Seminggu telah berlalu. Raja masih tidak mahu bercakap dengan puteri Ain kerana marah akannya.
Puteri Ain pula tidak mahu keluar dari biliknya. Mary sangat risau akan keadaan sepupunya yang tidak selera untuk makan minum.
Keadaan istana yang sunyi sepi itu telah membuatkan semua pekerja di dalam istana tidak mahu bercakap kerana rindu dengan suara puteri Ain.
Pada malam harinya, ketika semua orang di empayar sedang nyenyak dibuai mimpi, tiba-tiba...
"BOOOM!!" bunyi letupan berlaku di sebelah barat dan utara.
"TING TING TING!!" perlawanan antara pedang dan pedang pula berlaku di sebelah selatan dan timur.
"Apakah yang sedang berlaku, pengawal!?" tanya puteri Ain kepada pengawalnya.
"Empayar kita sedang diserang oleh empayar Dire iaitu empayar bawah taklukan putera Daniel." jawab pengawal itu.
Puteri Ain tanpa membuang masa terus mencari ayahndanya dan Mary. Puteri Ain gagal mencari Mary tetapi berjaya menjumpai ayahndanya.
"Ayahnda!!" jerit puteri Ain. Belum sempat raja membalasnya raja ditikam dari belakang oleh adik kepada putera Daniel, Danish.
Air mata puteri Ain yang mengalir membuatkan dirinya terus pergi ke ayahndanya.
"Ayahnda!! Bangun ayahnda!!" jerit puteri Ain.
"Inilah akibat kau menolak cinta abang aku. Sekarang kau pulak rasakannya."
Pisau yang dihunus oleh putera Danish ditempis oleh sebatang tongkat. Tongkat itu dihayunkan ke kepala putera Danish dan terkenanya lalu berdarah.
Seorang pemuda misteri yang memakai topeng dan pakaian yang agak pelik memegang tongkat itu lalu meletakkannya ke bahagian belakangnya.
Putera Danish dengan berasa sakit yang teramat bertanya, "Siapakah kau."
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)