Bab 16

101 10 3
                                    

Ain yang nampak Iq dalam kesusahan lalu pergi ke arahnya untuk menolong tetapi dihalang oleh Mys.

"Kenapa awak halang saya? Itukan Iq!!" tanya Ain.

"Saya halang sebab dia tu bukan Iq. Saya tau dia bukan Iq." balas Mys.

"Apa awak cakap ni!? Dia tu Iq!!" Ain terus menarik tangannya untuk menyelamatkan Iq.

Ain cuba pergi ke arah Iq. Tetapi tiba-tiba dia tidak boleh menggerakkan kakinya. Dia sudah terkena sihir Mys. "Maaf Ain, tapi saya mesti halang awak."

Iq yang jalan sambil terhuyung-hayang gelak dengan kuat. "HAHAHAHAHA!! TUNGGU APA LAGI AIN!!? CEPATLAH SELAMATKAN AKU!! HAHAHA!!"

Ain yang melihat keadaan Iq itu menjadi takut. Badannya menggigil. Iq membawa keluar pisau lalu pergi ke arah Ain untuk menikamnya.

Mys segera membatalkan sihirnya dan pergi ke arah Ain untuk menyelamatkannya. Tetapi dia rasa dia tidak berjaya. Iq sudah semakin hampir. Tiba-tiba pisau yang digenggam Iq patah akibat terkena panah.

"Kau bukan abang aku... Siapa kau? Mana abang aku?" tanya Zul.

"HAHAHA" Iq terus pergi ke arah Zul untuk berlawan.

Zul mencampakkan panahnya dan menghala ke Iq untuk menumbuknya.

Zul berlawan dengan Iq dengan tangan kosong begitu juga Iq. Tetapi Zul lebih lemah. Zul terjatuh akibat disepak kakinya. Iq mengeluarkan pisau kecil daripada poketnya.

"MATILAH KAU!!" kata Iq sambil menggenggam pisaunya.

Tiba-tiba pisau itu terbelah 8. Iq terkejut begitu juga dengan yang lain.

"Jangan sentuh adik aku kalau kau tak nak mati, Budak Palsu." kata Iq yang baru muncul dari sungai beracun.

Semua yang menyaksikan kehadiran Iq yang sebenar terkejut.

"Kalau kau bukan Iq kau siapa?" tanya Mys.

Klon Iq tu melepaskan Zul lalu menunjukkan rupanya yang sebenar.

"Nama aku Kit. Dan aku salah seorang Five Dire Commander."

Selepas mendengarnya Iq terlejut lalu menyuruh kawan-kawannya melarikan diri. "Baik korang lari. Sebab aku pernah jumpa 2 orang yang sama kuat macam dia ni."

Kit menunjukkan jarinya ke arah Ain. Ain mula untuk terapung tapi mujur ditarik oleh Mys.

"Bawak Ain lari, Mys. Aku dan Zul akan lawan dia." kata Iq kepada Mys.

Mys menarik tangan Ain lalu menyembunyikan diri ke dalam gua.

Iq menyerang Kit tatapi Kit sempat mengelaknya. Iq menarik tangan Zul yang terbaring di situ.

"Cepat bangun budak. Sebab ada 2 orang yang tengah menyorok sekarang memerlukan kekuatan kita." kata Iq.

Zul yang ditarik oleh Iq terus berdiri. Zul mengambil panahnya lalu cuba mensasarkan ke arah Kit.

"Zul, ingat lagi masa kau cuba selamatkan aku daripada pembunuh mak dan ayah? Lakukannya..."

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now