Duabelas : " Your girlfriend, right?"

20.4K 818 6
                                    

(( Hana POV ))

Kelas Puan Lina akhirnya tamat. 2 jam yang cukup menyeksakan. Aku letak kepala di atas meja. Kepala terasa berdenyut kerana terlalu banyak bekerja. Arina di sisiku hanya mengeleng. 

" Weh, Hana."

Aku menoleh ke arah Arina.

" Hm?"

" Kau nak ikut aku keluar tak hari ni? Aku ingat nak lepak KLCC. Nak cuci mata tengok baju baju dekat sana." ujar Arina. Aku berfikir sejenak. Sengih terus aku tarik.

" Okay gak.  Jom ah gerak." aku sudah bangun dari kerusi. Janji dengan Rayyan? Ah, saja je aku lupakan.

Kaki aku melangkah seiring dengan Arina. Dalam fikiran sibuk aku halau tentang janji aku dengan Rayyan. Aku sendiri tak rasa nak jumpa mak dia. 

" Kau tau tak Hana mamat yang cuba nak ngorat aku haritu, dia approach dekat aku and guess what?" Arina sudah membuka cerita. Aku sudah tergelak gelak.

" What?"

Arina tersengih bagaikan kerang busuk. " Dia mintak number phone aku! Like seriously! Aku pikir dia main main je tau."

Aku dan Arina sudah tergelak gelak. Tombol pintu terus ditarik. Langkahku terus terhenti. Mataku terus membulat besar. Mulut terlopong. Senyuman yang menghiasi bibir aku terus hilang. Liur pekat aku telan. Hati mula rasa tak sedap.

' I'm so dead.'

" Eh, Captain Rayyan. Captain buat apa dekat sini?" pertanyaan Arina makin buat aku tak senang.

Rayyan hanya tersenyum. Matanya memandang ke arah aku. Aku hanya mampu tundukkan wajah aku.

" You all nak pergi mana ni?" Rayyan tanya semula kepada Arina.

Arina tergelak. " Saya dengan Hana nak pergi window shopping dekat KLCC."

Rayyan kembali memandang aku. Tenungannya dalam dan tajam. Bikin hati kecil aku makin kecut.

" Oh, window shopping. I see." suara Rayyan kedengaran sinis. Aku cuba buat muka selamba.

" Actually, Hana dah janji dengan I nak ikut I pergi jumpa mama I." ujar Rayyan jujur.

What?! Yang dia ni pergi bagi tahu pulak dah kenapa? Memang sah sah lah si Arina ni pikir pelik pelik nanti? Aduh, apa aku nak buat ni? Aku toleh ke arah Arina. Mata Arina sudah membulat. Aku dah agak dah.

" You must be kidding me."

" Nope. I memang nak bawa Hana jumpa mama I. Any problem?" senyuman manis terus ditayang.

Arina bagaikan hilang kata kata. Wajah aku dipandang kejap. Dia tersengih sendiri.

" Eh, tak ada. Tak ada. Captain ambil lah dia ni. Bawak balik rumah, simpan buat bibik pun saya tak kisah." Arina sudah menolak sedikit tubuh aku ke arah Rayyan.

Suka hati kucing kau je. Pikir aku ni apa? Dia pikir aku ni kerja dengan ' Agensi Bibik Sukarelawan Malaysia ' ke? Terus aku bagi jelingan maut kepada Arina.

Rayyan masih senyum. Lengan baju aku sudah dia capai. " Thanks, Arina. Nanti I cakap dengan Daniel suruh naikkan credit you."

Arina sudah tersengih. " Really, Captain? Thank you, captain! Have a nice day, Hana! Jangan nakal nakal tau!" 

Aku sudah buat muka menyampah.

__________

Suasana dalam kereta memang senyap sunyi. Mengalahkan ada orang mati. Aku memang dah lancarkan dah aku punya misi mogok sedunia. Elok elok nak cuci mata dekat KLCC, dah kena ikut mamat sengal ni pergi jumpa mama dia. Wajah aku memang cemberut habis mengalahkan limau. Rayyan sesekali dia toleh ke arah aku. Tapi, aku diam je. Jual mahal sikit. 

Oh, Encik Pilot! ✓Where stories live. Discover now