Empatsatu : " Berteduh di rumah Tuhan."

18K 808 17
                                    

(( Hana POV ))

" Sayang! Tolong ambilkan songkok abang dalam bilik!" jeritan Rayyan membuatkan aku terpaksa kembali ke bilik semula.

Aku kembali ke kereta bersama songkok di tangan. Beg telekung aku jinjit di sebelah kanan. Rayyan memandang aku pelik.

Dahi aku berkerut. " Kenapa pandang saya macam tu?"

Rayyan tidak menjawab malah mendekati aku. Telekung aku ditarik ke tepi sedikit. Aku pakai telekung senget ke tadi?

" Thanks betulkan telekung saya."

Rayyan tergelak. " Mana ada abang betulkan telekung Hana."

Aku kembali berkerut. " Habis tu?"

" Abang sengetkan telekung Hana. Sayang cantik sangat lah pakai macam tu. So, abang sengetkan kasi buruk sikit. Baru tak ada orang nak ngorat." tutur Rayyan selamba.

Aku sudah ternganga. Biar betik suami aku ni?!

Telekung yang senget aku betulkan semula. " Mana boleh senget senget. Nanti ustaz handsome tu tak nak pandang saya pulak." Aku terus masuk ke dalam kereta.

Rayyan yang baru masuk sudah pandang aku dengan wajah serius.

" Apa pandang pandang? Ada hutang?"

" Ada. Hutang nak kiss Hana sebab mengada sangat!"

Rayyan sudah mahu mencium pipi aku tetapi pantas aku mengelak. " Mana boleh! Batal wudhuk saya nanti!"

" Biar batal. Siapa suruh mengedik nak mengorat ustaz tu." suara Rayyan kedengaran sedikit mengendur.

Aku tergelak. Alahai, cik suami cemburu rupanya.

Baru sahaja aku ingin meraih tangan Rayyan, dia terlebih dahulu mengelak. " Mana boleh. Nanti batal wudhuk abang."

Amboi, balas dendam nampak!

Aku tersengih ke arah Rayyan. " Alah, Rayyan. Saya gurau je. Tak nak merajuk macam ni. Buuk benor muka awak kerut kerut macam tu. Muncung tu boleh buat sangkut hanger awak tahu tak."

Rayyan pandang aku. Senyuman langsung tak terukir di bibirnya. " Try harder, Hana."

Eleh, nak jual mahal pulak.

Aku dekatkan wajah aku dengan wajah Rayyan. " Abang, tak nak lah merajuk macam ni. Kalau abang merajuk macam ni, malam nanti sayang nak tidur dengan siapa? Nak peluk siapa? Hm?" ujar aku dengan suara yang sengaja dimanjakan.

Oh, Encik Pilot! ✓Where stories live. Discover now