Seorang kanak-kanak sedang bermain di sebuah padang yang sangat luas. Padang yang dipenuhi dengan rumput-rumput yang berwarna kekuningan.
"Ibu!!" jerit kanak-kanak itu kepada ibunya yang berada jauh darinya.
Ibunya datang perlahan-lahan ke arah anaknya.
"Ye Fernandes? Ada apa sayang?" tanya ibunya.
"Ibu kata pakcik akan balik nanti. Tapi mana dia? tanya anaknya.
"Dia akan balik. Dia pasti balik. Tapi ibu tak pasti bila."
Selepas beberapa saat, seorang lelaki menjerit ke arah perempuan itu.
"AIN!! Aku ada berita buruk!!" kata lelaki itu.
"Berita apa Zul?" tanya Ain.
"Istana akan diserang oleh seorang pengganas. Fikh tiada di sini dan Iq tidak mampu berlawan dengan orang yang menggunakan sihir yang kuat." kata Zul.
"Kalau begitu saya akan balik. Saya minta supaya awak bawa Fernandes jauh dari sini." balas Ain.
"Aku rasa kita akan bawa Fernandes bersama masuk ke istana. Tapi aku akan lindungi dia sebab kita berdua berperanan menjaga istana."
"Pakcik Zul, di mana ayah?" tanya Fernandes.
"Ayah kamu pergi ke sebuah gua. Dia baik-baik saja." kata Zul sambil berkata tentang Fikh.
Mereka bertiga segera balik ke arah istana. Semasa di sana, suasana sudah menjadi kecoh hanya disebabkan oleh seorang pengganas yang menggunakan sihir.
"Korang tak boleh lawan aku. Senjata biasa tak mampu menembusi..."
Belum sempat pengganas itu menghabiskan ayatnya, dirinya dikepung oleh 7 tongkat sakti. Pengganas itu terbakar tetapi dia berjaya memadamkan api itu.
"SIAPA YANG CUBA BAKAR AKU!!?" tanya pengganas itu.
Seekor serigala putih menuju ke arah pengganas itu dan perutnya ditusuk oleh kuku serigala itu.
"Bagaimana kau boleh..." tanya lelaki itu sebelum jatuh rebah ke atas tanah.
Suasana di situ menjadi tenang sedikit. Ramai orang datang berkumpul melihat apa yang berlaku.
"7 tahun awak tak balik." kata Ain kepada serigala itu."
"Rindu?" tanya serigala itu sambil menukar dirinya menjadi manusia.
"Sedikit. Abang sihat?" tanya Ain."Abang sihat je. Mana budak kecil yang bernama Fernandes?" tanya Mys.
Ain menarik tanya anaknya dan dibawa berjumpa dengan Mys. Ramai orang bersorak atas kepulangan dan bantuan oleh Mys.
"Pakcik hebat la." kata Fernandes.
Mys memandang wajah Fernandes sambil tersenyum.
"Abang mahu berhenti mengembara?" tanya Ain.
"Mungkin sekejap. Untuk sementara ni abang mahu berehat dan menjalankan misi abang yang akan datang." balas Mys.
"Misi apa?" tanya Iq yang baru muncul selepas dibelasah oleh pengganas tadi.
"Melindungi semua..."
Di kubur Mahaguru Gyuuki...
Seorang ahli sihir membacakan jampi di atas kubur Mahaguru Gyuuki. Tiba-tiba kuburnya semakin lama semakin berlubang. Sehinggalah seorang yang bertubuh sasa kembali keluar dari kuburnya. Dirinya seolah-olah sedang tidur.
Ahli sihir itu berhenti membaca jampinya dan tersenyum.
"Bangun Gyuuki. Adik-beradik kita semua memanggil kamu untuk membunuh anak-anak Edolas dan Radiant."
HEHEHE
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)