Empatlima : " Dia berubah?"

16.9K 613 13
                                    

(( Hana POV ))

Aku terus bangun dari kerusi. Air mata yang masih bersisa aku kesat kasar. " Apa yang madam nak daripada saya ni?"

Madam Lina tersenyum sinis. Gambar yang baru sahaja dirampas dipandang lalu dia tergelak kecil. " Hana, Hana. Anak bapak rupanya."

Aku pandang Madam Lina dengan pandangan tajam. " Madam, tolong. Saya mintak elok elok ni. Pulangkan lah gambar saya tu. Saya tak nak jadi kurang ajar dengan madam."

Madam Lina masih menilik gambar aku. " You mesti sayang gila gila dekat ayah you kan. Mesti kalau apa apa jadi dekat ayah you, you akan mengamuk habis. Kan?"

Aku mula terasa tak sedap hati. Nenek kebayan ni memang aura jahat dia kuat betul lah. Aku cuba merampas gambar itu daripada tangan Madam Lina, namun dia pantas mengelak.

" Not so fast, Hana. Before you dapat gambar you ni semula, baik you jujur dengan I. I'm promise, lepas you jujur, I akan pulangkan gambar. Deal?"

Aku malas nak bertekak dengan sesiapa waktu macam ni. " Deal."

Madam Lina tersenyum senang. " Okay, first. Apa sebenarnya hubungan you dengan Rayyan?"

" Guider and trainer." balas aku selamba.

Madam Lina memeluk tubuhnya. " Are you sure? From what I look, you two tak nampak macam guider and trainer. And ada khabar angin menyatakan yang ada orang pernah ternampak Rayyan pegang tangan you. I tengok you ni macam alim alim, pakai tudung semua tu. Takkan bagi lelaki pegang jugak kot?"

Aku cuba berlagak selamba. Sedangkan dalam hati hanya Allah je yang tahu macam mana punya berdebar bila Madam Lina cakap ada orang nampak Rayyan pegang tangan aku.

" Itu semua khabar angin. Apa yang madam dengar tu semuanya tak betul. Saya dengan Captain Rayyan memang tak lebih dari guider dan trainer."

Madam Lina tersenyum sinis. " I susah sikit nak percaya cakap you."

Aku menghela nafas berat. Ya Allah, aku dah cukup penat dengan semua ni.

" Madam, saya letih ni. Tolong pulangkan gambar saya tu." Aku menapak mendekati Madam Lina. Cuba untuk merampas semula gambar aku.

Laju Madam Lina mengangkat gambar tersebut dengan lebih tinggi. " Not so fast, Hana. Nampak macam you dah langgar deal kita." 

Aku melangkah sedikit kebelakang. Mata aku membulat besar.

Madam Lina mengoyakkan gambar keluarga aku!

Di campaknya ke lantai lalu dipijak sepuas hati. Aku mengepal penumbuk menahan amarah yang semakin mengunung. Madam Lina tersenyum jahat. " Ops, nampak gaya macam maruah you ada dekat bawah tapak kaki I. Sorry." 

" Tak guna kau, perempuan!" Aku menjerit kuat. Terus aku meluru ke arah Madam Lina.

Aku tarik kuat rambutnya yang panjang mengurai. Madam Lina menjerit kesakitan. " Hana, stop it!"

Aku tolak tubuh Madam Lina kuat sehingga dia terdorong ke belakang. Tangan aku kuat mencekik leher Madam Lina. Madam Lina yang sudah terbatuk batuk langsung aku tak endahkan. " Kau ingat kau bagus sangat ke sampai boleh pijak maruah keluarga aku! Kau ni memang tak guna!"

Bagaikan orang dirasuk aku, aku cengkam lehar Madam Lina dengan lebih kuat. Sehinggakan, ada tangan yang menarik lengan aku dari arah belakang.

" Lepaskan aku! Bagi aku bunuh perempuan sundal nI! Lepaskan aku!" Aku menjerit bagaikan orang histeria. Lengan aku dikunci dari arah belakang.

Oh, Encik Pilot! ✓Where stories live. Discover now