Arshad & Arina : " The Lost Jigsaw."

13.1K 446 16
                                    

(( Arina POV ))

Bagasi aku tarik. Punggung dilabuhkan.

Kepala yang berserabut aku pegang. Macam mana ni?

" Papa nak Arina balik hujung minggu ni jugak. Suka atau tidak, Arina tetap kena kahwin dengan lelaki pilihan papa. Muktamad."

Suara papa berlegar legar di kepala aku. Kenapa papa buat aku macam ni? Aku tak sedia nak kahwin lagi. Aku masih muda.

Dan aku masih sayangkan dia.

Nafas berat aku hela. Telefon bimbit aku keluarkan. Gallery aku buka.

Gambar aku dan Arshad aku tatap. Senyuman nipis terukir di bibir. Wajahnya yang tersenyum ceria aku pegang dengan tubir mata yang sudah bergenang.

Kalau aku boleh putarkan masa, aku mahu tetap di sisinya.

Panggilan penerbangan ke Malaysia kedengaran. Air mata yang bersisa aku seka laju.

Kaki terus melangkah.

___

" What do you mean by double sitting?"

Tak boleh malang lagi ke hidup aku ni?

Mula mula papa nak aku kahwin dengan pilihan dia, sekarang tempat aku dah double booking!

Pramugari berbangsa Inggeris itu menunduk sedikit. " We're truly sorry, miss. I'll find you a seat soon."

Aku angguk laju. Malas hendak bertekak. Bukannya aku dapat balik tempat aku

Kurang dari 5 minit aku berdiri,

" Miss, we've find you a seat on economy class. Please, follow me." Dia senyum ke arah aku.

Thank god, nasib ada tempat. Aku mengikut langkah pramugari itu.

" Thank you," ujar aku dengan senyuman di bibir.

Pramugari itu mengangguk dan berlalu pergi. Penumpang di sebelah tempat aku duduk aku pandang lama.

Berselubung satu badan.

Kening aku berkerut. Ni dah apahal ni? Macam mana aku nak masuk dalam tu kalau dia je aku tak nampak batang hidung?

" Err, sir. Err, excuse me sir." Takut takut aku menegurnya. Tubuhnya aku tolak lembut.

Dia mula bergerak. Aku tarik tangan aku menjauhinya. Dia angkat kepalanya. Hoodie hitam yang menutup wajahnya dialihkan.

Mata aku membuntang. Nafas aku seakan terhenti. Mulut sudah terlopong. Takkan lah...?

" Arina?"

Dada aku sesak. Terasa mahu saja aku menangis.

" Arshad, what're you doing here?" Wajahnya yang juga jelas dengan riak terkejut.

Arshad memandang aku lama. " What're you doing here too?"

Orang tanya, dia tanya balik. Dah tu siapa yang nak jawab?

" Before I answered your question, can I get in?"

Arshad mengangguk dan terus bamgun. " Sure."

Oh, Encik Pilot! ✓Where stories live. Discover now