Bab 6

133 10 2
                                    

Sepanjang perjalanan mereka berdua, pelbagai rintangan yang telah mereka tempuhi.

Antaranya berlawan dengan gergasi, ular berkepala 3, beruang, burung helang, dan serigala.

Namun mereka berada dalam keadaan yang baik dan akhirnya mereka tiba ke destinasi mereka iaitu di Dicota Field.

Semasa mereka menghala ke sebuah rumah usang, tiba-tiba sebuah anak panah menuju ke arah Ain.

Mys sempat menangkapnya sebelum terkena ke bahagian kepala Ain. Ain dengan rasa terkejut dan marah menjerit, "Hoi!! Siapa panah aku!!?"

Belum sempat mereka melihat hadapan, seseorang datang ke arah Mys dan menyerangnya menggunakan pedang gergasi berwarna hitam merah.

Mys menahan serangan itu menggunakan tongkatnya.

"Dah lama kita tidak berjumpa, Mystogan." kata orang itu.

"Nampaknya serangan kau sudah semakin kuat, Iq. Panah kau jugak makin laju, Zul." balas Mys.

"Ceh. Nasib je kau sempat tangkap panah tu." balas Zul sambil terjun dari sebatang pokok.

Setelah keadaan semakin reda, mereka berehat di rumah terbiar yang berhampiran dengan mereka.

"Siapa perempuan ni? Pengikut kau?" tanya Iq.

"Comel jugak aku tengok dia ni." kata Zul.

"Orang yang kau tengah berhadapan ni ialah anak kepada raja Radiant, puteri Nurul Ain.

Zul dengan berasa terkejut berkata, "Wuish, aku cuba mengorat anak raja?"

"Zul. Tolong ajar budak ni memanah. Sebab dia memang minat dalam aktiviti memanah.

"Budak!?" jerit Ain.

"Huhuhu. Boleh je kalau aku nak ajar. Balasannya aku harap tinggi la jugak." balas Zul sambil tersenyum.

"Apa-apa pun Mystogan, Mahaguru nak jumpa kau. Bunyinya macam penting." kata Iq.

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now