(( Hana POV ))
" Hana." aku terus berpaling memandang ibu.
" Ya, bu?" aku menyahut. Ibu terus menghulurkan sehelai t-shirt polo biru tua bersama tracksuit hitam kepada aku.
Aku mengerutkan wajahku. " Apa menda ni, bu? Kenapa bagi dekat Hana?"
" Lah, pergilah bagi dekat kawan kamu tu. Mati sejuk dia tu karang. Dia kan tetamu, kita kenalah layan dia elok elok." ujar ibu.
Ceh. Tetamulah sangat. Tetamu yang langsung tak diundang. Aku buat muka pasrah. Ibu mengeleng.
" Apa buat muka macam tu? Dah pergi bagi cepat. Ibu nak masak untuk makan malam."
Aku mengangguk. Namun, aku masih tidak berganjak dari situ. Ibu memeluk tubuhnya. " Ibu suruh Hana buat apa tadi?"
Aku mengulingkan mataku. " Fine. Fine." Aku terus berjalan ke arah Rayyan yang sudah kesejukan.
Baju dan seluar aku suakan. " Nah." aku langsung tidak memandang wajahnya. Hahahahaha. Ego tinggi.
" Thanks, Hana." balas Rayyan lembut. Aku mula berjalan untuk beredar. Tiba tiba, aku terasa seperti tanganku diraih.
Aku terus berpaling. Rayyan sudah mengengam erat tanganku.
" Rayyan, I've told you. Don't touch me." ujar aku dingin.
Tanpa aku jangka, Rayyan terus menarik aku kasar. Aku yang hilang keseimbangan terus terduduk di atasnya. Mataku terus membulat.
" Rayyan! What are you trying to do?! Jangan sampai saya..."
" Awak apa? Hana, I don't know what have I done, but you treat me like we are totally stranger. Apa saya dah buat? Awak jadi makin... dingin."
Aku diam. Aku terus memandangnya. Wajah aku dan dia terlampau dekat. Kami bagaikan berada di awangan. Tanpa aku sendiri sedar, wajah kami semakin mendekat. Bagaikan ada satu suara kuat yang menjerit di dalam otakku, aku terus menolak tubuhnya.
" I'm sorry." hanya itu yang mampu keluar dari mulutku.
Rayyan senyum. " I am the one who should say that word. I'm sorry, Hana." Aku mengangguk.
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Novela JuvenilCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...