(( Tasha POV ))
" Arghhhh! Sial!"
Semua kertas dan alat tulis yang ada di atas meja aku tolak kasar. Kerusi kayu dibelakang aku sepak kuat. Nafas aku kuat menahan amarah yang semakin membara.
Wajah Joey dihadapan aku tenung tajam. Joey menunduk.
" Kau tak main main kali ni, Jo?"
Joey memandang aku semula seraya mengeleng perlahan. " Aku yakin, bos. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri."
Aku sepak kuat meja dihadapan aku sehingga terbalik. Semua yang berada di situ terkedu. Rambut yang semakin serabai sungguh menampakkan yang aku dalam keadaan serabut.
" Aku dah suruh kau langgar dia kan?! Benda simple pun kau tak boleh nak buat kenapa?! Aku bayar kau untuk bunuh perempuan tu, bukan takat kasi dia koma!"
Joey hanya mengeluh perlahan. Kepala yang botak diraupnya kasar. Joey mula mundar mandir di sekitar bilik.
" Dengan si Lina tu dah tikam belakang. Dia blah macam tu je?! Nasib dia tu cuma kambing hitam je dalam rancangan aku."
Wajah aku masih tegang. " Aku tak kira. Aku nak Hana mati!"
Joey dan Sam pandang aku serentak. Sam tersenyum seraya mengangguk. " Don't worry, boss. This time, we'll not let you down."
Aku merenung mereka tajam. " Aku tak nak korang sembang kosong kali ni. Aku nak hasil."
Sam memandang Joey sambil tersenyum jahat. Dia kembali memandang aku. " Aku akan bawak kepala dia untuk kau."
Senyuman kepuasan terbit di bibir aku.
___
(( Lina POV ))
Jam di tangan aku pandang sekilas.
2.56 p.m.
Ah, mesti Khai marah! Macam mana nak pujuk kali ni?
Langkah kaki aku lajukan. Pintu pagar sekolah Khai semakin jelas kelihatan. Aku mula berlari anak.
Aku berhenti di hadapan pagar. Aku mula tercungap cungap. Anak mata masih tercari cari kelibat Khai. Mana Khai ni?
Dalam 3 bulan ni, kalau aku lambat sampai ke sekolah Khai, mesti Khai akan dijaga oleh seseorang. Aku sendiri tak tahu siapa dia sebab setiap kali aku tanya, mesti Khai tukar tajuk atau tak nak mengaku apa apa. Aku pulak jenis yang malas nak ambil pusing perkara tu banyak kali kalau Khai kata orang tu baik dan boleh dipercayai.
Hati aku mula resah. Takkan lah...?
Ah, jangan fikir yang bukan-bukan Lina!
" Err, hello?" aku menyapa pengawal keselamatan di situ.
" Ya?"
" Semua budak dah balik, ya?"
Pengawal itu tersenyum dan mengangguk. " Dah, puan. Waktu persekolahan dah tamat pada pukul 1.30 tadi."
Hati aku semakin berdebar. Aku ukir senyuman dan mengangguk. " Terima kasih, ya."
Mata masih meliar mencari kelibat Khai. Ya Allah, janganlah jadi apa apa.
Aku berlari anak. Mula mencari di serata tempat yang mungkin. Hampir 10 minit aku berlegar legar di kawasan sekolah itu namun hampa.
Aku terduduk. Air mata mula bergenang di mata aku. " Khai..."
Aku sendiri pelik dengan diri aku. Cepat sangat putus asa dan menyerah.
Rayyan? Soal Rayyan, aku dah tak nak ambil pusing. Biar lah dia bahagia dengan sesiapa. Aku hanya nak tengok Khai membesar dengan sihat.
YOU ARE READING
Oh, Encik Pilot! ✓
Ficção AdolescenteCinta terhadap awan biru tidak pernah hilang sejak kecil lagi dalam diri Hana Batrisya. Kemudian, cinta kedua mula terbit, iaitu terhadap seorang insan bernama Rayyan Khalish. Cinta mereka berputik di awangan yang mencerah dengan sinaran matahari...