ke? Mama rindu sangat dengan Hana. Dah lama mama tak jumpa Hana. Kenapa Hana tidur bila mama datang lawat Hana ni?" Mata mama sudah berair.
Bahu mama diusap oleh papa. " Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Hana tu kuat. InsyaAllah dia akan sedar."
Rayyan yang berada di sisi papa masih menahan sebak di dada. Andai aku dapat seka air mata yang mengalir di pipinya, sudah pasti aku akan lakukan.
" Hana, bangun cepat cepat ya. Rayyan dah lama tunggu Hana. Kesian Rayyan sorang sorang je pegi akademi. Kalau tak, mesti Hana temankan Rayyan. Rayyan kata dia bosan bangun dekat sebelah tak ada orang. Bangun ya, sayang." Air mata menitis jua dari pipi tua mama.
Rayyan dekati aku. Kepala aku yang bersarung tudung hitam diusapnya lembut. " Abang sentiasa tunggu Hana bangun. Abang tak pernah jemu datang sini untuk jenguk Hana. Tolong bangun, sayang. Jangan seksa abang macam ni."
Rianna yang sudah basah dengan air mata pantas memeluk tubuh Rayyan. " Along, jangan macam ni. Kalau kau menangis depan kak Hana, nanti dia tak nak bangun. Kau nak ke kak Hana tidur buat selamanya?"
Rayyan laju mengeleng. Air mata yang masih bersisa pantas diseka. " Kau jangan cakap macam tu lah! Nanti kak Hana ingat kau dah tak sayang dia." ujar Rayyan dalam sendu yang tertahan.
Aku sebak. Tetapi, setitis air mata pun tidak mengalir.
" Rayyan."
Rayyan pandang wajah mama. Mama mengangguk ke arahnya. " Mari kita balik. Kita bagi Hana rehat ya." Tangan mama sudah memaut lengan Rayyan.
Rayyan memandang aku lama lalu mengeleng. " Rayyan nak duduk sini. Rayyan nak temankan Hana. Rayyan nak temankan isteri Rayyan." Esakan Rayyan tidak mampu ditahan lagi.
Mama sendiri masih menyeka air mata yang masih mengalir. " Rayyan, jangan macam ni. Kalau Hana tak rehat, macam mana dia nak sedar? Rayyan tak nak tengok Hana lagi ke?"
Rayyan mengeleng lagi. " Rayyan nak jumpa isteri Rayyan lagi. Rayyan sayang Hana."
Kini, papa pula memegang bahu Rayyan. " Rayyan, esok kita datang lawat Hana lagi. InsyaAllah, Hana okay."
Rayyan pandang wajah aku lagi. Bibir merahnya mencium lama dahi aku. Kemudian kedua belah pipi aku. " Selamat malam, sayang. Abang sayangkan Hana sangat sangat. Esok abang datang lawat Hana lagi ya."
Rayyan! Jangan pergi! Saya masih tak puas nak tatap wajah awak!
Tubuh Rayyan sudah semakin menjauh. Aku menjerit kuat memanggil namanya, namun tidak diendahkan.
Aku cuba untuk gapai lengan Rayyan, tetapi pegangan aku terlepas dengan mudah. Aku menangis. Namun tiada siapa yang dengar.
Kepala aku kembali berputar.
Beep. Beep.
----
Orang dah update ni! Yeay! Jangan benci Rayyan cah kata. Kesian dia. Dia pon manusia biasa okay guyssss.
Penat ah asyik update je. Rehat jap lah eh?
K lah nak makan ramen. Chawww lu!
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Ficțiune adolescențiCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...